Taqwim Solat Ramadhan 1433H / 2012 M - Kawasan KL dan Putrajaya

Assalamualaikum,

Tadi dapat e-mel daripada member. Jom tengok dan refresh balik apa yang patut.

Taqwim Waktu Solat termasuk IMSAK dan IFTAR bagi bulan Ramadhan 1433 H / 2012M bagi kawasan Kuala Lumpur dan Putrajaya : 


Download Hi-Resolution : PNG | JPG | PDF

Niat Puasa (sebelum masuk waktu Solat Subuh) :

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Doa Berbuka Puasa (selepas masuk waktu Maghrib) :
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Rukun Puasa :
  • Orang-orang yang diwajibkan berpuasa
  • Niat di malam hari sebelum masuk waktu subuh
  • Tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa selepas masuk waktu subuh

Perkara-perkara yang membatalkan puasa :
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuk merokok.
  • Muntah dengan sengaja (seperti kerana memasukkan jari ke dalam mulut) adalah membatalkan puasa dan wajib diganti. Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi kebiasaannya muntah maka itu tidak membatalkan puasa.
  • Keluar darah haid dan Nifas walaupun di penghujung waktu puasa adalah dikira membatalkan puasa dan wajib diganti.
  • Keluar air mani dengan sengaja sama ada kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau dengan tangan maka ianya membatalkan puasa dan wajib diganti. (Sekiranya keluar air mani kerana bermimpi, maka tidak batal puasa. Keluar air mazi sahaja juga tidak membatalkan puasa.)
  • Berjimak atau melakukan hubungan seks. Termasuk dilakukan pada faraj atau dubur, samada keluar mani atau tidak. Liwat pada kanak-kanak dan bintang juga termasuk.
  • Murtad atau keluar dari agama Islam.
  • Gila atau pengsan sepanjang hari (tidak sedar langsung walau satu saat).
  • Menukar niat. (Niat buruk untuk berbuka awal daripada waktu)

Rujukan rukun puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa ini diambil daripada Panduan Puasa Ramadhan yang diterbitkan oleh JAKIM. Muat turun panduan ini samada secara terus daripada JAKIM atau melalui salinan di Scribd.

Mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.

Selamat Berpuasa Semua!

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017