Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Dua Insan

Assalamualaikum
Dua tiga hari ni (ekceli dah dekat seminggu), Putrajaya asyik hujan saja. Dah nak masuk musim tengkujuh la ni... Apa pun, kita rehat-rehat sikit dengar lagu ni... Yunizar Hussein feat. M.Nasir dengan lagu Dua Insan. Lagu ni malar segar sebab setiap generasi selepas lagu ni mula-mula dimainkan, masih meminatinya. Jangan cerita banyak lagi... Layannnn....


Yunizar: Bila kau senyum, ku gembira Bila kau sedih, ku menangis Bagai taman rindukan kembang Ku rindu padamu oh! sayang

M. Nasir:
Di mana saja kau berada Ku kan tetap bersamamu Walaupun jasadmu jauh Namun hatimu dekat selalu

Walau kini halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia Hanya dikau dan asmara Membuat hidupku bagai Dalam Syurga

Yunizar:
Biar masa berganti masa Biar pun musim berubah Telah ku katakan padamu oh! sayang

Duet:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Yunizar:
Jika kau tanya pada rembulan Mengapa cahaya berseri-seri Tentu jawabnya kepadamu Kerna dikau cinta padaku

M. Nasir:
Ku persembahkan kepadamu Sekuntum bunga mawar merah Kau ter…

Takwim Cuti Sekolah 2013 [Disahkan]

Assalamualaikum,
Pengumuman semua... Takwim Sekolah 2013 dah keluar!! Dalam entri sebelum ini, kita dimaklumkan ia akan keluar pada bulan November 2012. Tapi bila disemak dalam laman web KPM, dah keluar dah. Sila check di sini : Perincian Penggal Persekolahan 2013
Secara ringkasnya, cuti persekolahan pada 2013 ialah :
Kumpulan A (Sekolah di Kelantan, Kedah, Terengganu) :  Cuti Pertengahan Penggal 1 = 22 Mac 2013 hingga 30 Mac 2013 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun = 24 Jun 2012 hingga 8 Jun 2013 (16 hari)  Cuti Pertengahan Penggal 2 = 6 Ogos 2013 hingga 17 Ogos 2013 (12 hari)
Cuti Akhir Tahun = 15 November 2013 hingga 31 Disember 2013 (47 hari)

Kumpulan B (Sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Semua Wilayah Persekutuan) :  Cuti Pertengahan Penggal 1 = 23 Mac 2013 hingga 31 Mac 2013 (9 hari)
Cuti Pertengahan Tahun = 25 Jun 2012 hingga 9 Jun 2013 (16 hari)  Cuti Pertengahan Penggal 2 = 7 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 (12 hari…

AES : Saman Pertama AES di Putrajaya?

Assalamualaikum,
AES atau Automatic Enforcement System ialah mekanisme baru yang bakal digunakan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa negara ini bagi mengesan kesalahan-kesalahan jalan raya terutama sekali pelanggaran had laju, pelanggaran lampu merah, tidak memakai tali pinggang keledar dan sebagainya.
Dengan penggunaan AES, faktor kekurangan atau kelemahan manusia dalam mengenalpasti kesalahan dapat dikurangkan dan lebih banyak kesalahan dapat dikenal pasti. Menurut laporan BERNAMA pada 5 Oktober 2012, Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 63,558 gambar kesalahan jalan raya dapat dikenalpasti oleh AES. Walaubagaimanapun setakat hari ini, tiada saman trafik yang dikeluarkan.
Itu dakwaan mereka. Tapi tadi pagi aku diberitahu bahawa video berikut menunjukkan saman pertama AES yang berlaku di Putrajaya. Sila saksikan :

Mmmmmuuahahahahahahahahhahaha....... Hambek! Nak sangat AES... kih kih kih.... 
Wassalam... ;p 
*Saja buat lawak hari jumaat sat... haha...

Takwim Rasmi Persekolahan 2013

Assalamualaikum,
Kalau nak tengok cuti sekolah, selalu orang akan rujuk kalendar kuda. Kalendar kuda merujuk kepada kalendar yang kita biasa dapat kalau pegi ke bengkel-bengkel atau kedai-kedai mini market berhampiran rumah kita menjelang tahun baru atau suku terakhir tahun semasa. Kenapa diberi nama kalendar kuda? Sudah semestinya sebab kewujudan tarikh-tarikh "KL Race Day" atau "Singapore Race Day" yang dicatatkan pada kalendar tersebut dengan ikon seorang jockey menunggang kuda lumbanya.. hehe..
Tahun 2013, ramai yang mempunyai perancangan sendiri. Daripada yang hendak berkahwin, berbulan madu, bercuti, pergi umrah, pergi haji, kursus dan pelbagai lagi perancangan-perancangan yang hendak diselaraskan dengan cuti sekolah. Kenapa? Mungkin sebab bila cuti sekolah, para ibu bapa boleh mengambil peluang tersebut untuk turut membawa anak-anak bersama dalam perancangan mereka tanpa mengorbankan masa belajar anak-anak di sekolah. Apatah lagi jika ada kenduri kendara, s…

Bajet 2013 : Individu Berpendapatan RM 5,000 ke bawah tidak dikenakan cukai?

Assalamualaikum,
Hari ni terbaca dalam berita BERNAMA berkenaan langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan kadar cukai satu mata peratusan. Mula-mula pengumuman tak berapa nak faham sebab tak tahu adakah ianya membabitkan aku atau tidak, sebab sekarang ni aku bulan-bulan pun dah kena potong cukai sebab dah mula melebih RM 3,000 pendapatan bercukai. Aku pulak tak buat pun e-filing jadi tak ada pelepasan langsung yang direkodkan di LHDN. Kalau tak konfem-konfem la aku x kena cukai.
Menurut kenyataan di bawah, mereka yang berpendapatan RM 5,000 selepas pelepasan cukai tidak lagi dikenakan cukai mulai tahun taksiran 2013.
LHDN Tegaskan Individu Dengan Pendapatan Bercukai Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai CYBERJAYA, 29 Sept (Bernama) -- Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.  Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil D…