Fatah & Hamas : Perang Dah Tamat?

Salam,

Hari ini terbaca dalam berita menyatakan Hamas dan Fatah telah menamatkan persengketaan :

Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan

KAHERAH 29 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.

Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.

Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.

Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.

“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.

Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.

Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.

“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.

Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.

“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru’. – Reuters

Alhamdulillah... Aku pernah menulis berkenaan hal ini tak berapa lama dahulu (2009) dalam "Palestin : Kembalikan Kerajaan Bersatu!". Nampaknya, kerajaan Palestin yang bersatu bakal hidup kembali. Sama-sama kita mendoakan kejayaannya kali ini. Aku rasakan, lagu bawah ni mungkin sesuai untuk dijadikan tema berita ini.




Mudah-mudahan kita di Malaysia dapat mengambil iktibar akan kejadian ini.

Wassalam :)

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017