Sepagi di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton

Assalamualaikum...

Kali ni nak cerita sikit pengalaman mendapatkan servis kenderaan aku di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton di Subang Jaya / Lebuhraya Shah Alam Sabtu lepas. Buat pengetahuan, sebelum ni aku dah pi merata tempat ntuk servis kereta ni. Selalu aku balik Kulim, baru aku pi servis. Tapi sejak kali terakhir sebelum ni, aku try nak servis area Lembah Klang ni. Tahun lepas aku pi di Proton Service Centre di Glennmarie Shah Alam. Masa aku pi tu macam dah terlewat sikit.. Orang pon dah ramai jadi terpaksa la menunggu lama untuk siap. Keadaan kat sana boleh la jugak, quite nice cuma orang ramai... So a bit crowded la kan...

Tapi keadaan di CoSE agak berbeza. Mungkin sebab aku keluaq awai kot? Seawal 7 pagi aku bertolak dari Putrajaya ke CoSE melalui LDP. Sebenaqnya aku taktau jalan, tapi berpandukan Garmin GPS, aku rodong ja LDP tu.. tembuih USJ berapa pon taktau, tiba-tiba sampai.


View Larger Map

Sebelum ni aku ingat nak pi CoSE ni lalu KESAS saja.. rupa-rupanya ada jalan yang lagi dekat.. Cessss.. Seb baik tak terpedaya ngan pikiran sendiri.. Hehehe...

Dah selamat sampai semua, pak guard menyambut dengan senyuman. Nombor pendaftaran kereta dicatit dan terus aku cari parking. Yang bestnya kat CoSE ni, delivery bay dia ni luas dan berbumbung, tak macam di Glennmarie.. Kalu di Glennmarie, lambat konfem kena parking luaq sementara nak tunggu kereta lain abis servis.. tapi tak la lama sangat kereta berjemur di luaq tu... Ok, jadi lepas parking, aku bawak buku servis teruih tak cakap apa dia mintak buku servis suruh aku pi duduk. Semua customer yang mai aritu semua dia suruh buat benda yang sama... Tak larat nak cakap banyak dah kot...

Tak berapa lama aku dok melangut tunggu dia panggey macam nak jumpa doktor tu, tiba2 aku nampak sorang yang aku kenai.. Usha punya usha, macam kenai cina ni... isk isk.. eh... bukan cina... rupa-rupanya member serumah aku masa kat Sri Cempaka dulu, merangkap teman se-Uniten, Din! Isk isk.. dia pon terperasan aku.. So kami pon pakat dok tanya habaq masing-masing la... tak sangka boleh jumpak dia tang tu plak... Masa mai service tu sama plak tu... Din kata dia dah selalu mai servis kat CoSE ni.. kereta dia, kereta bapak dia, kereta lama dia semua dok mai servis sini.. baguih dia habaq.. ya ka baguih? takpa satni kita tengok baguih ka tak baguih..

Dalam dok borak-borak tu nama aku di panggil.. aduih.. macam pesakit nak jumpa doktor plak.. segan pon ada.. hehehe.. tapi bila jumpak ngan bro yang jadi rep. tu, dia ok.. senyum dan muka x masam. Tutur kata berhemah dan mesra. Bukan macam kat setengah tempat.. senyum pon x mau.. asyik dok chom saja muka.. meluat aih... Bro ni pon tanya la.. ada rosak kat mana-mana ka.. aku kata keta ok.. nak servis 35000km ja... walaupun reading dok ada lagi 500km baru nak 35000.. tp sebab pikiaq nak balik kampung, tu yang aku bawak pi servis nuu...

Dia tanya lagi.. ada rosak tang mana-mana dak? Isk.. aku dok pikiaq tang mana lagi.... Dalam aku dok pikiaq tu, dia sendiri pinpoint.. "Headlamp masuk air ni..." .. Haaaa.. btui.. btui.. masuk ayaq headlamp aku tu.. isk berkuap huduh ngat aih... Aku habaq kat dia kalu boleh buang ayaq tu ka kira baguih la.. dia kata ok.. Isk camna aku leh lupa... tapi ni menunjukkan dia buat inspection dengan mantap sebab aku sendiri pon tak teringat dia boleh teringat pasal hal ni.. lepaih tu baru aku teringat button nak onkan fog lamp aku tu kalu on x menyala kaler ijau.. x cantek lah.. so dia pon take note.. hehehe.. kosmetik semata... lagi satu aku nak mintak dia check alignment tapi dia cakap SABTU memang TAK BUAT ALLIGNMENT (tulis besaq2 ni bukan marah, tapi bagi peringatan kot2 lenkali gatai nak pi buat aliignment hari sabtu.. heee..)

"Ok, bang.. boleh pi relek mana2 dulu.. Bilik menunggu ada kat sebelah sana atau kat sini pon boleh.. Kat atas ada kafeteria, boleh kalau nak minum2 atau sarapan.." lebih kurang la dia dok terang kat aku...... Aku pon nampak kereta Din tengah dok inspect jugak tu.. lepaih aku bagi no contact aku kat dia, aku pon pi menyebok kat keta Din yang tgh pre-inspection tu.. tgk bro tu dok khusyuk check tayar kereta Din... Dia kata, kalau nak tau bila tayar tu manufactured, tgk kat nombor contoh 2207.. haa.. kalu ni, maksud dia buat dalam minggu ke 22 tahun 2007. Dia cerita lagi, kalau jangka hayat tayar ni patut 2 thn ja.. lebih 2 tahun, dia nanti huih dan cepat mengembung.. bila dah camtu, nanti amek corner pon rasa bergoyang.. silap2 boleh kena buang, abeh tergelinciaq... Dia cadang Din tukaq tayar dia tu sebab dah lebih 2 thn dah... tp x leh buat aritu sebab SABTU.. Kena la mai ari lain...

Lepaih tu aku mintak Din buat skit tour kat aku.. Maklumla first time servis kat CoSE ni... CoSE ni sebenaqnya HQ Proton... Semua CEO apa semua opis depa tang ni la.. So patut la ruang dia besaq dan luaih.. nama pon centre of excellence.. mesti la mau power.. heheh... Disebabkan aku x sarapan lagi pagi tuh, Din ajak aku pi kafeteria dia kat tingkat ataih... Ruang dia agak selesa dan luas.. kat bahagian tepi ada tingkap kaca.. boleh nampak kereta tengah dok servis.. isk isk isk... banyak sungguh.. rasanya ada la dalam 20 bijik sekali servis... memang puaih hati la tengok.. makanan kat kafeteria ni kira ok la jugak.. harga murah, makan nasi goreng + ayam + teloq + teh ais baru RM 4.90.. Bagi aku boleh sangat la harga ni.. Din makan nasi goreng + teloq kena RM 1.50 ja.. kalau kat kantin tmpt aku keja ni mau dia caj RM 2.50 ka RM 3.00 ka....

Borak punya borak kat kafe tu, Din ajak aku pi tgk ruang pameran dia.. Hehehe.. boleh tahan model-model Lotus yang dipamerkan.. Aku ada la snap 5-6 keping... Selain kereta Lotus, dia ada gak pameran kereta2 Proton.. yang menariknya kereta Proton Saga lama tu.. teringat zaman kecik2 aih... hehehe.. Lepas tu ada satu Satria Neo dia mekap cun punya... kaler putih itam.. apa tah nama dia... dream ka apa ka.. tak ingat plak aku.. nanti tgk gambaq bawah ni... Tak lama lepaih tu, aku dapat call.. Kereta aku dah siap.. aihh? Cepat ja siap... Ni dah kira baguih ni.... Sampai lebih kurang pukui 8.. 8.30 inspection, lebih kurang kui 10 dah siap... ok la jugak tu.. tak la boring mcm selalu.. tp mungkin gak sebab dok lepak ngan Din.. so masa terluang dan tak pikiaq sangat masa menunggu tu...

Masa nak pi bayaq brader rep. tadi terangkan.. Headlamp tu dia tukaq seketoi teruih... Tak kena caj apa2 sebab still under warranty 5 thn.. hehe.. baguih.. baguih.. button fog lamp tu pon dia tukaq.. so la ni kalau on fog lamp, button dia nanti tukaq kale ijau la instead of padam teruih tak nampak apa. Semua skali caj tak sampai la RM 200... Yang mahai minyak pelincir la.. Standed la tu... kalau kat luaq maybe lagi murah.. tapi servis kat sini aku rasa mantap gak la.. ruang menunggu yang luas, selesa.. kafeteria pon bukak.. harga murah lak tu... so berbaloi la aku rasa kalau servis kat sini... memang agak jauh dari Putrajaya ni.. tapi nak yang terbaik, jauh sikit pon x pa... lagipun, hari sabtu x payah nak rush2 pi mana.. boleh la aku belajaq jalan2 area Selangor/Lembah Klang ni....

Hari ni balik dari gheja aku dapat call.. rupa2nya brader rep. tu call tanya feedback.. "En Azhar, lampu semua ok?" -- Uihh... ok jaa aku balaih... Dah berkilat-kilat dah lampu depan aku tu sebelah... hahahahahahahahah..... So follow up macam ni baguih kalau depa buat kat customer.. nanti customer rasa puaih hati boleh rekemen kat org lain cam aku dok rekemen kat hampa yang dok baca la ni.. hahahahaha.... Harap-harap lepaih ni kalau aku pi servis kat CoSE layanan biaq la sama cam yang lepaih.. ni mentang2 kita dah dok besa servis dia dah buat taktau plak.. haa.. hat mcm ni takmau.. tp dah nama pon " Centre of Service Excellence" maka, kecemerlangan tu mesti la diteruskan walaupun dah beratus kali customer service situ.

Good luck Proton! Thanks for the wonderful service!

Sebelum menutup tirai saksikan gambaq yang aku sempat snap..





Wassalamualaikum~

Comments

Anonymous said…
aku pn nak pegi servis kat cni gak..aku nyer gen2 ader problem berbunyi yg tidak dingini masa drive..tension gler.sbb tension dah byk kali dah aku nyaris nak exident..aku pernah antar kat cose masa penah jadi problem ni dulu leps setahun pakai kete ni.cose baiki elok..tahan la setahun lebih pas tu jadi lg..aku mls la nak g cose ni sbb jauh ngan tempat keja..walaupn aku dok kat pj jer..aku g servis kat tempat lain tapi servis hampeh..pas seminggu problem dtg blk..kali ni aku nak pg servis kat cose la pulak..tak mo dah tension bwk keta berbunyi mcm keta buruk walaupn baru pakai 2 thn lebih
Azhar said…
Selamber bro... aku pon tension kalau bawak keter enjin bunyi pelik2!
akiriqsya said…
nak p servis sbb brek dah terok... ok ka?... yang menjadi maslahnya buku servis x tau p lempaq kat mn... lama dah x p servis kat proton sbb x dan... tp bila bab brek terpaksa p la jugak takut benda2 bkn2 plak.... lama dak depa servis...
Azhar said…
boleh ja nak pi servis... rasanya depa tak tolak kot... kalau servis selalu dalam masa 2-3 jam.... boleh call depa dulu kalau tak sure....

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017