Skip to main content

Kenang masa lalu, pandang ke hadapan..

Salam

Ahah.. tahun 2009 nak melabuhkan tirai dia dah.. sikit ja lagi.. esok-esok dah masuk tahun baru.. jadi apa kata kalau kita kenang sikit sepanjang 2009 yang dah lepas-lepas ni.. Bukan apa, kita kenang-kenang ni untuk kita jadikan iktibar dan panduan balik, mana tau berguna di masa hadapan...

1. Gaza vs Israel
Haa.. awal-awal tahun ni kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Gaza. Sejak penghujung Disember 2008, Israel telah mengepung bandar Gaza di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Hamas. Oleh kerana tidak ada penyatuan di kalangan Kerajaan Palestin yang berpusat di Ramallah dan Gaza, maka Israel dengan mudah dapat mengepung dan menyekat bekalan-bekalan keperluan harian daripada di bawa masuk ke Gaza. Inilah salah satu pengajaran buat kita semua. Bagaimana, 2 puak berbangsa sama (Arab) dan kebanyakan beragama Islam, apabila berpecah maka musuh pun dengan mudah menyerang. Namun amat sedih umat Islam di negara ini dan negara-negara lain masih kurang mengambil iktibar hal ini dengan mengenepikan perpaduan demi kepentingan sendiri. Selain itu, ia juga mengajar kita supaya tidak 100% bergantung kepada pihak ketiga untuk mencari jalan penyelesaian kerana ia mungkin mengundang padah.

2. Perubahan tampuk pemerintahan Negeri Perak
Boleh dikatakan antara isu paling panas tahun 2009 adalah isu peralihan kuasa pemerintahan negeri Perak daripada Kerajaan Campuran DAP-PAS-KEADILAN di Perak kepada Kerajaan Campuran Barisan Nasional (BN)-BEBAS di Perak. Kejadian bermula apabila 2 orang ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas. Selain menjadi ADUN Bebas, mereka juga menyatakan akan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak. Selain daripada itu, seorang ADUN BN (UMNO) yang melompat ke PKR sebelumnya, kembali kepada BN dan menambah sokongan tersebut. Akhirnya, Sultan dengan kuasa yang ada pada tuanku menitahkan Menteri Besar (MB) Perak ketika itu, Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatan dan membubarkan EXCO negeri, sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Perak. Seterusnya, Sultan menerima perkenan pelantikan MB baru Perak dari BN, Dr Zambry yang pada ketika itu telah memperoleh majoriti sokongan ADUN mengikut lunas-lunas demokrasi. Perkara ini adalah perkara yang paling didebatkan. Buku undang-undang dibuka kembali. Perlembagaan persekutuan dan negeri kembali dirujuk serta bermacam-macam lagi kejadian. Ada yang mempersoalkan kuasa Sultan di dalam hal ini dan ada yang bertindak agak keterlaluan dengan 'kurang ajar' kepada Sultan Perak. Hingga ke hari ini, kes yang di bawa ke mahkamah ini belum selesai kerana menanti beberapa keputusan rayuan.

3. Kursus Kenegaraan (BTN)
Okey, yang ini berkaitan dengan pengalaman peribadi aku menghadiri kursus kenegaraan anjuran Biro Tatanegara (BTN). Dalam kursus ni aku belajaq banyak benda terutama sekali bab kenegaraan dan Tanah Air. Aspek undang-undang dan sejarah yang diceritakan mengundang 1001 perspektif baru dalam kita melihat asas pembinaan negara ini dan kenapa Perlembagaan Persekutuan kita itu sedemikian adanya. Memang benar-benar menginsafkan dan menambah rasa kecintaan kepada Tanah Air serta meningkatkan kesedaran untuk mempertahankannya. Kumpulan kami agak bernasib baik sebab kursus tak dijalankan di kem, tetapi dijalankan di sebuah resort atas sebab-sebab tertentu. Jadi taklah banyak sangat 'kena dera'. Walau apa-pun memang best dan paling best sebab dapat berkenalan dengan sorang kakak neh.. hehe.. tapi apa boleh buat, habis BTN habisler.. tak pernah nampak dah since then.. lagipun dia kakak aku adik.. hehe... mana blehhhh......... xD

4. Regime Change -- Pak Lah kepada Najib
Awal April, negara kita melihat satu lagi perubahan berlaku. Kali ini ia melibatkan peralihan kuasa di peringkat persekutuan. Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah melepaskan jawatan beliau untuk disandang oleh Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6. Peralihan kuasa ini dilihat sebagai perlu untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada kerajaan yang ada sekarang. Imej Pak Lah sebagai Perdana Menteri telah tercalar teruk sejak Pilihanraya Umum pada Mac 2008. Dengan permasalahan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin kepada gambar-gambar beliau yang dikesploitasi menyebabkan beliau semakin hari semakin kurang popular. Ditambah pula tindakan beliau yang dilihat kurang mesra rakyat (i.e Kenaikan harga minyak) menambahkan lagi derita yang sedia ada. Jadi dengan naiknya DS Najib menggantikan Pak Lah, rakyat Malaysia sekali lagi diharapkan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai kemampuan kerajaan yang ada sekarang ini dibawah pimpinan baru untuk terus memacu perubahan demi kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini.

5. Kembalinya Mahathir ke pangkuan UMNO
Tun Dr. Mahathir (Dr M) keluar dari UMNO setelah beliau tidak berpuas hati dengan pemerintahan Pak Lah. Bagi beliau, biarlah beliau keluar daripada UMNO sebagai bukti beliau tidak boleh menerima kepimpinan Pak Lah yang dilihat sebagai lemah. Sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau juga antara faktor utama jatuhnya pemerintahan oleh Pak Lah. Mengikuti beliau, pejuang-pejuang UMNO sezaman serta anak-anak muda yang tahu dan faham akan erti perjuangan sebenar seperti mana yang beliau perjuangkan. Keluarnya beliau dari UMNO adalah bersyarat--yakni sehingga Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Akhirnya, beliau menunaikan janjinya dengan turunnya Pak Lah dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau juga telah menghadiri majlis penutup perhimpunan Agong UMNO tahun 2008 (diadakan tahun 2009) dengan presiden baru yang dilantik, DS Najib Tun Razak.

6. Persoalan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh DS Najib selepas mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1 Malaysia mensasarkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dalam kepelbagaian. Ia juga menekankan mengenai penerimaan sebagai cara yang lebih baik daripada toleransi dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan. Di dalam hal ini, antara perkara yang dibangkitkan umum ialah dengan pengwujudan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Walaupun SSS dilihat sebagai satu wadah dalam merealisasikan 1Malaysia, tetapi nampaknya ia ditentang oleh sesetengah pihak. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang khuatir pengenalan 1Malaysia akan menghakis hak-hak dan keistimewaan Melayu & Bumpitera seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Kini, walaupun masih diperingkat permulaan, penerimaan 1Malaysia dilihat sebagai memberangsangkan sesuai dengan kempen-kempen dan promosi yang dijalankan.

7. Selsema Babi (H1N1)
Selsema Babi atau H1N1 telah menggemparkan dunia. Penularan virus tersebut yang dikatakan bermula dari Mexico telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepad daripada pandemik yang menyerang dunia itu. Walaupun kawalan di pintu-pintu masuk Malaysia diperketatkan tetapi ia tidak cukup untuk menghalang daripada penyebarannya di negara ini. Sehingga hari ini, angka mereka yang dijangkiti virus ini di Malaysia mencecah ribuan dengan angka korban mencecah puluhan orang. Bagi mengelak penyakit ini, buat beberapa minggu, masjid-masjid di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat selepas Jumaat bagi memohon bantuan Allah menyelamatkan Malaysia dari virus maut ini. Selain itu, terdapat juga maklumat-maklumat disalurkan untuk mengatasi serta berjaga-jaga dalam menghadapi wabak H1N1 tersebut.

8. Bajet 2010
Bajet tahun 2010 menjadi tumpuan seluruh negara. Ini kerana, buat kali pertama DS Najib akan membentangkannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sebagai tanda rakyat didahulukan, beliau meminta pendapat rakyat di dalam menentukan hala tuju bajet melalui laman blog beliau di 1malaysia.com.my. Bagi penjawat awam pula, kehadiran bajet amat penting kerana di dalam bajetlah akan diumumkan bonus sekiranya ada. Tetapi bajet kali ini tidak mengumumkan perkara yang diidamkan, sebaliknya diganti dengan pemberian saguhati sebanyak RM500. Bajet 2010 dilihat sebagai lebih mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah disamping untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang di bawah paras kemiskinan.

9. Barang rosak
Tahun 2009, banyak benda yang rosak. Mula-mula handphone aku, kemudian router kat rumah. Sebelum 2 benda tu pun ada jugak benda yang tak kena. Banyak ujian sebenaqnya aku kena tahun ni.. Apa pon, yang dah rosak tu biaqlah berlalu pi.. Lagipun yang patuh tumbuh, yang hilang berganti. Cuma masa jadi penentu. Hidup kita ni, kalau kita sendiri tak mau melangkah ke depan, sampai bila pun kita akan berada di tempat yang sama. Takdak sapa nak tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri. Dah tau barang rosak, pandai-pandai la ikhtiar dengan cara sendiri. Perlu beli baru atau pakai yang lama atau tak payah ada langsung.. Pilih-pilih, pilihan di tangan kita sendiri.

10. Kerja Banyak, Banyak Kerja
Yes.. yes... tahun ni memang banyak kerja kena buat. Mula-mula masa peralihan kuasa bulan April.. berpeluh weh buat keja aku tu.. migrate ini migrate itu.. kemudian kena pulak pi kursus.. kursus sana.. kursus sini.. tak cukup dengan tu, new development.. sini sikit, sana sikit.. Tender nuu, sebutharga nii.... kemudian ada pulak server migration.. physical to virtual, virtual to physicial... dan yang latest, Pelan Strategik ICT.. Kerja banyakkan? Tapi Banyak tak aku kerja? Aku taktau nak decide.. nak kata banyak, rasa macam ada yang tak habeh, tapi nak kata sikit, penuh gak la diary aku tulih.. so maybe sedang-sedang kot... Apa pon, tahun ni banyaaakk aku belajaq.. Ramai pulak yang masuk opis aku thn ni.. so ramai background orang, lagi banyak aku belajaq. Best jugak kadang-kadang macam tu sebab bila kita belajaq dari orang yang baru dari kita, bertambah tawadhuk jadinya. Semacam memotivasi pun ada..

Kesimpulannya
Takyah simpul lagi la... kat ataih ni semua dah disimpulkan.. hehe.. tapi saja nak share sikit mengenai "Disember-Disember" aku yang telah lalu.. Tiap-tiap disember, aku selalu tulih something sebab Disember ni macam rumusan atau kesimpulan bagi tiap-tiap tahun.. nak pulak birthday aku pon bulan Disember kan, so try baca-baca tengok...

Disember 2003 - Ni lebih kepada aku mula-mula blogging.. hehe...
Disember 2004 - Takdak, sebab aku tak tulih.. sebab busy stadi kot time tu.. hahaha..........
Disember 2005 - Masa baru kenai dunia... masa hampir-hampir "tinggalkan" dunia.. Alhamdulillah, selamat!
Disember 2006 - Zaman pencerahan, kesedaran...
Disember 2007 - Mula kerja.. menjadi lebih berani dari biasa, meneroka segala kemungkinan :p
Disember 2008 - Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah... hahahahahaa... xD
Disember 2009 - Ni yang hampa dok tengok ni la... ekeke... ni tatau tema dah.. tunggu next year... huhuh ;p

Penutup
Jadi sebagai penutup, aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca blog aku ni.. Kalau dah sampai baca line ni, aku tau la hampa memang baca blog aku.. kalau tak baca line ni, kiranya aku la dok baca sorang-sorang.. hekhekhek... anyway, aku harap tahun 2010 aku akan lebih terus berusaha menjadi yang lebih baik dan terus mengejar impian dan cita-cita aku selama ini. Insya Allah aku akan pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang sebab yang dibelakang akan sentiasa di sanubari buat panduan sepanjang hayat. Terima Kasih.. terima kasih.. jumpa tahun 2010...!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!!
:)

Wassalam...

ps1 : Ooopss.. tahun ni aku nak ingat yang aku dah lupa apa yang aku teringat-ingat! Dah jadi sekali ingat dan bukan 2 kali ingat.. ingat? Hahahahahaaaa.. ngat nget ngotttttt...... xD..
ps 2 : Percaya kepada diri sendiri, itulah yang lebih penting.. kalau disesali, sampai bila pun tak ke mana!

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m