Skip to main content

Depa dah, hampa bila lagi?

Salam,

Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin. Tak lupa jugak aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-54 Malaysia, kerana tidak ada kemerdekaan Malaysia yang lain selain yang dicapai oleh pejuang kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn, Tun Razak, Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan lain-lain lagi pejuang kemerdekaan dari UMNO, MCA, MIC yang membentuk parti Perikatan pada pilihanraya pertama 1955.

POS Malaysia.. 8.30 pagi dah bukak....
OK, sebenarnya nak cerita pasal apa yang aku tengok sendiri awal pagi tadi (2 Sept. 2011). Seawal jam 8.15 pagi aku dah berada di Pejabat Pos Pulau Pinang di Lebuh Downing untuk menemani ibu dan ayah aku yang ada sedikit urusan di sana. Masa kami sampai, pintu pejabat pos tu pon belum bukak lagi. Aku tengok ada 2 -3 orang yang sampai awal sama dengan kami turut dok menunggu dalam kereta masing-masing. Semua pakat dok tunggu pintu pejabat pos bukak ja sebelum menjalankan urusan masing-masing.

Tepat jam 8.30 pagi, pintu pejabat pos dibuka. Aku menemani ibu & ayah untuk masuk ke dalam di samping mengambil borang tertentu untuk diisi dan menekan butang untuk mendapatkan nombor giliran. Turut masuk bersama kami, sepasangan anak muda berbangsa Cina, lelaki dan perempuan yang aku anggar tidak lebih daripada 30 tahun. Mungkin berusia sekitar 24-25 tahun, sebaya dengan aku. Tak tahu la samada laki bini, pakwe-makwe, adik abang atau sekadar kawan-kawan.

Tatkala aku sedang mengambil borang itulah si lelaki bertanyakan kepada aku :


"Encik, nak daftar pengundi kene ambik nombor ke?"

Aku yang dah tak ingat tatacara nak daftar pengundi pun balas :


"Tak payah kot, pi kat kaunter terus tanya."

Tak lama kemudian aku selesai menolong ibu mengisi borang dan selepas itu aku melihat pasangan tersebut memegang nombor giliran untuk menjalankan urusan mereka.

Jadi ada apa aku kesah? Biasa-biasa je kan? Ya mula-mula aku pun pikir macam tu gak. Urusan biasalah. Semua orang pun buatlah. Tapi pikiran aku yang ligat berputar mula memain-mainkan beberapa penilaian. Antaranya :

  1. Aku di Pulau Pinang, hari ni Pulau Pinang dah mula kerja. Tapi pasangan tadi mungkin ambil kesempatan cuti sehari untuk sambung cuti selepas Aidilfitri dan Merdeka dengan cuti hujung minggu. So Pejabat Pos konfem bukak dan memang sesuai untuk depa jalankan urusan seperti mendaftar pengundi pada hari ni. Peluang yang baik untuk keluar menjalani urusan tanpa mengganggu gugat waktu bekerja.
  2. Pasangan Cina ni nampak gayanya faham akan tanggungjawab warganegara kepada negaranya. Tanpa perlu menunggu mana-mana orang datang untuk suruh daftar mengundi, depa sendiri pi daftar. Dah la tu, mai awal pulak. Baru bukak kaunter jer terus buat urusan pendaftaran. Tak payah ada orang nak kena mai amek nama, amek IC kekunon nak daftar pengundi dan senyap-senyap nanti didaftarkan nama ke dalam parti-parti politik tertentu.
  3. Dan yang paling aku fikirkan sekali ialah situasi di mana statistik 2009 yang menyatakan penduduk Melayu lebih ramai dari penduduk Cina di Pulau Pinang sebanyak 0.1 % . Dan pada tahun 2010, menyatakan bahawa penuduk Cina kembali menjadi majoriti di Pulau Pinang dengan kelebihan 2.2%. Kelebihan 2.2% bukanlah sebesar mana. Tetapi menurut "maklumat" yang aku terima, jumlah pengundi berdaftar Cina di Pulau Pinang adalah melebihi 50% 2 kali ganda daripada pengundi berdaftar Melayu. Maksudnya, sekiranya terdapat 200,000 pengundi Melayu, pengundi Cina pula adalah sebanyak 400,000 orang. Bayangkan situasi pengundi berdaftar ini dengan kelebihan 2.2% penduduk Cina berbanding penduduk Melayu. Sungguh tak masuk akal! Apa dah jadi dengan penduduk Melayu di Pulau Pinang? Tak mau menjalankan tanggungjawab kepada bangsa dan negarakah? Leka dibuai mimpi? Malas nak mendaftar? Hanya mengharap belas kasihan dan simpati orang?
  4. Parti-parti Melayu Pulau Pinang dok buat apa? Dok masuk TV komplen sana-sini pasal Lim Guan Eng tapi pengundi Melayu hampa dok pi daftar dak? Dok pi kempen dak? Ada hampa pi tengok orang-orang susah? Ada hampa pi bagi bantuan? Depa tak perlu sangat orang dok jaja isu nasional. Yang penting kehidupan depa. Ni hampa dok abaikan depa. Dok bagi bantuan kat kroni-kroni hampa saja buat apa? Contohilah PM Najib dalam membuat personal touch kepada mereka yang memerlukan bantuan. Tolong tengok-tengok sama Melayu belah Pulau ni oi! Memangla dah takdak harapan tapi jangan hampa sia-siakan kesetiaan depa selama ni. Takkan sebab bukan Melayu punya angkara, orang Melayu nak tanggung akibat?

Kalau ini keadaannya di Pulau Pinang, aku pasti keadaan yang sama di Selangor dan Perak. Kalau statistik pengundi berdaftar di Selangor dan Perak pon sama macam di Pulau Pinang, alamat akan datang 'almarhum' la kepimpinan Melayu. Pulau Pinang menjadi bukti dan saksi keadaan ini. Jangan biarkan Selangor dan Perak menjadi 'Pulau Pinang kedua'. Buat orang-orang Melayu, kita semua penduduk majoriti di Malaysia, tapi tak ada maknanya kalau dalam daftar pengundi, kita adalah majoriti yang belum berdaftar sebagai pengundi. Oleh itu pesanan aku yang terakhir :

Kalau belum daftar mengundi, pi la daftar sebagai pengundi... Senang ja pun, pi dekat pejabat pos dan bawak IC....

Pakat bukak-bukak mata la oi! Buat malu kat kaum lain saja!

Wassalam.



Winter is coming...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan