Skip to main content

Moga lautan hilang gelora untuk ku berlayar.....

Assalamualaikum,

Lagu Layar Keinsafan yang dibawa oleh kumpulan Mestica menjadi pilihan untuk mengisi coretan kali ini.



Sepi benar senja ini...
Bayunya semilir, meng-anak ombak kecil..
Jalur ufuk pula mengemas terang..
Kapal dan layar terkapar....

Mengapa nantikan senja..
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan...
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan...

Tuhan....
Layarkanku ke arah cinta-Mu...
Tuntuniku menggapai redha-Mu...
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh...
Kepada-Mu ya Tuhan...

Berikan secebis keinsafan...
Bekalan sepanjang perjalanan..
Mencari ketenangan...

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari...
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar...

Berikanlah ku hidayah...
Agar dikuatkan iman yang lemah...
Moga diberkati hidup ini...
Menuju bahagia yang kekal abadi...

Pada-Mu Tuhan....
Kan kuserahkan cinta kepada-Mu

Harapanku..... moga dikurniakan
Manisnya iman... berpanjangan...
Moga lautan hilang gelora...
Untuk ku berlayar......




---

Kenapa layar keinsafan? Kerana hidup kita tidak menjadi muda setiap detik. Kerana kita manusia biasa tidak bersifat maksum dan sering lalai dan leka. Kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput dari dunia yang sementara. Kerana kita manusia tidak mempunyai apa-apa kuasa mutlak di atas dunia ini. Kerana kita pasti menuju ke tempat yang kekal abadi.

Tidak salah mengharap keampunan Ilahi, biarpun dosa kita bak pepasir di pantai dan ibarat buih di lautan kerana sifat rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T itu melebihi segala-galanya yang ada di muka bumi ini....

Mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah S.W.T.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan