Pesan Buat Teman², Kaum Adam dan Hawa..

Salam..

Dlm dok kemaskini My Documents aku tu, aku jumpa menda nih.. dah lama simpan.. amik kat dlm Forum Aibob kot, atau maybe kat forum luaq.. Wallahualam, x dak plak reference aku letak kat file tuh.. apa pon, meh kita tgk apa isinya..

--------------------------------------------------------------

Pesanan Untuk Lelaki dan Peringatan Untuk Wanita

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah."

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

--------------------------------------------------------------

Spt yg kita dpt lihat kat atas ni, rupa2nya byk jugak yg kita kena aware, bg yg lelaki, cuba elak dari mengahwini wanita yg sebegini, dan bagi yg wanita pulak, jgn le jadi camni yek.. rugi je nanti.. TAPI, jika dah ditakdirkan itulah jodoh kita, redho ajelah... nak buat mcm mana.. mintak je doa byk2 kat Allah, sbb perbuatan yg disebut semua tu dikawal oleh hati dan nafsu.. Insya Allah, jika kita berdoa dan berusaha untuk merubah hati seseorang itu dgn niat yg ikhlas dan untuk kebaikan, sudah pasti Allah akan merubah hatinya.. Yakin dan Tawakkal kepada Allah, itulah yg paling penting....

Wassalam...

PS : cari elok2, cari betui2.. huhuhu.. kalo x naya nanti.. baik laki maupon pompuan.. keh keh keh... =P

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017