Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Pasrah Segalanya....

Assalamualaikum,
Ini adalah post ke-400 blog ini. Menjangkau 9 tahun, macam-macam dah dicoretkan kat sini. Dari setahun ke setahun tema dan isi kandungan posting pun lain-lain. Tahun ini biarlah benda yang di post akan bagi manfaat buat semua.
Pasrah, maksudnya menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T. Setelah kita berusaha dengan sedaya upaya di dalam sesuatu perkara, maka kita serahkan kepada Allah akan hasilnya. Andainya berhasil, maka kita ucapkan Alhamdulillah. Jika sekiranya pada pandangan kita ianya tidak berhasil, sepatutnya, kita ucapkan jua Alhamdulillah. Inilah sebenarnya cara untuk mencapai maksud redha akan takdir dan ketentuan Ilahi.
Pasrah adalah penghubung di antara fasa usaha dan hasil. Redha adalah kemuncaknya. Bagaimanakah caranya kita pasrah? Sudah pasti dengan berdoa kepada Allah S.W.T kerana Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.


Pernah hati ini terguris  Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada…

Moga lautan hilang gelora untuk ku berlayar.....

Assalamualaikum,
Lagu Layar Keinsafan yang dibawa oleh kumpulan Mestica menjadi pilihan untuk mengisi coretan kali ini.


Sepi benar senja ini... Bayunya semilir, meng-anak ombak kecil.. Jalur ufuk pula mengemas terang.. Kapal dan layar terkapar....
Mengapa nantikan senja.. Barukan terdetik, pulang ke pengkalan... Gusar malam menghampiri Ku tewas di lautan...
Tuhan.... Layarkanku ke arah cinta-Mu... Tuntuniku menggapai redha-Mu... Rimbunan kasih-Mu ku berteduh... Kepada-Mu ya Tuhan...
Berikan secebis keinsafan... Bekalan sepanjang perjalanan.. Mencari ketenangan...
Biar Kau menjadi saksi Tulus tangisku kala dini hari... Kesempatan yang hanya sebentar Moga keikhlasanku terlakar...
Berikanlah ku hidayah... Agar dikuatkan iman yang lemah... Moga diberkati hidup ini... Menuju bahagia yang kekal abadi...
Pada-Mu Tuhan.... Kan kuserahkan cinta kepada-Mu
Harapanku..... moga dikurniakan Manisnya iman... berpanjangan... Moga lautan hilang gelora... Untuk ku berlayar......




---
Kenapa layar keinsafan? Kerana hidup kita tidak …

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum...

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih..
12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat...
The Chosen One





In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah

Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The…