Allah : Tuhanku Yang Esa, bukannya 2 ataupun 3!!

Salam..,

Update 2 Januari 2009 (9.32 PM), forwarded message :
Salam rakan-rakan Insya Allah Jumaat 08 Januari 2009, PERKASA MALAYSIA bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain akan mengadakan Protes Besar-besaran selepas Solat Jumaat di Masjid Wilayah di hadapan PINTU MASUK MASJID NEGARA untuk membantah keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian Katholik.

Disebalik perasaan gembira menyambut tahun baru, rupa-rupanya umat Islam disapa kegelisahan yang agak serius. Ini terjadi apabila pihak majalah Kristian Katholik dibenarkan untuk mengenetepikan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menghalang daripada majalah terbitan mereka, Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan nama Allah di dalam penulisan mereka. Keputusan yang dibuat oleh hakim bukan Islam itu seolah-olah mencabar kedudukan agama Islam, satu-satunya agama yang disebut dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sesungguhnya, majoriti umat Islam dilihat menentang keputusan ini. Walaupun begitu, masih terdapat antara mereka yang menyokong tindakan ini (kerana ketua mereka, seorang ahli politik amat menyokong penggunaan nama "Allah" di dalam penerbitan gereja). Ini dapat dilihat dalam suatu topik dalam perbincangan di facebook di mana ada yang berhujah sama seperti ahli politik tersebut -- kononya orang Arab Kristian pun menggunakan perkataan yang sama dan mereka di Sabah dan Sarawak telah lama menggunakannya (Sebagai bahasa asal yang membawa makna "Tuhan"????) Aku tidak bersetuju dengan pendapat mereka ini lalu memberikan pendapat berikut.

Dalam bahasa asal bible, sudah tentu perkataannya bukan Allah.... Sebab itu di negara-negara Kristian yang lain selain di negara Arab, mereka lebih mudah menyebutnya dengan God, Lord Jesus, dll.

Berbalik soal di Malaysia, sekalipun di Sabah dan Sarawak, perkataan Allah bukanlah bermaksud "Tuhan".. Semaklah dalam kamus Iban mahupun Kadazan sekalipun, tidak sekali-kali Tuhan jika diterjemahkan menjadi Allah.

Jadi kita meragui apa tujuan pihak Kristian mahu menggunakan perkataan "Allah" yang sudah sinonim dengan umat Islam di Malaysia (yang bahasa ibundanya bukan bahasa Arab) dalam majalah terbitan mereka.

Jika dikatakan di Arab, kristian turut menyebut Allah kerana mereka merujuk kepada "Tuhan" dalam bahasa Arab (dan konflik agama sejak zaman jahiliah yang dibetulkan Nabi Muhammad S.A.W - mengEsakan Allah), tetapi di Malaysia, masyarakat Melayu mempunyai perkataan "Tuhan". Setelah kedatangan Islam, orang Melayu mula memahami bahawa Tuhan yang layak mereka sembah hanyalah Allah..

Jika orang Melayu tidak memeluk Islam, adakah mereka akan menggunapakai perkataan Allah? Sudah tentu tidak.. Tetapi oleh kerana org Melayu beragama Islam, maka perkataan Allah sebagai Tuhan Yang Esa digunapakai. Jadi tidak boleh nak mengatakan untuk menyesuaikan dengan bumiputera di Sabah dan Sarawak sebab tidak wujud perkataan Allah dalam bahasa ibunda mereka yang merujuk kepada Tuhan.

Bahkan kalau diperhatikan dalam Kalimah Syahadah sekalipun, Laa ilaaha illa Allah... Ada perkataan Ilah dan Allah.. Dan ada juga perkataan seperti Rabb... Apakah yang membezakan istilah istilah ini?

Kita boleh mengelilingi dunia dan bertanyakan kepada penganut kristian mengenai siapa Tuhan mereka dan jawapan yang mungkin diberikan ialah God, Yesus, Eli, Elohim dsb, tetapi pergilah ke ceruk mana duniapun, tanyalah kepada orang Islam, siapakah tuhan mereka, sudah tentu mereka menyebut dengan satu perkataan, "ALLAH"..

Bukankah itu buktinya ALLAH adalah Tuhan Yang Esa yang dieperakui oleh orang Islam dan bukan orang Kristian?


Bagi aku mudah, negara kita ini negara Islam. Negara yang majoritinya penganut Islam, takkanlah hendak menurut kehendak minoriti pula. Lagipun, kalimah Allah di negara ini sudah amat sinonim dan sebati dengan umat Islam. Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Ikhlas, maksudnya - "Katakanlah (Wahai Muhammad) : Tuhan itu satu (tunggal, esa). Allah tempat pergantungan setiap makhluk. Tidaklah Dia beranak dan diperanakkan. Dan tiada sesuatu pun yang sekufu (setanding, sehebat) dengan-Nya.". Terang dan jelas, bagi umat Islam dan majoriti rakyat negara ini Allah itu Tuhan Yang Satu, bukanlah ia berdoktrin triniti seperti mana ajaran Kristian (Tuhan bapa, tuhan anak, ruhul qudus).

Jadi dengan ini aku memohon pihak yang berwajib, teruskan proses rayuan di mahkamah padaa peringkat seterusnya. Sekiranya masih tidak memihak kepada umat Islam, aku menyeru seluruh umat Islam untuk bersatu dan berganding bahu MENDESAK kepimpinan kita (terutama Raja-Raja Melayu) untuk menggunakan KUASA yang ada pada mereka untuk menghalang perkara ini daripada menjadi kenyataan. Sesungguhnya perkara ini jika dibiarkan lambat laun boleh menimbulkan 1001 masalah lain di masa hadapan, terutama sekali yang melibatkan aqidah. Para pemimpin harus ingat, kuasa yang diberikan kepada mereka hanyalah sementara kerana kuasa yang ada itu jika tidak diguna dengan kebaikan, sudah pasti membawa kehancuran. Rakyat menilai, apatah lagi Allah SWT. "Bantu"lah agama Allah, nescaya Allah akan membantu kita semua. Maha Suci Allah daripada berkehendakkan bantuan daripada makhluk. Janganlah kita mencampak diri kita di dalam kerugian dan kebinasaan!

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
LAA ILAAHA ILLA ALLAH, MUHAMMAD RASULULLAH!

Wassalam..

Comments