Rahmat dan Kasih Sayang Allah...



Salam,

Video di atas menerangkan segala-galanya... Betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu sungguh meluas. Haiwan yang bisa kita kenali sebagai makhluk yang buas dan bertindak mengikut nafsu semata-mata, rupa-rupanya mempunyai sifat belas kasihan yang lebih daripada sesetengah manusia di zaman akhir ini. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pemangsa ini terhadap bayi mangsanya yang baru sahaja dibunuh sepatutnya dijadikan iktibar oleh kita. Mengapakah ada yang sanggup membunuh kandungan sendiri tanpa rasa apa-apa penyesalan sedangkan manusia dikurniakan 1001 kelebihan daripada makhluk yang lain. Kita dikurniakan akal dan sepatutnya boleh memikirkan baik dan buruk akan tindakan kita itu. Setidak-tidaknya, perasaan belas kasihan dan kasih sesama insan itu boleh dijadikan penghalang daripada melakukan kekejaman yang nampaknya lebih sadis daripada binatang.

Di mana kita pada hari ini? Masih manusia atau telah 'berevolusi' menjadi binatang yang hanya menurutkan hawa nafsu? Atau adakah hati kita telah tertutup sepenuhnya daripada menerima pengajaran dari Tuhan? Sudah tiadakah lagi rahmat Tuhan kepada kepada kita sebagai manusia? Fikir-fikirkan... Wallahualam...


Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami.. Bersihkanlah hati kami yang telah dipenuhi noda-noda hitam akibat perbuatan kami sendiri.. Kami menyesali akan segala perbuatan kami... Luruskanlah hati kami ini kepada-Mu.. Limpahi kami dengan rahmat keampunan dan kasih sayang-Mu yang tiada terperinya itu... Kami sesal dan kesal atas perbuatan kami Ya Allah... Terimalah kami ke jalan-Mu ya Allah.... Amiin ya robbal 'alamin..

Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017