Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

"Bukan Semua Namewee buat saya sokong.." -- PM

Salam,
Baru-baru ini Dato' Sri Najib Tun Razak (DSN) ada menjawap soalan wartawan berkenaan Namewee : "Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia.

"Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia,"
Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=616987  Video : http://umno-online.com/?p=46338
Kenyataan DSN ini telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati kepada para blogger pro Kerajaan dan juga individu-individu yang mempunyai kebencian dan tidak boleh melupakan kebiadapan yang Namewee lakukan sebelum ini. Mungkin bagi mereka, selagi Namewee tidak memohon maaf secara ikhlas dan terbuka kepada orang…