Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Salam Agregat 4 -2 ~ Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!

Salam, Garuda parah dibaham Harimau Malaya Malaysia menjuarai piala AFF Suzuki edisi 2010 . Setelah berhempas pulas semasa di peringkat kumpulan, laluan Malaysia tampak sukar di awal persaingan. Bermula dengan kekalahan 1 - 5  di Gelora Bung Karno (GBK), Malaysia seterusnya seri dengan Thailand 0-0 sebelum bangkit membenam Laos dengan jaringan 5 - 1. Seterusnya, Malaysia yang hampir-hampir terkeluar daripada saingan, berjaya menempatkan diri di pusingan Separuh akhir apabila Indonesia berjaya mengalahkan Thailand dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan. Malaysia layak dengan menduduki tempat kedua di bawah Indonesia. Bakal lawan Malaysia di Separuh Akhir ialah Vietnam, juara AFF Cup sebanyak beberapa kali. Pemain ke-12 Malaysia Namun, semangat anak buah Rajagopal tidak luntur sama sekali. Perlawanan Separuh Akhir pertama di Bukit Jalil, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam dengan 2 - 0. Inilah semangat juang yang ditunjukkan para pemain muda negara dibantu oleh pemain "

Edisi Posmen : Dari Pintu Ke Pintu....

Andai kata aku seorang Posmen, pintu ini akan aku kunjungi jua! Salam, Apa edisi posmen? Mana ada edisi posmen kat sini... Hehehe..   Dari pintu ke pintu tu lirik lagu Kumpulan Fotograf la... Ke Pintu Kasih Mu tajuk dia... Tadi pagi masa pi keja, aku dengaq Suria FM.. Tetiba depa pasang lagu ni.. Lama tak dengaq, truih search kat Youtube.. hahaha....  Layan la nohhhh........ Edisi Youtube : http://www.youtube.com/watch?v=_Hwraq1ZDL8 Fotograf - Ke Pintu Kasih Mu Jernih berkilauan bagai titisan embun menghujan Hening alam rasa bila namamu aku lafazkan Ku saksikan dengannya hati penuh rindu yang syahdu Dan berbisik tentangnya hasrat jalinan cinta kasih Dan dari pintu ke pintu Jangan di langsiri Dengan tabir kelam Buka luaskan dengan cahaya Segala dan semuanya Tetapkan ku genggam Penuh kepasrahan Dan tanpa resah Terhadap cinta Di saat bercinta datang berbagai bayang bayang menjelma Dan kerna saktinya cinta ku teguh tidakkan luruh  Hehe.. lag

Kenapa orang lain takmau meniaga macam dia meniaga?

Salam, Pagi ni aku terbaca dalam forum CARI dan teruih check berita asal dekat KOSMO . Cuba pakat baca tengok : Jual murah pun boleh untung Oleh FAUZI MOHD. berita@kosmo.com.my ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam. KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini. Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1. Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut. “Selain minuman, saya juga menjual lebih

Kepommm!!!! Gurururururrrruhsssshhhhhhh#########!!!

Salam, Dia pecah betui-betui kat ayat cerita pasai Explosion dan Warning.. Tajuk entry adalah bunyi tayar aku sedang pecah pada pagi tadi. Masa nak pi opis, aku mcm biasa amik lorong kiri untuk belok ke kiri jika tiada kenderaan. Di sebelah dah ada kereta panjang beratur, tapi ruang masih ada dan selalu aku buat mcm tu tak ada masalah. Tapi hari ni aku taktau silap tang mana. Skill Fujiwara Takumi yang aku mastered dah beberapa bulan nampaknya bertukar menjadi tragedi. Dengan sedikit sentuhan ke bahu jalan, tayar aku meletop dengan tiba-tiba ....Oh, baru aku teringat, semalam aku bubuh angin dalam tayar sehingga cekang dan mantap! Hehe.. Mau tak mau, melayang dalam RM 300 lebih tadi sebab tukaq tayar baru sebijik + ganti tayar lama akibat kejadian lain yang berlaku beberapa bulan sebelum itu. Itu baru meletop yang pertama. Meletop kedua ialah apabila aku nak buat call guna henpon aku, tiba-tiba baki tinggai RM 0.01. What the flip?? Kalau tgk entry lepas memang aku punya reload

Instant Prepaid Topup... Instant? Mengarut!

Salam Instant Prepaid Topup : Tambah Nilai Pra-Bayar Segera Kan? Segera tu maksudnya.. Apa itu segera.... tidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera - segera sl segera : pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera- segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera : ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung. -- Kamus Dewan Edisi Empat. Kalau kita buat "Instant Prepaid Topup" padam jam 9.45 Malam semalam sehingga hari ini jam 7.00 pagi masih belum lagi diterima, ada

Change, we must!

Salam All, This is my 353rd blog post since I start blogging in 2003. A lot of thing has changed. Among all, now i think it is time for me to use my real name in my blog. I've also changed the domain and now, this blog could be accessed directly from this address : http://azhar.osman.my -- Don't you think its cool? I think it does... hehe.. Apart from that, I think that I should just make this blog as simple and minimal as possible. This is something I really wanted to do since the last few months, but just to make it perfect, I wait till its 7th birthday which is on 1st December 2010. Yes, on the same day, 7 years ago I started this blog in a hope someone would take their time and read my thoughts... I wanted to share my life and opinion to everyone who are willing to spend their time for that purpose. For those, who had been reading my blog since it was first published, I would like to thank you all very, very much! You may know me or you may not. You might have just reach

Bahasa Jiwa Bangsa

Salam... :) Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-ramai Bahasalah Menyatukan Kita Semua Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa Marilah Mari Rakyat Semua Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa Maju Bangsa dan Maju Negara Megahkan Bahasa Kita Bahasa Jiwa Bangsa Wassalam.. :)

Mawaddah - Inilah Dia Allah

Salam, Inilah Dia Allah Album : Terimakasih Tuhan Munsyid : Mawaddah http://liriknasyid.com [00:08.08]Tuhan adalah Zat Yang Maha Agung [00:15.86]Wujudnya tiada mula dan sudahnya [00:23.44]Kerana Ia bukan kejadian [00:28.88]Tiada siapa yang menjadikan [00:34.85]Kuasanya Maha Hebat tiada batasnya [00:42.46]Kehendak-Nya terjadi bila Ia berkata [00:50.10]Jadilah terus terjadilah [00:55.98]Tiada siapa dapat menghalang [01:02.02]Ia, tiada bertempat [01:09.42]Kerana tempat Ia yang menjadikan [01:17.33]Ia memberi tiada mengambil manfaat [01:25.14]Kerana Dia tiada berhajat [01:33.20]Ia sudah sempurna [01:40.06]Tiada mengambil ruang [01:47.99]Kerana ruang itu ciptaan-Nya [01:56.02]Dia disembah atau tidak [02:00.20]Tiada berkurang tiada bertambah [02:07.70]Kalau bertambah ertinya Ia kurang [02:15.40]Dia tetap dengan kesempurnaannya [02:22.69]Maha Suci Ia dari kekurangan [02:30.88]Ia sedia kala [02:38.31]Tiada didahului oleh tiada [02:46.14]Zatnya tidak dapat difikirkan [02:53.78]Baga

Islam : Antara Peperangan dan Perdamaian, perlu ada Kesatuan dan Kesabaran..

Salam, [Ayat : 59] Dan janganlah orang kafir itu menyangka (bahawa) mereka terlepas (dari balasan Kami ); sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan ( Kami ). [Ayat : 60] Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia , untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya . [Ayat : 61] Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian , maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah . Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Ayat : 62] Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu , maka sesungguhnya cukuplah Allah bagimu . Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan d

Perpaduan Melayu Islam : Mufti pon kena!

Salam, Utusan Malaysia hari ini memuatkan berita berikut : Melayu hilang kuasa pada PRU-13? Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN utusanperak@utusan.com.my HARUSSANI Zakaria (kanan) bersama Hilmi Ismail ketika sidang akhbar pada Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Ipoh, semalam. IPOH 17 Julai - Orang Melayu akan hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) jika UMNO dan Pas terus berdegil untuk tidak bersatu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan tersebut berkata, kedegilan kedua-dua parti Melayu terbabit untuk meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hanya akan memberi kesan buruk kepada masa depan orang Melayu sendiri. ''Kalau kita terus berpecah-belah, kita akan terima kekalahan (pada PRU-13), itu sahaja. Dan akan berlaku satu bentuk penjajahan baru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. Hadir sama dalam perhimpunan sehari anjura

EXPOSED : Israeli Navy Attacks Gaza Freedom Flotilla (1 Hour video from Mavi Marmara)

Salam, Video serangan tentera Israel terhadap kapal misi kemanusiaan ke Gaza, kini boleh ditonton di Youtube. Video rakaman ini telah dirakam oleh mereka yang turut menyertai misi tersebut. Sila tonton video di bawah ini. Ini yang tidak dilaporkan media barat dan CNN. Antara yang menarik ialah bagaimana aksar Israel yang cedera dirawat oleh peserta misi kemanusiaan di atas kapal yang mereka sendiri serang. Mesti tonton. Wassalam

Rahmat dan Kasih Sayang Allah...

Salam, Video di atas menerangkan segala-galanya... Betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu sungguh meluas. Haiwan yang bisa kita kenali sebagai makhluk yang buas dan bertindak mengikut nafsu semata-mata, rupa-rupanya mempunyai sifat belas kasihan yang lebih daripada sesetengah manusia di zaman akhir ini. Perasaan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pemangsa ini terhadap bayi mangsanya yang baru sahaja dibunuh sepatutnya dijadikan iktibar oleh kita. Mengapakah ada yang sanggup membunuh kandungan sendiri tanpa rasa apa-apa penyesalan sedangkan manusia dikurniakan 1001 kelebihan daripada makhluk yang lain. Kita dikurniakan akal dan sepatutnya boleh memikirkan baik dan buruk akan tindakan kita itu. Setidak-tidaknya, perasaan belas kasihan dan kasih sesama insan itu boleh dijadikan penghalang daripada melakukan kekejaman yang nampaknya lebih sadis daripada binatang. Di mana kita pada hari ini? Masih manusia atau telah 'berevolusi' menjadi binatang yang hanya menurutkan hawa nafsu? A

Balada Seorang Gadis Kecil

Salam.. Balada Seorang Gadis Kecil Gadis kecil itu telah bertahun Dicengkam derita Di khemah pelarian Yang menjanjikan duka cita Munir tak mengenal erti cinta Telah kering airmata Menangisi kematian Ayahbonda dan saudara Pada suatu senja Langit Syatila Menyaksikan pembunuhan Anak kecil dan wanita Munir ditembak Penuh luka Tapi ajalnya belum tiba Kerna Tuhan mengasihi dia Peristiwa hitam 17 September Telah menjadi bukti Sempurnalah kekejaman Suatu bangsa yang sombong dan hina Wassalam... :(

Sepagi di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton

Assalamualaikum... Kali ni nak cerita sikit pengalaman mendapatkan servis kenderaan aku di Centre of Service Excellence (CoSE) Proton di Subang Jaya / Lebuhraya Shah Alam Sabtu lepas. Buat pengetahuan, sebelum ni aku dah pi merata tempat ntuk servis kereta ni. Selalu aku balik Kulim, baru aku pi servis. Tapi sejak kali terakhir sebelum ni, aku try nak servis area Lembah Klang ni. Tahun lepas aku pi di Proton Service Centre di Glennmarie Shah Alam. Masa aku pi tu macam dah terlewat sikit.. Orang pon dah ramai jadi terpaksa la menunggu lama untuk siap. Keadaan kat sana boleh la jugak, quite nice cuma orang ramai... So a bit crowded la kan... Tapi keadaan di CoSE agak berbeza. Mungkin sebab aku keluaq awai kot? Seawal 7 pagi aku bertolak dari Putrajaya ke CoSE melalui LDP. Sebenaqnya aku taktau jalan, tapi berpandukan Garmin GPS, aku rodong ja LDP tu.. tembuih USJ berapa pon taktau, tiba-tiba sampai. View Larger Map Sebelum ni aku ingat nak pi CoSE ni lalu KESAS saja.. rupa-rupanya ada ja

Kekasih Halal..

Salam, Wali Band – Kekasih Halal Aku telah lelah Memilih memilah mencari wanita Siapakah dirinya Yang kan menjadi kekasih halalku Tiba-tiba aku terpana Ada kejutan tak terduga Dia gadis berkerudung merah Hatiku tergoda tergugah Tak cuma parasnya yang indah Dia baik dia soleha Dia gadis berkerudung merah Bawalah diriku padanya Takkan habis ku berdoa Jadi kekasih halalnya Jadikan diriku halal Memeluk halal menciummu Lekaslah jangan tunda Untuk menjadi kekasih halalku Itu itu dia gadis berkerudung merah Hatiku tergoda tergugah Tak cuma parasnya yang indah Dia baik dia soleha.. Wassalam...

Berburu ke padang datar....

Salam.. Masa zaman sekolah dulu, bulan Mei 16 haribulan tiap-tiap tahun adalah hari yang best kalau bukan hari cuti sebab kelas takdak.. hehehe... yang tak bestnya cuma nak kena gotong royong sebelum dan selepas 16 Mei... Kalau hari cuti lagi tak best sebab kena pi sekolah.. Tapi tu cerita lama... Masa tu ingat nak seronok saja... 16 Mei ni la nak tgk cikgu-cikgu kita punya bakat.. ustaz pon layan nyanyi-nyanyi lagu 'Guru Malaysia' tu... Ada yang mengesat air mata terharu mengenangkan penghargaan yang diberikan oleh para pelajar.. hehehe.. yang jadi penonton pon kadang-kadang tersentuh jugak... Bak kata Usman Awang , siapa pon kita hari ni, hatta perdana menteri sekalipun, semuanya dimulakan oleh seorang guru.. Sesungguhnya tak ada yang tidak betul tentang apa yang dia kata tu.. Orang yang jadi cikgu ni, sampai mati orang sebut 'cikgu'.. Orang yang jadi cikgu ni berbahagialah sebab anak-anak murid dia yang beribu-ribu tu akan selalu berdoa buat dia setiap hari... Inilah

Israel di Pejabat Perdana Menteri (?)

Salam, Haihh.. taktau aku nak kata apa bila baca tajuk paper harakah tu... rujuk bawah.. Dah lama aku tak tulis pasal politik.. bukan apa, bagi aku buat apa nak politik-politik sangat dalam masa-masa ni sebab yang penting adalah untuk meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.. Tapi aku rasa macam tak kena saja.. Kenapa Harakah percaya bulat-bulat dengan cakap Anwar Ibrahim? Apa Anwar Ibrahim tu CIA ke sampai tau siapa yang ada di Pejabat PM sapa yang tak ade? Mungkin boleh jadi kot.. sebab tu dia tau.. Tapi kalau sekadar andaian berdasarkan penggunaan khidmat pakar perunding APCO oleh Kerajaan, baik usahlah wahai Harakah... Cuba cari berita yang ada kredibiliti sikit.. kalau nak kata la gu tu.. tgk bawah ni.. Hah.. dari segi hubungan baik Anwar dengan Wolfowitz beserta kesedian Wolfowitz untuk "stand for Israel", aku pon boleh tuduh " ISRAEL DI PEJABAT PKR "... Tapi buat apa tuduh-tuduh kan... Kalau nak dikira antara tuduhan Harakah dan tuduhan aku, agak-agak tudu