Skip to main content

Perpaduan Melayu Islam : Mufti pon kena!

Salam,

Utusan Malaysia hari ini memuatkan berita berikut :

Melayu hilang kuasa pada PRU-13?



HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam.


IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri.

''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjuran Gagasan Melayu Perak (GMP) itu ialah presidennya, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Harussani menegaskan, pemimpin Melayu perlu sedar bahawa mereka memikul tanggungjawab memastikan kepentingan orang Melayu terjamin.

''Adakah agama yang mengajar kita suruh berdegil? Sedangkan degil itu adalah sifat keji dalam Islam. Kalau itu sifat keji, kenapa tidak dibuang daripada diri kerana ia tidak akan menguntungkan diri.

''Kalau dia pemimpin, dia tidak akan menguntungkan rakyat. (Sedangkan) bila jadi ketua, amanah untuk menjaga ummah itu kewajipan dia. Kalau dia berdegil, amanah tiada pada dia, rakyat akan hancur," ujar beliau.

Ditanya apakah masih ada harapan untuk orang Melayu khususnya membabitkan UMNO dan Pas bangkit dan bersatu semula jawabnya:

''Insya-Allah disebabkan kedua-dua puak (parti) ini mempunyai keinginan hendak bersatu.

''Ada pemimpin Pas datang berjumpa saya, begitu juga pemimpin UMNO. Mereka minta pandangan bagaimana untuk disatukan (kedua-dua parti)."

Mengulas lanjut kata Harussani, penyatuan masih tidak dapat dilakukan sehingga hari ini kerana kedua-dua pihak telah meletakkan faktor keutamaan di tempat yang salah.

''Saya percaya tujuan orang Pas memperjuangkan Islam ikhlas tapi meletakkan (keutamaan) di tempat yang salah. Mereka taksub sebab tidak faham. Orang UMNO serupa juga.

''Kalau kedua-dua parti memahami faktor keutamaan itu, apa yang perlu diutamakan? Keutamaan adalah agama dahulu dan agama tidak menyuruh kita membenci sesama umat Islam bahkan kasih-mengasihi sesama kita," katanya.

Dalam perkembangan sama, Harussani berkata, langkah GMP menganjurkan perhimpunan seumpama itu dapat membantu menyatupadukan orang Melayu.

Sementara itu, Mohd. Hilmi menegaskan, perlunya satu perhimpunan Melayu membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk raja-raja dan pemimpin parti politik sendiri untuk melahirkan semangat Melayu dalam menyata dan memperjuangkan hak mereka seperti termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

''Cara ini dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin Pas dan UMNO yang masih berdegil dan tidak memikirkan tentang masa depan orang Melayu," katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm



Mufti Perak adalah di antara beberapa orang tokoh agama yang menjadi 'broker' paling kuat dalam menyatu-padukan kuasa politik Melayu. Sejak selepas 8 Mac 2008 lagi, beliau telah berusaha untuk membawa satu kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak, namun gagal oleh kerana keegoan PAS Perak dalam menimbangkan kesan penubuhan kerajaan Pakatan Pembangkang di negeri itu. Natijahnya, kerajaan boneka DAP di Perak itu tumbang dan pihak istana serta institusi Mufti di Perak dilihat tiada penentangan dengan kerajaan BN yang baru ditubuhkan di Perak pada tahun 2009.

Setelah sekian lama isu perpaduan ini tiada percikan apinya, beberapa hari ini panas dengan isu perpaduan. Mungkin bertitik tolak daripada beberapa perkara, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS dalam beberapa perkara demi melihat kemajuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia ini. Namun, seperti mana masa-masa yang lalu, Mursyidul Am PAS lebih berminat dengan harta kekayaan dunia dengan menyatakan hanya akan berbincang dan bekerjasama dalam hal-hal seperti isu royalti minyak dan hubungan kerajaan negeri (dalam hal ni, sudah semesti dia maksudkan KELANTAN) dengan Kerajaan Pusat.

Dalam perkembangan yang terbaru ini, ada pihak-pihak ketiga, terutama rakan komplot di dalam Pakatan Pembangkang dilihat seakan-akan tidak selesa dengan isu ini. Bagi mereka, isu ini boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka. Untuk membalas isu ini, pelbagai respons diberikan diantaranya, mereka menyatakan bahawa ini adalah suatu tanda di mana UMNO kian lemah dan sedang nazak serta terdesak untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu melalui kerjasama dengan PAS. Hakikatnya, yang lemah adalah PAS dan bukannnya UMNO. Kelemahan PAS itu terbukti dengan runtuhnya kerajaan Perak tempoh hari yang mana ramai melihat kerajaan boneka PAS yang dikawal DAP itu agak biadab dan tidak menghormati orang-orang Melayu di Perak. Perdana Menteri, dalam menjawap pertuduhan ini telah menyatakan bahawa UMNO mempunyai kekuatan sendiri dan tidak perlu bekerjasama dengan PAS hanya kerana UMNO dikatakan kononnya lemah.

Jadi jika UMNO tidak lemah, siapakah yang lemah? Jawapannya orang Melayu yang lemah. Walaupun UMNO berjaya dan lebih kuat dari PAS dari segi bilangan kerusi Parlimen, tetapi kita semua tahu bahawa, undi Melayu dalam mana-mana pilihanraya sekurang-kurangnya terbahagi kepada 2, BN atau Pakatan Pembangkang. Jadi kuasa penentu pada masa ini ialah pada tangan minoriti seperti kaum India dan Cina. Walaupun undi kaum India dalam kebelakangan ini selepas beberapa pilihan raya kecil menunjukkan kembalinya sokongan mereka kepada BN (yang diterajui UMNO), tetapi kaum Cina lebih selesa mengundi Pakatan Pembangkang, di mana DAP menjadi parti yang agak dominan. PKR pula seakan-akan ditengah di antara PAS dan DAP di mana di dalam PKR ini terdapat caca marba, ada yang liberal, ada yang berhaluan agama, dan ada yang main ikut-ikut sahaja. Jadi PKR tidak boleh diharapkan mengetuai pembangkang. Hanya sanya, ketua umum PKR itu bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, maka dia diberi peluang menjadi ketua. Tetapi beliau sendiri sedang berhadapan masalah dengan 'political master'-nya di Barat dan kes liwat. Hakikatnya, kerusi DAP mengatasi kerusi PAS dan PKR di Parlimen dan ini menunjukkan dominasi DAP di dalam pakatan pembangkang (Berlainan dalam BN, di mana UMNO mendominasi kerusi terbanyak).

Oleh yang demikian, maka apa yang dikatakan oleh Mufti Perak itu ada kebenarannya. UMNO mungkin tidak lemah tetapi jika UMNO dan PAS tidak bersatu, kekuatan UMNO yang dominan di dalam BN pun tidak dapat mengatasi kekuatan Pakatan Pembangkang yang jika berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya ke-13 nanti, pasti akan didominasi oleh DAP. Sebagai renungan dan sebagai santai pada hari ini, mari kita lihat golongan ulama' dan mufti dihina oleh mereka yang berfikiran sempit serta bencikan perpaduan di dalam Islam.

Wassalam...

Mufti pon kena......


Dipetik dari facebook Ketua Srikandi PKR

Comments

  1. dah lama dah berpecah sebab ulama dunia putar belit quran awat tak mengajikat sheik daud petani haji husin kedah yang mursyid ludah ayak liok kat mulut anak murid dah jadi alim tak caya tanye le orang teluk kepayang teluk sareh macam mana dulu deme mengajor bukan lulak macam sekarang habis ceramah nak cek dulu tengok la harta deme sampai nombor plat kereta pun nak booking haram jadah ulama apa le sekarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m