Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Selawat......

Salam, "Ya Allah, bantulah hamba-hamba Mu ini, termasuk diriku dan tuan punya blog ini... Tunjukkanlah jalan keluar bagi masalah yang kami hadapi... Leraikanlah kekusutan di hati-hati kami... Selamatkanlah kami dari orang-orang yang zalim, takbur lagi bongkak... Ya Allah sembuhkanlah hati-hati kami dari sebarang penyakit... Ampunilah dosa-dosa kami... Jauhkanlah kami daripada seksaan kubur dan azab api neraka Mu... Ya Allah, masukkanlahh kami ke dalam syurga Mu dengan rahmat dan kasih sayang Mu... Ya Allah, janganlah dibebani kami dengan ujian dan dugaan yang berat... Seandainya apa yang ditimpakan ke atas kami sekarang ini adalah satu ujian ke atas keimanan kami, maka kami redho.. Oleh itu Ya Allah jadikanlah kami di kalangan orang yang sabar dan jadikanlah kami sebagai orang-orang yang berserah sepenuhnya kepada Mu... Ya Allah kami insaf dan sedar akan kesilapan dan kelemahan kami.. Oleh itu, hindarilah kami dari bebanan tersebut... Ya Allah, t

Kindness..

Salam, Narrated ‘Aishah: Allah’s Messenger said, “Allah is Kind and He loves kindness, and confers upon kindness which He does not confer upon severity, and does not confer upon any thing besides it (kindness).” (Muslim) Narrated Jarir bin ‘Abdullah: Allah’s Messenger said, “Allah will not show mercy to him who does not show mercy to others.” (Al-Bukhari and Muslim) Wassalam...

Untitled

Salam Wassalam

Zaman Ini

Salam, Zaman ini. Ya, zaman ini akan dilalui semua orang. Naluri manusia normal tidak boleh menolak kehadiran zaman ini di dalam hidup mereka. Kini mungkin saya juga perlu melihat dan menjengah untuk melangkah ke zaman ini. Bukan mudah untuk membuat peralihan zaman seperti ini kerana ia memerlukan suatu kekuatan dan keazaman. Mungkinkah dipercepatkan atau dipertangguhkan? Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas segalanya. Redho - suatu kata mudah diungkap sukar dilaksana. Wassalam.

8

Salam, Dah 8 tahun... K, thx bai. Wassalam..

I Believe...

Salam, Bila tiba kesukaran dan ketidaktenangan, mungkin kita cuma perlu ingat apa yang dah kita lakukan dan kembali kepada asas kita sebagai seorang Muslim... I Believe (LYRICS) When you're searching for the light And you see no hope in sight Be sure and have no doubt He's always close to you He's the one who knows you best He knows what's in your heart You'll find your peace at last If you just have faith in Him You're always in my heart and mind Your name is mentioned every day I'll follow you no matter what My biggest wish is to see you one day Chorus: I believe I believe Do you believe, oh do you believe? Coz I believe In a man who used to be So full of love and harmony He fought for peace and liberty And never would he hurt anything He was a mercy for mankind A teacher till the end of time No creature could be compared to him So full of light and blessings You're always in my heart and mind Your name is mentione

"Bukan Semua Namewee buat saya sokong.." -- PM

Salam, Baru-baru ini Dato' Sri Najib Tun Razak (DSN) ada menjawap soalan wartawan berkenaan Namewee : "Bagi Namewee dan pihak-pihak lain yang menyokong 1Malaysia, yang penting sekali baginya ialah menyokong apa yang sedang kita lakukan untuk negara ini, saya difahamkan beliau merupakan penyokong kuat kepada Gagasan 1Malaysia. "Saya menggalakkan beliau untuk terus memberi segala pandangan beliau melalui cara sebagai blogger atau mungkin cara-cara lain seperti penerbitan filem dan sebagainya yang mencerminkan sokongan kepada Gagasan 1Malaysia ," Sumber : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=616987  Video : http://umno-online.com/?p=46338 Kenyataan DSN ini telah menimbulkan sedikit rasa tidak puas hati kepada para blogger pro Kerajaan dan juga individu-individu yang mempunyai kebencian dan tidak boleh melupakan kebiadapan yang Namewee lakukan sebelum ini. Mungkin bagi mereka, selagi Namewee tidak memohon maaf secara ikhlas dan

Namewee Butthurt?

Salam, Babi Setan Namewee buat hal lagi. Kali ni dia 'fuck' Utusan. Alasan dia orang yang tulis artikel tu judge filem dia sebelum tengok. Watch this : http://www.youtube.com/watch?v=t5d0eqBqra8 Apa yang aku nampak mamat Namewee celaka ni tersangat laaaa perasaaaaannnnnn..... Dia ingat orang tu buat review buruk untuk filem dia, sedangkan apa yang orang tu cakap ialah dia memang takmau pi tengok filem tu sebab kelakuan Namewee sebelum ni. Ni artikel asal dalam utusan : Tengok! Dalam artikel tu mana ada dia kutuk pasal filem nasi lemak tu? Ada dia kata filem tu tak bagus? Dia pun tak berani kata macam tu (dia tak judge!) sebab dia tau dia tak tengok lagi dan nampak gayanya memang dia tak akan tengok. Apa yang dia bagitau adalah sebab-sebab dia tak akan pi tengok cerita tu sebab apa yang mamat tu dah buat melukakan hati dia , sama jugak dia melukan hati aku dan hati orang Melayu yang lain. Cuma mamat Namewee ni je perasan lebih. Sakit juboq apa tah

Bukit Kepong : Polis British atau Polis Persekutuan?

Salam, Dua tahun yang lepas, aku pernah menulis berkenaan Pembinaan Negara : Dari Malayan Union ke Persekutuan Tanah Melayu . Di dalam tulisan berkenaan, ada dikupas sedikit latar belakang negeri-negeri Melayu, Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Seingat aku, tulisan itu aku nukilkan sebab pada ketika berkenaan heboh isu kononnya UMNO bukan pejuang kemerdekaan kerana heboh dokumentari "10 tahun sebelum merdeka" yang mengangkat golongan kiri yang mempunyai pengaruh Komunis sebagai pejuang sebenar. Kini, timbul pula isu yang lebih kurang sama selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengatakan bahawa pihak yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong itulah wira kemerdekaan dan yang diserang itu Polis British . Beliau juga mendakwa sejarah serangan yang diketuai seorang Melayu bernama Mat Indera itu sengaja ditutup dan filem Bukit Kepong itu tidak benar kerana pengarah filem berkenaan seorang ahli UMNO. Jom kita lihat fakta. Yang menyerang adalah

Komunis Kejam - Hamzah

Komunis kejam - Hamzah Oleh SYUKRI SHAARI pengarang@utusan.com.my Tok Imam dan bilal surau dipaksa makan daging babi panggang sebelum mereka ditembak. KUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi generasi muda hari ini yang tidak pernah merasai penderitaan hidup pada zaman komunis, mereka mungkin tidak dapat membayangkan kekejaman kumpulan pengganas itu. Namun, bagi yang pernah melalui zaman tersebut seperti Hamzah Mohd. Amin, 71, trauma yang ditinggalkan daripada kekejaman komunis itu tidak dapat dilupakannya sehingga hari ini. Malah, Hamzah yang mempunyai bakat melukis turut menghasilkan beberapa karikatur anggota komunis yang sedang menyeksa tahanan sewaktu zaman keganasan kumpulan tersebut di negara ini. Menurutnya, lukisan tersebut dihasilkan beberapa minggu lalu bertujuan memberi gambaran keadaan sebenar kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini suatu ketika dahulu terutamanya kepada generasi muda. Katanya, walaupun telah menjangkau usia 71

Depa dah, hampa bila lagi?

Salam, Terlebih dahulu aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin. Tak lupa jugak aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-54 Malaysia, kerana tidak ada kemerdekaan Malaysia yang lain selain yang dicapai oleh pejuang kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn, Tun Razak, Tun HS Lee, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T Sambanthan dan lain-lain lagi pejuang kemerdekaan dari UMNO, MCA, MIC yang membentuk parti Perikatan pada pilihanraya pertama 1955. POS Malaysia.. 8.30 pagi dah bukak.... OK, sebenarnya nak cerita pasal apa yang aku tengok sendiri awal pagi tadi ( 2 Sept. 2011 ). Seawal jam 8.15 pagi aku dah berada di Pejabat Pos Pulau Pinang di Lebuh Downing untuk menemani ibu dan ayah aku yang ada sedikit urusan di sana. Masa kami sampai, pintu pejabat pos tu pon belum bukak lagi. Aku tengok ada 2 -3 orang yang sampai awal sama dengan kami turut dok menunggu dalam kereta masing-masing. Semua pakat dok tunggu pintu pejabat pos bukak ja

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Salam, Tadi search pasal Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, sekali terjumpa software ni :         Di bahagian About ada tertulis :   Carian Pakcik Google mendapati  FB Sdr. Bahaman Makiran . BAHEIS, JPM kini adalah JAKIM . Download Locations : http://www.mediafire.com/?513bea52n3vommf http://www.fileserve.com/file/ZNEHgNh http://www.megaupload.com/?d=OD6NPJST http://depositfiles.com/en/files/7668weftb http://hotfile.com/dl/125830585/17b28c1/Pimpinan_Ar-Rahman.rar.html http://www.zshare.net/download/9331042847ba59a5/ http://uploading.com/files/4c9mdam9/Pimpinan_Ar-Rahman.rar/ http://www.filesonic.com/file/1592682234/Pimpinan_Ar-Rahman.rar http://www.multiupload.com/29CWWU10V9 (File size only 2MB) Wassalamualaikum

Ini Adalah Sesuatu........

Salam, Jom dengaq ni.... For me, this is "Najib 2.0" or better known as "The Fierce Najib". Selama ini kita jarang melihat Dato' Sri Najib berucap dan berpidato begini, tapi kali ini nampak kegarangan beliau.  Nampak gayanya gendang perang telah dipalu... Apakah ini suatu petanda.....? Wassalam...

Berapa subsidi kerajaan untuk seliter Petrol RON 95?

Salam, PRIMAX 95 Petronas Aku taktau kalau hampa dah tau, tapi ni nak cerita benda yang dulu aku taktau dan la ni baru tau.. Tau? Tadi pagi aku pi isi minyak kat Petronas, tiba2 terbaca dia letak notis camni : Subsidi Minyak Oleh Kerajaan Pada Bulan Julai 2011 Kalau close-up sikit lagi.... Subsidi 8 kupang, pelepasan cukai 5 kupang 8 duit.... Kalau betui la harga sebenar ni... Kita kira2 sikit keseluruhan berapa Kerajaan dok subsidi kita seliter bagi RON 95 : Subsidi : RM 0.80 Pelepasan Cukai : RM 0.58 Overall Kerajaan tanggung = RM 1.38 Peratus kerajaan tanggung daripada harga sebenar : RM 1.38 / RM 3.28 * 100 = 42% Jadi, boleh kita katakan kerajaan telah menanggung 42% perbelanjaan rakyat bagi minyak RON 95 untuk bulan Julai 2011. Adakah Kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh ditakrifkan sebagai kerajaan berkebajikan? Fikir dan nilai sendiri.... Wassalam...

Himpunan Bersih = Sunnah Rasulullah S.A.W ?

Salam, Aku taktau apa ada dalam kepala depa ni... Klik imej untuk besarkan Haa??? Aishhh... Semalam aku dengaq khutbah kat Masjid, Khatib kata himpunan Bersih 2.0 ni adalah ZALIM dan HARAM sebab boleh membawa kepada kemudharatan dan ketidakstabilan. Adalah jelas lagi bersuluh, mereka ini ingin menjatuhkan pemerintah melalui jalan kotor atas nama 'Kebangkitan Rakyat' seperti di Libya, Syria, Mesir dan negara-negara Arab yang lain. Buktinya boleh baca sendiri niat dan tujuan sebenar mereka berhimpun. Mereka ini menjadikan SPR sebagai kambing hitam demi matlamat politik mereka. Bila berlaku perhimpunan ini nanti, pihak Polis yang mengawal sudah tentu akan mengambil tindakan dan pada ketika inilah, dajal-dajal dalam dan luar negeri akan beraksi mengambil gambar mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia melalui tindakan Polis adalah zalim dan tidak berperikemanusiaan. Modus operandi yang sama telah digunakan di Libya, Mesir, Oman, Bahrain dan Syria. Media-media antarabangsa memburu

My Best Of My Life - Superfly

Salam, Just nak share music video neh.. Ending JDorama 'BOSS'. Enjoy! Wassalam. ----- "My Best Of My Life" - Superfly Romaji   ima koko de iki wo shite miru watashi ga koko ni aruyou ni tsutsuma rete iki teruyoude tashikana mono wo sagasu no wa naze ashibaya ni sugi teku hibi mo machigai dewanai no kana chigire souna kokoro wo se otte soredemo asu wo oikakete iku meguri ai no naka de mitsukeru ikiteku imi wo sodatete miyou namida wa nugui satte ima hajima ru ( my ) best of my life shiawase ni hitaru kotosae nandaka kowaku kanjite kawaiteta kokoro no himei mo kizukenai mama gisei nishita yasashisa ni tsutsumareta toki subete utsukushiku mie sugiru no tada zenryoku de ikiteru sore dake nano ni doushite hito wa koukai wo kasaneru ... ? shiawase wo osoreru koto naku dareka no mune ni tobikome tara namida wa kaze ni matte aiseru youna ( my ) best of my life hontou wa dareka ni sugari takute tada sugi satte kietetta ashiato wa mu

Harga Minyak di Malaysia Mahal? [AMARAN : Jangan baca kalau malas!]

Salam, Seminggu dua ni desas desus harga petrol RON 95 yang dijangka bakal naik berikutan langkah pengurangan subsidi oleh kerajaan yang dikatakan bakal dilaksanakan. Ramai orang yang merungut dan tentu sekali kita memahami keadaan ini. Almaklumlah, sudah sekian lama rakyat Malaysia menikmati subsidi petrol, maka apabila tiba masanya subsidi ini dikurangkan, kita pun terasa akan kenaikannya.  Maka banyak lah alasan yang diberikan oleh mereka yang tidak percaya langkah pengurangan subsidi ini. Walaupun telah diterangkan mengenai harga petrol di Malaysia adalah antara yang termurah di rantau Asia malah ada antaranya di dunia, tetapi timbul satu isu -- Adakah perbandingan itu dibuat berdasarkan dengan negara-negara lain pengeluar minyak? Sebagai contoh, kata mereka, Qatar dan Malaysia sama-sama negara pengeluar minyak (walaupun hakikatnya Malaysia x layak join OPEC pon) tetapi kenapa Qatar boleh bagi subsidi kepada rakyatnya supaya petrol dijual dengan murah? Untuk menjawab persoalan

Gay? Hudud? Ha Ha?

Salam, Tadi tengahari lebih kurang jam 11 - 12 lebih, ada sesi soal jawab antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pengguna Yahoo! Malaysia . Aku sempat capture beberapa perkara yang aku rasa menarik untuk kita semak semula. 1. Soal Gay / Lesbian / Seumpamanya Seorang ahli chatting menanyakan soalan samada golongan ini semua (gay, lesbian, Bi-Sex, Pondan, etc) akan tidak di-diskriminasi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.  Gay? JAWAP ANWAR : Kita mengambil berat kepentingan keluarga dan perkahwinan. TETAPI, kita tidak seharusnya mengganggu dan mendiskriminasi orang lain. Komen Aku : Adakah dalam erti kata lain, gay, lesbian, bi-sex, pondan ni semua ok je x perlu buat apa2? 2. Soal Hudud Seorang lagi ahli chatting bertanyakan samada HUDUD akan dilaksanakan sekiranya beliau menjadi PM. Apa hudud-hudud? Tarak-tarak... JAWAP ANWAR : Kita mesti faham objektif maqasid syariah. Keutamaan kita ialah keselamatan, kebebasan, dan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia. Ko

"Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP” - DS Najib

"Hadi, Cukup-cukuplah dengan DAP..." Salam, Dalam minggu lepas aku ada cakap pasal 1Melayu 1Bumi . Gerakan penyatuan Melayu tersebut amat digeruni oleh parti politik bukan Melayu, terutama sekali DAP. Hari ini, Dato' Sri Najib Tun Razak meminta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya meninggalkan DAP. Perkara ini tentu sekali bukan perkara yang main-main. Di dalam ucapan yang sama, DS Najib juga telah menyatakan bahawa masa depan " Malay sia" lebih terjamin dengan BN melalui kepimpinan UMNO. Dalam erti kata lain, ini juga mungkin satu "pelawaan" kepada PAS untuk menyertai BN, walaupun kita sudah boleh mengagak perkara ini buat masa dan ketika ini adalah sedikit sukar. Laporan berita tersebut : 30 April, 2011 15:46 PM Najib Minta PAS Keluar Pakatan Pembangkang KUALA TERENGGANU, 30 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa,

Fatah & Hamas : Perang Dah Tamat?

Salam, Hari ini terbaca dalam berita menyatakan Hamas dan Fatah telah menamatkan persengketaan : Fatah Dan Hamas Berdamai….. Tamatkan Persengketaan KAHERAH 29 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka. Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun. Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir. Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara. Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurus