Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Perpaduan Melayu Islam : Mufti pon kena!

Salam, Utusan Malaysia hari ini memuatkan berita berikut : Melayu hilang kuasa pada PRU-13? Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam. IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri. ''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjura