Posts

Showing posts from January, 2010

"Ayah boleh, kenapa saya tak boleh?"

Image
Salam,

Masakan malam itu enak sekali. Abang Mat yang sedang menjamu selera sendawa kekenyangan.

"Burrpp.. Alhamdulillah..."

Cepat-cepat dihabiskan kunyahan nasi di dalam mulut. Abang Mat lantas bangun ke sinki untuk membasuh tangan dan pinggan ditinggalkan di dalam sinki. Selesai membasuh tangan, Abang Mat meneguk segelas air yang disediakan oleh isteri beliau, Kak Senah.

"Ok la Nah, abang nak pi depan sat.. tengok bola Kedah lawan Pahang ni..."

"Haa.. " - Ringkas jawapan oleh Kak Senah sambil menguis-nguis sisa-sisa lauk untuk dihabiskan kerana tidak mahu membazir.

Ali anak Abang Mat melihat gelagat ayahnya. Berusia 9 tahun, Ali bercita-cita menjadi pemain bola sepak dan sejak dari kecil lagi diasuh oleh ayahnya untuk meminati permainan tersebut. Seperti ayahnya juga, beliau tidak sabar-sabar lagi ingin menonton siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Pahang di kaca tv.

"Brushhhh......." - Bunyi pili air dibuka dengan deras. S…

SEKS HARAM boleh MEMBUNUH!!!!!

Image
Update 2:
Ok, semalam baca berita saja.. ni ada gambaq dalam group fb "Buat maksiat dalam ketaa & langgar orang sampai matii bukan cara kitaa !". Tengok dan nilai sendiri macam dalam berita semalam kata apa... -- 18 Januari 2010 @ 12.35 PM

Update 1 :
Semalam hanya dengar cerita saja.. hari ni terbaca dalam Utusan Online Yang meninggal tu bukanlah seorang pakcik.. umur baru 25 tahun... muda beb! macam umoq aku ja.. tapi muda-muda pon bukan anak orang? bukan abang atau adik orang? Celaka tetap celaka! Dah la budak yang langgaq tu budak fakulti aku dulu.. macam haram jaa bagi malu nama... sila la klik link Utusan Online tu untuk tengok berita sebenar (fakta? Wallahualam.. kadang-kadang boleh cover up..).. Anyway, entry aku semalam maksudnya MASIH "VALID" walaupun faktanya AGAK TERSASAR.. yang penting, KEMAKSIATAN semacam itu BOLEH MEMBAWA PADAH kepada ORANG LAIN... Baca entry aku semalam di bawah ni... (thx dalila bagi link!) -- 17 Januari 2010 @ 10.50 AM

Salam,

Seks …

Allah : Tuhanku Yang Esa, bukannya 2 ataupun 3!!

Salam..,

Update 2 Januari 2009 (9.32 PM), forwarded message :
Salam rakan-rakan Insya Allah Jumaat 08 Januari 2009, PERKASA MALAYSIA bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain akan mengadakan Protes Besar-besaran selepas Solat Jumaat di Masjid Wilayah di hadapan PINTU MASUK MASJID NEGARA untuk membantah keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian Katholik.
Disebalik perasaan gembira menyambut tahun baru, rupa-rupanya umat Islam disapa kegelisahan yang agak serius. Ini terjadi apabila pihak majalah Kristian Katholik dibenarkan untuk mengenetepikan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menghalang daripada majalah terbitan mereka, Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan nama Allah di dalam penulisan mereka. Keputusan yang dibuat oleh hakim bukan Islam itu seolah-olah mencabar kedudukan agama Islam, satu-satunya agama yang disebut dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Sesungguhnya, majoriti umat Islam dilihat menentang ke…