"Ayah boleh, kenapa saya tak boleh?"


Salam,

Masakan malam itu enak sekali. Abang Mat yang sedang menjamu selera sendawa kekenyangan.

"Burrpp.. Alhamdulillah..."

Cepat-cepat dihabiskan kunyahan nasi di dalam mulut. Abang Mat lantas bangun ke sinki untuk membasuh tangan dan pinggan ditinggalkan di dalam sinki. Selesai membasuh tangan, Abang Mat meneguk segelas air yang disediakan oleh isteri beliau, Kak Senah.

"Ok la Nah, abang nak pi depan sat.. tengok bola Kedah lawan Pahang ni..."

"Haa.. " - Ringkas jawapan oleh Kak Senah sambil menguis-nguis sisa-sisa lauk untuk dihabiskan kerana tidak mahu membazir.

Ali anak Abang Mat melihat gelagat ayahnya. Berusia 9 tahun, Ali bercita-cita menjadi pemain bola sepak dan sejak dari kecil lagi diasuh oleh ayahnya untuk meminati permainan tersebut. Seperti ayahnya juga, beliau tidak sabar-sabar lagi ingin menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di kaca tv.

"Brushhhh......." - Bunyi pili air dibuka dengan deras. Selesai membasuh tangan Ali sepantas kilat menuju ke ruang tamu untuk bersama-sama ayahnya menonton perlawanan bola sepak.

"Alii.... awat hang tak basuh pinggan ni.. besa dia tuu.. nak kena dengan mak ni...mai tolong mak mai.. chek rajin kan..." - Jerit Kak Senah.

"Alaaa mak ni... Bapak boleh, takkan chek tak boleh??" - Jawap Ali kepada ibunya..

Kak Senah hanya boleh menggelengkan kepala mendengar jawapan anak "teruna"nya itu.. Abang Mat yang sedari tadi hanya memerhatikan gelagat isteri dan anaknya itu hanya mampu tersenyum dan tersengih macam kerang busuk.....


Wassalam...

Moral of the story : Bapak borek anak rintik... Pemimpin kena tunjuk teladan yang baik baru orang yang dia pimpin menjadi baik... Setiap daripada kita pemimpin dan ianya bermula di dalam rumah sendiri..... :)

P/S : Cerita ini adalah rekaan semata-mata...


Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017