Tuesday, January 31, 2012

Andainya 'Dia' masih bersama kita....

Assalamualaikum..,

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in...

Lirik dalam bentuk teks : http://pastebin.com/jhD3WpMm 

Maka sungguh benar lagu ini....

Amat susah kita untuk menyamai penghulu kita, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W dalam apa-apa jua perkara sekalipun. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh mencuba sedaya upaya untuk menerima dan mengamalkan apa yang Rasulullah S.A.W telah ajarkan... Mudah-mudahan kita semua di kalangan umat Baginda yang akan diberi syafaat oleh beliau di akhirat kelak.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sollallhu 'alaihi wassallam.....

Wassalam...

Bagaimanakah aku di'sana' nanti? Tatkala mengaku diriku merinduimu ya Rasulullah... tapi aku terus bergelumang dengan maksiat dan dosa... Adakah aku ini layak diberikan syafaat oleh mu? Ya Allah, bimbinglah aku ke arah Mu sebagaimana telah Engkau bimbing Penghulu Kami Rasulullah S.A.W... Ya Allah, temukanlah diriku dengan Kekasih-Mu di dalam mimpi ataupun sedar supaya dengan itu, mudah-mudahan aku mendapat syafaat darinya dan mendapat keampunan dan kasih sayang-Mu, Ya Allah.... Amin...

Tuesday, January 24, 2012

Setitis derita melanda, segunung kurniaan-Nya...

Salam


Hijjaz - Lukisan Alam

Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah 
Suram malam tak berbintang 
Itulah lukisan alam 
Begitu aturan Tuhan 

Jadilah rumput nan lemah lembut 
Tak luruh dipukul ribut 
Bagai karang di dasar lautan 
Tak terusik dilanda badai 

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu 
Dalam senang... awasi kealpaanmu 
Setitis derita melanda 
Segunung KurniaanNya 

Usah mengaharapkan kesenangan 
Dalam perjuangan perlu pengorbanan 
Usah dendam berpanjangan 
Maafkan kesalahan insan 
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam... taburkanlah baktimu 
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu 
Suburkanlah sifat sabar 
Dalam jiwamu itu 
Di dalam jiwamu itu

Langit tak selalu cerah....
Nasyid ni sesuai kalau nak memujuk hati.... Kadangkala dalam hati ada macam-macam perasaan.... Ada yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata dan perbuatan. Mudah-mudahan dengan menghayati lirik ni kita dapat sedikit motivasi dan penggerak untuk meneruskan kehidupan menuju redha Ilahi..

Wassalam

P/S : Rasanya ahli-ahli politik boleh menghayati lirik ni... jangan asyik pikir nak menang saja. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Wednesday, January 18, 2012

Penghulu kami Yang Terpilih....

Salam,



"Allahumma solli... 'alal Mustofa... habibna Muhammad 'alayhi salaam.... Allah.. Allah... Allah... Allah....."

:)

Wassalam..

Thursday, January 12, 2012

Menyanyi...

Salam,

 Pendapat Ustaz Kazim Elias berkenaan menyanyi...

 

Wallahu'alam..

Wassalam...

Tuesday, January 10, 2012

Ya Saiyyidi.... Ya Rasulullah...

Salam,

 



الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا سَيٍّدٍي يَا رَسُولَ اللهِ خُذْ بِيَدِي قَلَّتْ حِيلَتِي اَدْرَكْنِي 


Ya Allah tetapkan rahmat dan kesejahteraan ke atasmu wahai penghulu Ya Rasullah. Wahai Rasullah sudah habis daya upayaku untuk mengikuti jejakmu, oleh itu peganglah tanganku bawalah aku di sisi Allah 


 Sumber : http://danishiman08.blogspot.com/2010/03/assalamualaikum-warahmatullahi.html


 Wassalam...

Sunday, January 08, 2012

Masuk Syurga Dengan Rahmat Allah

Salam,




اللهم إنا نسألك رضاك والجنة ونعوذ بك من سخطك والنار


Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka


Amin..



Wassalam...

Monday, January 02, 2012

Kejadian 1 Januari 2012 - UPSI

Salam,

Saya memetik daripada blog Nawawi :

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan. Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ 
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ 
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.” 
Maka mereka (para sahabat) berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.” Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” 
Mereka bertanya, “Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.” 
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285) 
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan “menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135) 
Imam an-Nawawi rahimahullah pula menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas. Dan di antara bentuk mengganggu (atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.” (Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Huraian selanjutnya boleh didapati di sini : http://an-nawawi.blogspot.com/2011/07/hak-hak-jalan-yang-diabaikan.html

Kejadian 1 Januari 2012 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim :






Pendapat saya terhadap perlakuan para 'mahasiswa' ini:

1. Sengaja mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
2. Tidak menjaga hak jalan.
3. Merosakkan harta benda awam.
4. Tidak sepatutnya mahasiswi (perempuan) berada di tengah-tengah jalan di tengah-tengah malam.

Ini komentar saya di Facebook :

Banyak cara lain untuk suarakan bantahan... Nak pulak dalam zaman siber ni. Boleh ja buat video contoh "Saya student, dan saya mintak Adam Adli dibebaskan" pastu upload kat youtube banyak2... Kan lebih elok dan berkesan.

Kesian kat student tu semua.. Buat bantahan hari cuti umum... adakah orang kat pejabat upsi time tu? Dah tentu takdak... malam pulak tu.. jadi apa hasil drpd perhimpunan tu selain daripada buang masa dan sia2?

Ini pula komentar rakan-rakan saya di Facebook (semua bekas mahasiswa) :


Harap semua pihak memahami dan menilai dengan rasional perkara ini.

Wassalam..

Sunday, January 01, 2012

Dengan Nama Allah...

Salam,

Melangkah masuk ke tahun 2012. Mari kita mulakan dengan kalimah Bismillah...

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani"






"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"


Insya Allah di tahun baru ini saya akan cuba untuk bersederhana dalam menerima dan menolak sebarang pendapat. Juga saya ingin mengelak daripada taksub kepada mana-mana pihak. Mudah-mudahan Allah S.W.T membantu saya dan melindungi saya dalam menghadapi dan mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. 

Kepada Allah saya berserah.

Wassalam...