Maulud Nabi Muhammad S.A.W...

Salam...

Alhamdulillah, pada hari ni kita semua masih lagi diberi kekuatan ntuk meneruskan kehidupan.. as everyone know, hari ni kite sme cuti kan.. tarikh 12 rabiulawal byk memberi erti kepada kita...sempena menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W..,marilah kita bykkan berselawat ke atas Rasulullah..

Sepatutnya kita ingat, Rasulullah adalah manusia biasa seperti kita namun Baginda telah diperletakkan tanggungjawab yg besar oleh Allah SWT untuk membawa ajaran Islam yg syumul.. Sesungguhnya, tidaklah Rasulullah diutuskan oleh Allah hanyalah untuk membawa rahmat keseluruh alam.. tanpa adanya dakwah nabi, x mungkin kita pada hari ini dpt menikmati nikmat yg terbesar dlm hidup kita, nikmat Iman, Islam dah Ihsan..

Dlm kita menyambut hari maulud spt ini, ada jugak rakan2 kita yg tidak bersetuju dalam menyambut perayaan ini.. bidaah kata mereka.. konon zaman Rasulullah hidup dulu x pernah dibuat... Wallahualam.. namun demikian, tidak bermakna bahawa ini merupakan satu ibadah yg dibuat2.. kita menyambut hari kelahiran Nabi, dgn harapan, yg mana diantara kita yg terlupa untuk berselawat ke atas nabi selama ini akan turut sama kembali berselawat.. sekurang2nya untuk hari ini, dan semestinya kita mengharapakan supaya terus mengingati nabi, x kira pada maulud atau hari2 biasa.. setidak2nya, berselawatlah juga kita pada hari ini drpd selalunya kita mungkin terlupa kerana sibuk dan kecuali di dalam sembahyang sahaja...

Sesungguhnya nabi adalah pemberi syafaat dan oleh itu, marilah kita berselawat.. mudah2an, kita diantara org2 yg akan diberi syafaat di hari Pengadilan kelak.. Allahumma solli 'ala Saidina Muhammad, Wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wassalam..

Salam Maulidur Rasul 1427

Wassalamualaikum...

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017