Wednesday, December 29, 2010

Salam Agregat 4 -2 ~ Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!

Salam,

Garuda parah dibaham Harimau Malaya
Malaysia menjuarai piala AFF Suzuki edisi 2010. Setelah berhempas pulas semasa di peringkat kumpulan, laluan Malaysia tampak sukar di awal persaingan. Bermula dengan kekalahan 1 - 5  di Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia seterusnya seri dengan Thailand 0-0 sebelum bangkit membenam Laos dengan jaringan 5 - 1.

Seterusnya, Malaysia yang hampir-hampir terkeluar daripada saingan, berjaya menempatkan diri di pusingan Separuh akhir apabila Indonesia berjaya mengalahkan Thailand dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan. Malaysia layak dengan menduduki tempat kedua di bawah Indonesia. Bakal lawan Malaysia di Separuh Akhir ialah Vietnam, juara AFF Cup sebanyak beberapa kali.

Pemain ke-12 Malaysia
Namun, semangat anak buah Rajagopal tidak luntur sama sekali. Perlawanan Separuh Akhir pertama di Bukit Jalil, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam dengan 2 - 0. Inilah semangat juang yang ditunjukkan para pemain muda negara dibantu oleh pemain "ke-12" di medan pertarungan yakni para penyokong tegar Malaysia yang tidak berhenti-henti memberi sokongan kepada pasukan negara. Di Hanoi, Malaysia berjaya mengikat Vietnam dengan 0 - 0 untuk layak ke perlawanan akhir walaupun digempur selautan "tentera merah" yang tidak jemu menyokong pasukan Vietnam. Malaysia menang separuh akhir dengan agregat 2 - 0.

Perlawanan akhir menyaksikan Malaysia bertemu dengan Indonesia setelah pasukan Garuda itu menewaskan pasukan Filipina juga dengan agregat 2 - 0. Indonesia, di atas kertas nampaknya akan menempuhi laluan mudah dalam saingan akhir kerana telah pun berjaya membaham Sang Harimau Malaya dengan rakus sekali - 5 gol berbalas 1 pada perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan.

Perlawanan Akhir Pertama AFF Suzuki Cup 2010 di Bukit Jalil
Tetapi, peluang 90 minit di atas padang tidak sama dengan apa yang ada di dalam kertas. Harimau Malaya bukan lagi Harimau yang patah taringnya dan tumpul kukunya setelah dipatuk dengan Garuda pada perlawanan pertama. Kematangan dan keyakinan berjaya memberi saingan kepada pasukan Thailand serta menewaskan pasukan Vietnam merubah segalanya. Malaysia yang bermain pada perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil, telah berjaya membalas dendam terhadap Indonesia dengan kemenangan 3 - 0.


Khairul Fahmi a.k.a Apek
Hari ini, di GBK, perlawanan akhir kali kedua di adakan. Indonesia menghadapi tekanan untuk mencari sekurang-kurangnya 3 gol untuk seri dengan agregat 3-3 ataupun perlu menang dengan 4-0 bagi mencapai agregat 4-3. Tetapi hal ini tampak sukar setelah habis separuh masa, Malaysia berjaya mengikat Indonesia tanpa jaringan, disebalik sokongan padu para "seldadu merah putih". Peluang terbaik Indonesia datang dalam 30 minit separuh masa pertama dengan sebuah sepakan penalti yang dihadiahkan pengadil perlawanan (Australia), tetapi ianya gagal disempurnakan. Penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menangkap bola hasil sepakan penalti tersebut.

Safee Sali, Top Scorer (5 Goals)
Separuh masa kedua, Malaysia bermula dengan baik dan hasilnya, counter attack oleh pasukan Malaysia berjaya membuahkan gol pertama perlawanan hasil jaringan Safee Sali. Ini telah menyebabkan Indonesia hilang rentak seketika. Namun, dengan kemasukan beberapa orang pemain gantian, Indonesia akhirnya berjaya menyumbat sebiji jaringan bagi menyamakan kedudukan 1 -1 di dalam perlawanan ini.

Malaysia terus mencipta peluang tetapi penyudahnya tidak menghasilkan sebarang gol. Indonesia yang sejak sedari mula permainan melancarkan serangan bertubi-tubi nampaknya masih tidak mahu mengalah, walaupun keputusan agregat telah berpihak kepada Malaysia (4 -1). Dan sememangnya Malaysia masih di depan kerana telah menjaringkan gol di tempat lawan. Tetapi, sudah takdir dan tersurat, Indonesia berjaya menambah jaringan apabila rembatan pemain mereka telah tertanduk oleh pemain pertahanan Malaysa sendiri untuk own goal.

Rimau... Auummm...
Jadi, Indonesia menambah 1 gol hasil gol sendiri pemain Malaysia. Keputusan 2 - 1 ini kekal hingga tamat perlawanan. Ini membolehkan Malaysia menjadi juara dengan kemenangan agregat 4 - 2. Kemenangan Malaysia ini sebenarnya membuktikan bahawa pasukan bola sepak negara kita mampu untuk mengatasi cabaran dan mampu untuk menjadi juara sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh dan fokus pada perlawanan. 


Berlagak depa ni...
Kemenangan ini juga telah menghancurkan ego pasukan Indonesia atau lebih tepat lagi media Indonesia yang selalu mendabik dada akan kehebatan mereka. Dengan rekod tanpa kalah sepanjang kejohanan, mereka akhirnya tewas kepada pasukan yang mereka kalahkan dengan hebat di perlawanan pembukaan. Ini membuktikan bahawa di dalam persaingan bola sepak, apa yang penting ialah fokus para pemain dan bukan publisiti ataupun rasa bangga diri yang menjadi keutamaan.


Wira Harimau Malaya
Sepanjang kejohanan ini, aku berpendapat pujian harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia, daripada penjaga gol hinggalah ke penyerang. Kehebatan pemain pertahanan telah terbukti pada perlawanan menentang Vietnam. Begitu juga dengan pemain di bahagian tengah yang kerap menghantar bola dengan tepat dan lorongan yang cantik kepada penyerang. Juga ada di antara mereka yang rajin mengejar bola (eg. Kunalan) dan tidak mudah berputus asa. Pujian juga harus diberikan kepada Norshahrul Idlan Talaha yang sebenarnya adalah pencetus kepada gerakan bahaya dan menjadi duri dalam daging bagi pihak lawan. Kelincahan beliau menggelecek di ruangan sempit berdekatan garisan padang amat digeruni pihak lawan terutama sekali kemampuan yang ditunjukkan beliau di dalam perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil. Safee Sali juga tidak kurang hebatnya dalam menyempurnakan gerakan cantik Norshahrul dan seterusnya menyumbang gol untuk Malaysia. Inilah di antara beberapa nama yang pada aku, perlu digilap lagi oleh FAM, termasuk juga keseluruhan pasukan. Mereka yang berada di bangku simpanan termasuk para jurulatih, pegawai perlawanan, pegawai perubatan dan sebagainya juga harus diberi pujian kerana berjaya di dalam tugas masing-masing hingga kita diangkat menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010.

Negaraku Malaysia...
Diharapkan selepas ini, pasukan negara kita akan terus menyinar di dalam arena bola sepak di peringkat Asia dan Dunia. Mudah-mudahan, kemenangan kita ini boleh menjadi pemangkin, era baru bola sepak negara dalam misi mencari tempat di persada antarabangsa. Mudah-mudahan, pasukan yang ada buat masa ini dapat dikembangkan lagi potensi mereka bagi mempersiapkan diri menuju kemuncak bola sepak dunia, yakni Piala Dunia.

Majulah Sukan Untuk Negara.
Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku.
Harimau Malaya Gagah di Persada!


Wassalam.

P/S : Tomorrow is my birthday and this is the best birthday present yet! :)

UPDATE : JUMAAT (31 Disember 2010) CUTI! PM UMUM! Thanks Dato' Sri Najib!

Monday, December 20, 2010

Edisi Posmen : Dari Pintu Ke Pintu....

Andai kata aku seorang Posmen,
pintu ini akan aku kunjungi jua!



Salam,

Apa edisi posmen? Mana ada edisi posmen kat sini... Hehehe..
 
Dari pintu ke pintu tu lirik lagu Kumpulan Fotograf la... Ke Pintu Kasih Mu tajuk dia... Tadi pagi masa pi keja, aku dengaq Suria FM.. Tetiba depa pasang lagu ni.. Lama tak dengaq, truih search kat Youtube.. hahaha.... 

Layan la nohhhh........


video

Fotograf - Ke Pintu Kasih Mu

Jernih berkilauan
bagai titisan
embun menghujan

Hening alam rasa
bila namamu
aku lafazkan

Ku saksikan dengannya hati
penuh rindu yang syahdu
Dan berbisik
tentangnya hasrat
jalinan cinta kasih

Dan dari pintu ke pintu
Jangan di langsiri
Dengan tabir kelam
Buka luaskan dengan cahaya

Segala dan semuanya
Tetapkan ku genggam
Penuh kepasrahan
Dan tanpa resah
Terhadap cinta

Di saat bercinta
datang berbagai
bayang bayang menjelma
Dan kerna saktinya
cinta ku teguh
tidakkan luruh 


Hehe.. lagu ni bagi aku salah sebuah lagu yang berkualiti yang pernah dihasilkan artis tanah air. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Shamrin yang bertindak sebagai vokalis kumpulan Fotograf ni... Takziah diucapkan kepada keluarga beliau...

Wassalamualaikum!

Monday, December 13, 2010

Kenapa orang lain takmau meniaga macam dia meniaga?

Salam,

Pagi ni aku terbaca dalam forum CARI dan teruih check berita asal dekat KOSMO. Cuba pakat baca tengok :

Jual murah pun boleh untung


ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.
Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.
Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.
“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya.

Kuih muih tradisional Melayu.. 
Ada org masak bubuh RON 95?
Haa.. pelik? Memang pelik kalau zaman la ni ada lagi manusia yang juai makanan dengan harga ni. Kalau tak silap aku, harga yang dia jual ni zaman aku sekolah rendah memang standard la. Tak sangka, hampir 15 tahun kemudian, masih ada lagi orang mcm dia yang boleh jual ikut harga macam tu, disebalik rungutan peniaga-peniaga lain pasal harga gula naik la, harga tepung naik la, harga minyak naik la... Sampai semua harga makanan dinaikkan.

Yang paling best, dia mengaku boleh dapat untung dan mampu bayaq gaji empat orang pekerja lagi. Wow, untungnya. Mungkin niat dia baik dia meniaga kerana Allah, sebab tu Allah murahkan rezeki dia sebab dia tak bebankan orang lain.

Jadi apa masalah kedai-kedai makan lain? Kenapa bila ada kenaikan harga gula sekupang dua untuk sekilo, harga teh tarik pun pakat naik sampai dua tiga kupang? Harga tepung sekilo pakat naik sikit, semua harga roti canai, karipap, semua pakat naik sekupang dua? Yang paling best, naik harga petrol pun, semua pakat dok penaik harga makanan.... Awat, bila dok masak tu pakat dok bubuh RON95 bagi sedap ka?

Ni semua tak lain tak bukan sebab nak kaya cepat. Itu saja yang sebenaqnya. Peniaga kedai makan di Malaysia ni rata-rata suka ambik kesempatan atas kenaikan harga-harga barangan. Sedangkan, kenaikan harga tu kadang-kadang takdak efek langsung dalam proses penyediaan makanan depa. Kalau katakan harga gula naik sekupang, takkan la setiap teh tarik akan dinaikkan harga sekupang? Dok bancuh teh tarik pakai sampai gula sekilo ka? 

Bila harga petrol naik 15 sen, harga roti canai pon pakat naik sekupang dua. Alasan, kos hantaq tepung dok meningkat. Nak tanya sikit, depa dok hantaq tepung tu hantaq sepeket saja ka untuk satu lori seperjalanan? Takkan kot.. Awat special sangat tepung tu sampai nak kena hantaq lagu tu.. Sama la jugak kes dengan barang-barang lain. Alasan depa kos petrol naik, sedangkan lori-lori semua banyak pakai diesel kot. Dan harga diesel tu lagi murah daripada harga petrol.

Aku harap, masih ada ramai lagi peniaga kedai makan yang berhati mulia macam dia ni. Sebab apa, kita dok kalut harga barang naik sebab petrol, rupa-rupanya bukan sebab petrol sangat pun, tapi sebab peniaga sendiri dok ambik untung berlebihan. Tengok negara jiran macam Siam sudah la, petrol lagi mahai daripada kita tapi harga makanan lagi murah.

Renung-renungkan.

Wassalam.

Saturday, December 11, 2010

Kepommm!!!! Gurururururrrruhsssshhhhhhh#########!!!

Salam,

Dia pecah betui-betui kat ayat cerita pasai Explosion dan Warning..

Tajuk entry adalah bunyi tayar aku sedang pecah pada pagi tadi. Masa nak pi opis, aku mcm biasa amik lorong kiri untuk belok ke kiri jika tiada kenderaan. Di sebelah dah ada kereta panjang beratur, tapi ruang masih ada dan selalu aku buat mcm tu tak ada masalah. Tapi hari ni aku taktau silap tang mana. Skill Fujiwara Takumi yang aku mastered dah beberapa bulan nampaknya bertukar menjadi tragedi. Dengan sedikit sentuhan ke bahu jalan, tayar aku meletop dengan tiba-tiba....Oh, baru aku teringat, semalam aku bubuh angin dalam tayar sehingga cekang dan mantap! Hehe.. Mau tak mau, melayang dalam RM 300 lebih tadi sebab tukaq tayar baru sebijik + ganti tayar lama akibat kejadian lain yang berlaku beberapa bulan sebelum itu.

Itu baru meletop yang pertama.

Meletop kedua ialah apabila aku nak buat call guna henpon aku, tiba-tiba baki tinggai RM 0.01. What the flip?? Kalau tgk entry lepas memang aku punya reload tu tak masuk. Tapi lepas ari Isnin pagi tu, aku hantar e-mel kat customer service Maybank & CC kat BNM, petang tu dalam kui 7 reload aku dah masuk. So aku kira setel la.. Senang tak payah bising dah.. Tapi bila ari ni nak guna, setelah beberapa hari tak guna sgt phone aku tu, tiba2 tinggai seduit balik?? Adehhh.. Aku tanpa lengah teruih call Celcom CS.. First call aku cakap la masalah aku sebelum ni.. Dia check kemudian dia kata memang ada reload ari senin malam tu... Tu reload yang lambat masuk tu la. Kemudian dia kata bila check, ada plak penggunaan internet pada 7hb iaitu selasa dari jam 1 tgh hari sampai 12 tgh malam.. What the FLIP????????? 

Henpon aku lebih kurang lagu ni la..
Aku cakap, mana boleh macam tu.. aku tak guna pun. Lagipun, aku kan ada Unifi kat rumah, watpa nak browse guna henpon plak.. Aku mintak dia check aku pi laman web mana time tu, tapi dia x boleh buat. Apa yang dia boleh buat, dia suruh aku check kat Online Customer Service Celcom, so aku boleh tau berapa aku kena caj. Dia ada cerita pasal caj. RM 0.10 untuk 10kb transfer. Ok fine. Aku check.

Bila aku check, aku tekejut lagi! What the FLIPP????? Penggunaan internet aku direkodkan dari jam 13:17 sampai jam 13:30, 7 Disember 2010 dan ada hampir 80 connection dibuat dan setiap kali connection akan transfer 70kb (sebab dia caj RM0.70). Jadi kiranya sampai jam 1.30PM tu kredit aku habeh. Hah????? Betui ke mcm tu. Bila aku check data transfer log kat henpon Nokia X6 aku neh, memang ada connection bermula jam 13:17, 13:18 dan 13:19 pada hari tu. Tapi transfer data bagi sent dan received sekitar 23kb saja bagi ketiga-tiga tu. Tu yang aku pelik tu, log Celcom cakap aku pakai sampai jam 13:30 sampai abeh kredit, sedangkan log data pada phone aku tunjuk tak lebih dari itu dan memang aku tak ingat langsung ada pakai apa-apa apps untuk browse internet pada waktu tu. Kalau ya pun ada connection la, sampai jam 13:19 je dan transfer terakhir tu hanya 2kb sent dan 2kb received.

Haram Penipu! Page 1 of 4. Satu page dok ada 20 baris, kurang2 4 page dok ada 80 connection. Bohong punya ni!
Jadi, macam mana boleh ada 80 connection antara jam 13:17 dan 13:30 hari tu dengan setiap connection bawak load 70kb???? Takkan log data pada henpon aku nak bohong kot????

Jadi aku call la lagi skali Celcom CS. Aku cakap, aku tak puas hati sebab memang aku tak pakai phone untuk browse internet hari tu. Connection yang jadi time 13:17 tu mungkin sekadar software check dan tak download apa-apa. Lagipun, aku set semua connection aku kepada always ask. Aku bukan gila nak set GPRS / 3G connection automatic. Dah la pakai prepaid, aku sedaq diri la. Aku tanya dia, you boleh check tak I guna kat web mana.

Tau dia jawap apa?

Dia memang detect ada penggunaan internet pada sistem. Ok fine, aku sendiri dah dapat tgk, tapi aku tak puas hati sebab aku tak guna. Memang tak guna langsung. Takkan la sampai ~ 5MB (70kb x 80) aku pakai untuk download sedangkan counter data phone aku ni sejak mula sampai la, data transfer untuk GPRS/3G/EDGE cuma ada 800kb sent dan 2.85MB download. Ni dari mula beli tau, bukan hari tu saja. Tak logik kalau betui ada transfer dia tak masuk counter data transfer tu. Tu yang aku tak puas hati.

Tau dia kata apa?

Mungkin ada aplikasi yang connect sendiri. Ya la, tapi aku x pernah allow automatic kalau nak buat connection. Mesti ada always ask tu. Aku tak puas hati. Last sekali dia suruh "ENCIK FORMAT LA PHONE ENCIK TU. KEMUDIAN CABUT BATTERY, CABUT SIM KAD. LEPAS TU ENCIK RELOAD DAN TRY SEMULA LEPAS FORMAT. JADI TAK LAGI MACAM TU".

Aku terkedu dengaq suggestion dia. "BULLSHIT" -- dengan tetiba nafsu ammarah ku mengeluarkan kata-kata itu sambil didengari sepelusuk opis!

#@%$^*@#$&^!@
Macam hampeh, ada ka suruh aku format phone tu. Macam phone bapak dia ja senang2 suruh format. Macam la aku tak reti sangat setting semua dalam tu. Aku mula menengking. At least masa call yang pertama tadi dia ada la jugak suruh rujuk Celcom Center terdekat kalau nak confirm. Ni tak, teruih suruh format.. Sapa tak panas oiii.. Dah lama jugak dok asyik potpetpotpet ngan dia,  dok ulang suruh aku format banyak kalu, dok tanya pasai pa aku marah.. aku mintak cakap dgn bos dia la lebih kurang (hehehe.... pernah kena masa keja kat ISD Intel Penang dulu.. payback time!), kunon2 escalate la problem ni.

Cakap dgn bos dia, ok sikit. Jawap pun tak ketat sangat. Dah cerita habes semua, dia mintak aku tunggu 3-7 hari bekerja sebab dia nak buat report (taktau la dia ni cakap betui ke tak.. Dia report ke tak..) So dia confirm kan, paling awai 15 hb Dec. ni aku boleh call dan tanya balik. Haa kan, dah masuk dah bab "xx hari bekerja" sama macam aritu. Ok fine, aku tunggu. Aku tanya kalau aku nak tunjuk bukti log phone aku tu boleh pi ke Celcom Center mana dekat dgn tempat aku ni... Dia bagitau KLIA... HAAAAAAAA.... Malehnyaaaaaa..... Nak pi semata-mata nak claim RM 50 ringgit lebih, duit minyak pi balik dah berapa.. Kalau parking kena bayaq lagi.. Haihhhh... buang masa aih...

Jadi, aku amek keputusan redho ja la.. Dah memang RM 50 tu bukan rezeki aku dari mula hari Jumaat lagi sampai la hari Selasa tu... Sampai la hari ni baru aku tau reload yang masuk hari Isnin malam tu sia-sia saja. Aku maleh dah nak pikiaq. Aku reload cara biasa, beli kupon kay M2U, masuk RM30. Dah! Habeh cerita. Kalau rajin Rabu depan call Celcom. Kalau tak dapat jugak, dan masih dengan alasan & saranan bodo yang sama e,g suruh format, maleh dah nak layan.. tak kuasa aku...

** Just now aku check kat Online Celcom Customer care, hanya ada reload aku pada hari Ahad, 4 Dec 2010 (RM 10, beli kat kedai runcit) dan pada hari ni 10 Dec 2010 (RM 30, beli kupon kat Maybank2u)..Walhal yang EASYRELOAD depa claimed masuk pada jam 7.07PM, 6 DEC 2010 tu, tak ada pun dalam tu... Dan reload RM 50 tu (daripada malam 3 DEC, entry sebelum ni) memang dah disahkan oleh Celcom pon. Tapi itulah... Bila tanya kenapa tak masuk dalam Online Customer Service, lambat update, tapi yang RM 30 aku baru beli tadi cepat jek. Jadi kesimpulan dia, RM 50 aku tetap hilang. Maleh den nak layan ni ha walaupun hati kembali membara! 

Magic! Mana pi EASYRELOAD aku yang kunon dah dimasukkan pada petang 6 Dec 2010 tu?? Haram sunggoh!

Nasihat aku, lain kali jangan buat auto-reload kat ATM ka, Internet Banking ka sebab menyusahkan. Kalau nak buat, beli kupon. Itupon kadang-kadang tak boleh harap, apatah lagi vending machine (aku penah kena kat Batu Pahat Mall). Oleh itu, sentiasalah beli topup anda di Kedai-Kedai runcit untuk jaminan paling selamat setakat ini.

AKHIR KATA FLIPP OFF!! CELCOM!

Wassalam....

Saturday, December 04, 2010

Instant Prepaid Topup... Instant? Mengarut!

Salam

Instant Prepaid Topup : Tambah Nilai Pra-Bayar Segera

Kan? Segera tu maksudnya..

Apa itu segera....
tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung.

-- Kamus Dewan Edisi Empat.

Kalau kita buat "Instant Prepaid Topup" padam jam 9.45 Malam semalam sehingga hari ini jam 7.00 pagi masih belum lagi diterima, adakah itu namanya segera? Biaq aku bagitau... Itu namanya...

BULLSHIT!

Yaa.. Bullshit! Mengarut! Dan aku dah terkena.. Alkisahnya, semalam aku log-in Maybank2u semata-mata untuk buat menatang alah ni. Disebabkan aku percaya 97% atas keberkesanan dan kecekapan teknologi perbankan dan penjualan internet, tanpa was-was aku menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Maybank2u ini. 

Yes, taik lembu atau kata lainnya, mengarut!

Tapi lepas tunggu 5 minit, 10 minit, 15 minit, mobile phone aku masih x leh send SMS atau buat panggilan keluar.... Maknanya apa? maknanya instant topup prepaid tu tak berjaya! Untuk pengesahan, aku pun semak baki dengan Celcom dan konfem, memang belum reload lagi!

Damn! Ape dah jadi ni?? Dah le nak kene pakai segera, tup-tup tak jalan??? Balance daripada akaun pon dah tolak dah RM 50.....

Aku pon call Maybank2u.. Dia bagitau aku, kalau duit dah tolak dalam account, maknanya transaksi dah berjaya dan Celcom akan auto-reload kat aku. Bila aku cakap masih lagi belum topup, dia suruh aku tunggu 24 jam dan katanya kalau tak ok lagi, dia suruh aku report semula. Dia kata, kalau apa-apa, refund akan dibuat oleh Celcom dalam masa seminggu hari bekerja lepas aku report kali kedua.

24 JAM = INSTANT?? Buuuullllllssssshiiiiiiiiiittttttttttttt!


Nope, it is still not in my hand, you mother flippin' bird!
Dengan rasa tak puas hati, aku call plak Celcom. Lebih kurang sama cerita, Celcom hanya boleh confirm yang aku punya line belum reload. Ya, aku tau memang belum reload la.. Apa yang aku nak tau, kenapa?? Dia tak boleh jawap dan jawapan yang standard, aku kena hubungi Maybank2u, sebab aku buat transaksi guna Maybank2u.

Grrrrr..... Aku dah telepon Maybank2u la, <tuuuuttttt>!!

So masalah mcm ni, aku jadi mcm bola la.. Call kat sini, dia kata masalah sebelah sana.. Call kat sana dia, dia soh tanya kat sini.. Apa kejadahnya ini semua?? What the mother-flippin' they are talking about??

JADI, pagi ni, setelah menunggu hampir 10 jam, aku maleh nak tunggu lagi 24 jam... Sia-sia saja tunggu. Jadi sebelum aku pi kedai beli topup, aku call lagi sekali Maybank2u. Mengadukan masalah yang sama, dia masih nak cari alasan pasal Celcom yang belum topup, etc... What the hell! Aku cakap kat dia, hang ingat aku ni apa, call hang, hang kata lagu ni, call Celcom dia kata la gu tu.. awat hampa ni mana satu yang betoi ni??? 

Flip You!
Bila dia kata dia dah report to technical, aku heran, kenapa tiada tindakan segera diambil. Dia cakap aku kena tunggu ISNIN sebab hari SABTU dan AHAD, PUBLIC HOLIDAY... Owhhhh???? Maybank2u yang handle duit jota-jota transaksi sehari pun takde dedicated technical person 24 hours a day, 7 days a week?? Wahhh dahsyat niiii... Hackers-hacker sekelian, ingat ni.. Kalau nak hack Maybank2u, sila mulakan dari malam hari jumaat hingga hari ahad sebab depa takde orang technical yang handle ok... SO, aku kena la tunggu hari Isnin.. Dan dia nasihatkan aku supaya regularly check baki ngan Celcom sebab katanya Celcom kalau reload, tak akan hantaq SMS notification..

Dey! takyah bagitau la hal tu, aku memang dok check la!!!!!

Hanya itu jer jawapan dia boleh bagi kat aku.. Ahh.. Whatever..! Both Maybank2u and Celcom sucks!! Perkara ini involve duit, still derang buat kesah tak kesah je.. Releks je.. buat taktau jer... Tunggu ISNIN, ISNIN, ISNIN.. Bila time promote online service, dok bangga ANYWHERE, ANYTIME, INSTANT, bla, bla, bla..... Tapi semuanya HAMPEH! Response team yang nak handle2 ni pon lambat. Mcm penyamun dalam ali baba bujang lapok.. Sabtu setengah hari, Ahad public holiday, malam kerja obertime??? Dey go die!!

Bila berurusan dengan Maybank2u, jadikan amalan untuk menyangka SEGERA = DARI SAAT INI HINGGA KE BEBERAPA HARI BEKERJA.

Jadi konklusinya, Maybank2u dan Celcom sucks at the moment, please try later.
Sekian, Terima Kasih
Wassalamualaikum!

Thursday, December 02, 2010

Change, we must!

Salam All,

This is my 353rd blog post since I start blogging in 2003. A lot of thing has changed. Among all, now i think it is time for me to use my real name in my blog. I've also changed the domain and now, this blog could be accessed directly from this address : http://azhar.osman.my -- Don't you think its cool? I think it does... hehe..

Apart from that, I think that I should just make this blog as simple and minimal as possible. This is something I really wanted to do since the last few months, but just to make it perfect, I wait till its 7th birthday which is on 1st December 2010. Yes, on the same day, 7 years ago I started this blog in a hope someone would take their time and read my thoughts... I wanted to share my life and opinion to everyone who are willing to spend their time for that purpose. For those, who had been reading my blog since it was first published, I would like to thank you all very, very much! You may know me or you may not. You might have just reached here through search engines or maybe from links published from my friends' blog. Whatever it is, thank you for reading, even a single line from this blog. My appreciation to all of you.

So how's life? Well, to start, I'm grateful that God still love me and wanted me to be a better man. I know it because God always gives and forgives but, we, men.. we gets and forgets. I'm not perfect and I made mistakes. A lot of work to do and sometimes you forgot things that are important to you. Nevertheless, I'll try my best to accomplished what I've dream for no matter hard it is. Well, its life isn't it?

To all my friends who read this, please leave your blogs, fb, web, twitter, etc links here. I'll make a link to your blog so that I'll not forget to read your latest thoughts and your life stories. You know the excitement we used to had before, reading one other blog just to find out what we are up to. But these days, those were easily achieved by using fb and twitter. In spite of that, please continue writing on your blogs. There are things that fb & twitter could do easily compared to blog but it's a vice-versa for other things which are better be presented in blog.

Ok all, I'll write more and will keep going with this blog. It might have a new name, a new look, and a new feel, but it's the same thoughts and the same human body all along. Thank you for reading.

Wassalam :)