Wednesday, December 30, 2009

Kenang masa lalu, pandang ke hadapan..

Salam

Ahah.. tahun 2009 nak melabuhkan tirai dia dah.. sikit ja lagi.. esok-esok dah masuk tahun baru.. jadi apa kata kalau kita kenang sikit sepanjang 2009 yang dah lepas-lepas ni.. Bukan apa, kita kenang-kenang ni untuk kita jadikan iktibar dan panduan balik, mana tau berguna di masa hadapan...

1. Gaza vs Israel
Haa.. awal-awal tahun ni kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Gaza. Sejak penghujung Disember 2008, Israel telah mengepung bandar Gaza di Palestin yang dikuasai oleh Kerajaan Hamas. Oleh kerana tidak ada penyatuan di kalangan Kerajaan Palestin yang berpusat di Ramallah dan Gaza, maka Israel dengan mudah dapat mengepung dan menyekat bekalan-bekalan keperluan harian daripada di bawa masuk ke Gaza. Inilah salah satu pengajaran buat kita semua. Bagaimana, 2 puak berbangsa sama (Arab) dan kebanyakan beragama Islam, apabila berpecah maka musuh pun dengan mudah menyerang. Namun amat sedih umat Islam di negara ini dan negara-negara lain masih kurang mengambil iktibar hal ini dengan mengenepikan perpaduan demi kepentingan sendiri. Selain itu, ia juga mengajar kita supaya tidak 100% bergantung kepada pihak ketiga untuk mencari jalan penyelesaian kerana ia mungkin mengundang padah.

2. Perubahan tampuk pemerintahan Negeri Perak
Boleh dikatakan antara isu paling panas tahun 2009 adalah isu peralihan kuasa pemerintahan negeri Perak daripada Kerajaan Campuran DAP-PAS-KEADILAN di Perak kepada Kerajaan Campuran Barisan Nasional (BN)-BEBAS di Perak. Kejadian bermula apabila 2 orang ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengisytiharkan keluar parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas. Selain menjadi ADUN Bebas, mereka juga menyatakan akan menyokong BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak. Selain daripada itu, seorang ADUN BN (UMNO) yang melompat ke PKR sebelumnya, kembali kepada BN dan menambah sokongan tersebut. Akhirnya, Sultan dengan kuasa yang ada pada tuanku menitahkan Menteri Besar (MB) Perak ketika itu, Nizar Jamaluddin untuk meletakkan jawatan dan membubarkan EXCO negeri, sesuai dengan undang-undang tubuh negeri Perak. Seterusnya, Sultan menerima perkenan pelantikan MB baru Perak dari BN, Dr Zambry yang pada ketika itu telah memperoleh majoriti sokongan ADUN mengikut lunas-lunas demokrasi. Perkara ini adalah perkara yang paling didebatkan. Buku undang-undang dibuka kembali. Perlembagaan persekutuan dan negeri kembali dirujuk serta bermacam-macam lagi kejadian. Ada yang mempersoalkan kuasa Sultan di dalam hal ini dan ada yang bertindak agak keterlaluan dengan 'kurang ajar' kepada Sultan Perak. Hingga ke hari ini, kes yang di bawa ke mahkamah ini belum selesai kerana menanti beberapa keputusan rayuan.

3. Kursus Kenegaraan (BTN)
Okey, yang ini berkaitan dengan pengalaman peribadi aku menghadiri kursus kenegaraan anjuran Biro Tatanegara (BTN). Dalam kursus ni aku belajaq banyak benda terutama sekali bab kenegaraan dan Tanah Air. Aspek undang-undang dan sejarah yang diceritakan mengundang 1001 perspektif baru dalam kita melihat asas pembinaan negara ini dan kenapa Perlembagaan Persekutuan kita itu sedemikian adanya. Memang benar-benar menginsafkan dan menambah rasa kecintaan kepada Tanah Air serta meningkatkan kesedaran untuk mempertahankannya. Kumpulan kami agak bernasib baik sebab kursus tak dijalankan di kem, tetapi dijalankan di sebuah resort atas sebab-sebab tertentu. Jadi taklah banyak sangat 'kena dera'. Walau apa-pun memang best dan paling best sebab dapat berkenalan dengan sorang kakak neh.. hehe.. tapi apa boleh buat, habis BTN habisler.. tak pernah nampak dah since then.. lagipun dia kakak aku adik.. hehe... mana blehhhh......... xD

4. Regime Change -- Pak Lah kepada Najib
Awal April, negara kita melihat satu lagi perubahan berlaku. Kali ini ia melibatkan peralihan kuasa di peringkat persekutuan. Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah melepaskan jawatan beliau untuk disandang oleh Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke-6. Peralihan kuasa ini dilihat sebagai perlu untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada kerajaan yang ada sekarang. Imej Pak Lah sebagai Perdana Menteri telah tercalar teruk sejak Pilihanraya Umum pada Mac 2008. Dengan permasalahan oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin kepada gambar-gambar beliau yang dikesploitasi menyebabkan beliau semakin hari semakin kurang popular. Ditambah pula tindakan beliau yang dilihat kurang mesra rakyat (i.e Kenaikan harga minyak) menambahkan lagi derita yang sedia ada. Jadi dengan naiknya DS Najib menggantikan Pak Lah, rakyat Malaysia sekali lagi diharapkan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai kemampuan kerajaan yang ada sekarang ini dibawah pimpinan baru untuk terus memacu perubahan demi kemajuan negara Malaysia yang tercinta ini.

5. Kembalinya Mahathir ke pangkuan UMNO
Tun Dr. Mahathir (Dr M) keluar dari UMNO setelah beliau tidak berpuas hati dengan pemerintahan Pak Lah. Bagi beliau, biarlah beliau keluar daripada UMNO sebagai bukti beliau tidak boleh menerima kepimpinan Pak Lah yang dilihat sebagai lemah. Sebagai orang yang bertanggungjawab menaikkan Pak Lah menjadi Perdana Menteri, beliau juga antara faktor utama jatuhnya pemerintahan oleh Pak Lah. Mengikuti beliau, pejuang-pejuang UMNO sezaman serta anak-anak muda yang tahu dan faham akan erti perjuangan sebenar seperti mana yang beliau perjuangkan. Keluarnya beliau dari UMNO adalah bersyarat--yakni sehingga Pak Lah tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Akhirnya, beliau menunaikan janjinya dengan turunnya Pak Lah dari menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau juga telah menghadiri majlis penutup perhimpunan Agong UMNO tahun 2008 (diadakan tahun 2009) dengan presiden baru yang dilantik, DS Najib Tun Razak.

6. Persoalan 1Malaysia
Gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh DS Najib selepas mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri. Gagasan 1 Malaysia mensasarkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu dalam kepelbagaian. Ia juga menekankan mengenai penerimaan sebagai cara yang lebih baik daripada toleransi dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan. Di dalam hal ini, antara perkara yang dibangkitkan umum ialah dengan pengwujudan Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Walaupun SSS dilihat sebagai satu wadah dalam merealisasikan 1Malaysia, tetapi nampaknya ia ditentang oleh sesetengah pihak. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang khuatir pengenalan 1Malaysia akan menghakis hak-hak dan keistimewaan Melayu & Bumpitera seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan. Kini, walaupun masih diperingkat permulaan, penerimaan 1Malaysia dilihat sebagai memberangsangkan sesuai dengan kempen-kempen dan promosi yang dijalankan.

7. Selsema Babi (H1N1)
Selsema Babi atau H1N1 telah menggemparkan dunia. Penularan virus tersebut yang dikatakan bermula dari Mexico telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepad daripada pandemik yang menyerang dunia itu. Walaupun kawalan di pintu-pintu masuk Malaysia diperketatkan tetapi ia tidak cukup untuk menghalang daripada penyebarannya di negara ini. Sehingga hari ini, angka mereka yang dijangkiti virus ini di Malaysia mencecah ribuan dengan angka korban mencecah puluhan orang. Bagi mengelak penyakit ini, buat beberapa minggu, masjid-masjid di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat selepas Jumaat bagi memohon bantuan Allah menyelamatkan Malaysia dari virus maut ini. Selain itu, terdapat juga maklumat-maklumat disalurkan untuk mengatasi serta berjaga-jaga dalam menghadapi wabak H1N1 tersebut.

8. Bajet 2010
Bajet tahun 2010 menjadi tumpuan seluruh negara. Ini kerana, buat kali pertama DS Najib akan membentangkannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sebagai tanda rakyat didahulukan, beliau meminta pendapat rakyat di dalam menentukan hala tuju bajet melalui laman blog beliau di 1malaysia.com.my. Bagi penjawat awam pula, kehadiran bajet amat penting kerana di dalam bajetlah akan diumumkan bonus sekiranya ada. Tetapi bajet kali ini tidak mengumumkan perkara yang diidamkan, sebaliknya diganti dengan pemberian saguhati sebanyak RM500. Bajet 2010 dilihat sebagai lebih mengutamakan mereka yang berpendapatan rendah disamping untuk memperbaiki taraf hidup rakyat yang di bawah paras kemiskinan.

9. Barang rosak
Tahun 2009, banyak benda yang rosak. Mula-mula handphone aku, kemudian router kat rumah. Sebelum 2 benda tu pun ada jugak benda yang tak kena. Banyak ujian sebenaqnya aku kena tahun ni.. Apa pon, yang dah rosak tu biaqlah berlalu pi.. Lagipun yang patuh tumbuh, yang hilang berganti. Cuma masa jadi penentu. Hidup kita ni, kalau kita sendiri tak mau melangkah ke depan, sampai bila pun kita akan berada di tempat yang sama. Takdak sapa nak tolong kita kalau kita tak tolong diri sendiri. Dah tau barang rosak, pandai-pandai la ikhtiar dengan cara sendiri. Perlu beli baru atau pakai yang lama atau tak payah ada langsung.. Pilih-pilih, pilihan di tangan kita sendiri.

10. Kerja Banyak, Banyak Kerja
Yes.. yes... tahun ni memang banyak kerja kena buat. Mula-mula masa peralihan kuasa bulan April.. berpeluh weh buat keja aku tu.. migrate ini migrate itu.. kemudian kena pulak pi kursus.. kursus sana.. kursus sini.. tak cukup dengan tu, new development.. sini sikit, sana sikit.. Tender nuu, sebutharga nii.... kemudian ada pulak server migration.. physical to virtual, virtual to physicial... dan yang latest, Pelan Strategik ICT.. Kerja banyakkan? Tapi Banyak tak aku kerja? Aku taktau nak decide.. nak kata banyak, rasa macam ada yang tak habeh, tapi nak kata sikit, penuh gak la diary aku tulih.. so maybe sedang-sedang kot... Apa pon, tahun ni banyaaakk aku belajaq.. Ramai pulak yang masuk opis aku thn ni.. so ramai background orang, lagi banyak aku belajaq. Best jugak kadang-kadang macam tu sebab bila kita belajaq dari orang yang baru dari kita, bertambah tawadhuk jadinya. Semacam memotivasi pun ada..

Kesimpulannya
Takyah simpul lagi la... kat ataih ni semua dah disimpulkan.. hehe.. tapi saja nak share sikit mengenai "Disember-Disember" aku yang telah lalu.. Tiap-tiap disember, aku selalu tulih something sebab Disember ni macam rumusan atau kesimpulan bagi tiap-tiap tahun.. nak pulak birthday aku pon bulan Disember kan, so try baca-baca tengok...

Disember 2003 - Ni lebih kepada aku mula-mula blogging.. hehe...
Disember 2004 - Takdak, sebab aku tak tulih.. sebab busy stadi kot time tu.. hahaha..........
Disember 2005 - Masa baru kenai dunia... masa hampir-hampir "tinggalkan" dunia.. Alhamdulillah, selamat!
Disember 2006 - Zaman pencerahan, kesedaran...
Disember 2007 - Mula kerja.. menjadi lebih berani dari biasa, meneroka segala kemungkinan :p
Disember 2008 - Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah... hahahahahaa... xD
Disember 2009 - Ni yang hampa dok tengok ni la... ekeke... ni tatau tema dah.. tunggu next year... huhuh ;p

Penutup
Jadi sebagai penutup, aku nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca blog aku ni.. Kalau dah sampai baca line ni, aku tau la hampa memang baca blog aku.. kalau tak baca line ni, kiranya aku la dok baca sorang-sorang.. hekhekhek... anyway, aku harap tahun 2010 aku akan lebih terus berusaha menjadi yang lebih baik dan terus mengejar impian dan cita-cita aku selama ini. Insya Allah aku akan pandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang sebab yang dibelakang akan sentiasa di sanubari buat panduan sepanjang hayat. Terima Kasih.. terima kasih.. jumpa tahun 2010...!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010!!
:)

Wassalam...

ps1 : Ooopss.. tahun ni aku nak ingat yang aku dah lupa apa yang aku teringat-ingat! Dah jadi sekali ingat dan bukan 2 kali ingat.. ingat? Hahahahahaaaa.. ngat nget ngotttttt...... xD..
ps 2 : Percaya kepada diri sendiri, itulah yang lebih penting.. kalau disesali, sampai bila pun tak ke mana!

Balenggang pata-pata...

Salam,



http://www.youtube.com/watch?v=W0CJ5KCxmgY

Poco-Poco

Balenggang pata-pata (Berlenggang [berjalan] patah-patah)
Ngana pe goyang pica-pica (Goyanganmu pecah-pecah)
Ngana pe bodi poco-poco (Badan kamu... yang berisi..)

Cuma ngana yang kita cinta (Cuma kamu yang aku cinta..)
Cuma ngana yang kita sayang (Cuma kamu yang aku sayang..)
Cuma ngana suka beking pusing (Hanya kamu suka membuatku pening..)

Ngana bilang kita na sayang (Kamu bilang aku tidak sayang..)
Rasa hati ini malayang jauh (Rasa hati ini melayang jauh..)
Uuu.. Ci..Ija Ci..Ija (Oh Cik Ija... Cik Ijaaa...) -- Cik Ija mana plak ni? hahah.. hantam saja.. aku tak bertanggongjawab.. hahaahaha...

Biar kita ngana pe bayang (Biar aku menjadi bayanganmu..)
Biar na beking layang-layang (Biar tak membuatku melamun..)
Cuma ngana yang kita sayang (Cuma kamu yang aku sayang..)

--

Apekah? ini la lagu poco-poco... ala yang orang suka buat line dancing tu.. kalau pi dekat mana2 kursus atau kem terutama yang melibatkan perkumpulan, mesti selalu diajaq tarian yang popular dengan lagu ni... Lagu ni asal di Maluku / Manado, Indonesia.. tapi di Malaysia ni selalu sgt dah orang buat acara.. tarian dia agak best dan salah satu bentuk senaman yang menceriakan.. Boleh la kalau nak cuba.. hehe.. 2 step right, 2 step left, 2 step to front, 1 step back.. ulang-ulang.. hahahaha...best siot..

So, layankan aje lah yer..

:)

Wassalam...

Saturday, December 26, 2009

Pantun Rasis?

Salam,

Aku tengah belek-belek laman web DBP.. dok cari makna satu perkataan, sekali terjumpa pantun ni...


Ketok-ketok harimau garang,
Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
Kucing di rumah sakit kepala.


Heheheh... Ni pantun lama ni.. sebab susah nak cari maksud dia... dan sebut 2 bangsa dalam ni.. Sebut Keling dengan Jawa... Tapi Jawa dalam ni merujuk kepada bahasa, tapi Keling tu... merujuk kepada sapa?

Kalau aku sebut nanti dituduh rasis....

Ikut kamus dewan, Keling ni maksud dia

1 (bahagian) India selatan: benua ~. 2 = orang ~ orang yg berasal dr selatan India. ~ pelikat orang India yg beragama Islam.

Maksudnya, org selatan India ni orang Tamil lah kot... Kalau ikut Kamus Dewan, Keling Pelikat tu pulak maksud dia orang India yang beragama Islam, yang la ni kita selalu sebut sebagai mamak saja.

Yang tu apa yang kamus dewan sebut.. tapi aku nak cakap apa yang aku tau dan baru tau.. Zaman aku kecik-kecik, mak aku selalu sebut, Keling ni orang India tapi Islam.. (sama maksud macam Keling Pelikat, Kamus Dewan) tapi macam lain sikit dari mamak. Sebab ada kala mak aku habaq "Depa ni keling ni.. " kadang dia sebut "Mamak-mamak adat macam tu la..". Nampak macam ada beza plak kan? Bagi aku memang ada beza.. tapi tak reti nak sebut macam mana.. tapi bottom line, Keling ni yang aku tau dari kecik merujuk kepada orang Islam tapi bangsa India... Dan, buat pengetahuan, mak aku ni Jawi Pekan, so memang agak tau jugak la bab-bab ni.. Nak pulak orang Penang 100%.

Bila aku meningkat dewasa, aku mula bercampoq dengan member2 lain, lain plak definasi depa pasai keling ni.. Mula aku tau masa zaman foundation di UNITEN dulu.. Depa dok sebut Hindu (haa.. ni bukan rasis.. tapi kalau belah utagha depa semua tau Hindu ni maksud dia org India.. even org India sendiri pon sebut Hindu jugak kadang-kadang di belah utara ni...) sebagai Keling.. Yang aku tau, patutnya Keling ni semua Islam la.. tapi awat la plak org yg ada "A/L" dan bukan Islam depa sebut Keling? Last skali baru la aku tau, depa maksudkan kaum India tu semua sebagai Keling, bukan macam mana yang aku tau sebelum ni.. Sikit-sikit keling itu.. keling ini.. janji keling... hehe.. macam-macam..

Jadi la ni, bila semak balik Kamus Dewan, baru la tau maksud yang member aku ajaq tu lagi tepat la dipakai berbanding istilah yang aku biasa terutamanya di Pulau Pinang. Bagi aku, perkataan tu kalau kita sebut tak la rasis.. Kalau rasis camna la geng-geng Bendahara Melaka yang separuh mamak dulu tu boleh survive dalam politik Melaka tu dulu? Depa pon relek ja orang sebut Keling.. Siap ada nama Tanjung Kling apa di Melaka? Zaman la ni ja kot depa dok mula terasa.. Ya la, sebab ramai orang dok kait Keling ni dengan benda negatif.. Peribahasa macam "Janji Keling" pon selalu sangat dok sebut.. Pasai tu kot...

Jadi macam mana kita nak selesai? Bagi aku takyah nak emo-emo la.. Bahasa Melayu ni lama dah dok kita pakai.. Perkataan tu pon tak la teruk sangat.. Makna dia pon bukan la macam perkataan (Ooopsss.. dengan izin tujuan akademik sahaja!! Bukan niat menghina!!) "paria" yang lagi teruk maksud dia... sebab terang-terangan maksud dia yang teruk tu... Jadi aku harap takdak la depa yang nak tergesa-gesa tuduh orang lain rasis sebab orang Melayu dah dok sebut beratus tahun dah... tak kecoh pon.. ni mesti second wave punya ni yang dok kecoh.. tak kenai sejarah la katakan..

Tengok orang Jawa.. relek ja panggey depa Jawa.. tak kecoh pon?

Ok la.. jangan gaduh-gaduh.. ni pendapat aku saja.. Bagi aku baik Keling ka.. India ka.. Melayu ka.. Cina ka.. Jawa ka.. yang penting kita rakyat Malaysia.. Kita kena terima adat dan cara hidup masing-masing.. Penerimaan itu lebih penting dari toleransi.. Janji kita laksanakan tugas dan amanah serta hak-hak kita seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan!

Wassalam..

Thursday, December 17, 2009

Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah


Salam,

Selamat Tahun Baru Hijrah ke 1431. Tema pada tahun ini ialah,

"Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah"

Marilah bersama-sama memantapkan persaudaraan sesama kita tanpa mengira pangkat dan darjat serta fahaman yang sempit. Mudah-mudahan dengan kesatuan dan perpaduan kita ini, insya Allah negara kita akan sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT.

Bacaan berkaitan :

1. Berhijrah menyelamat akidah ummah
2. Menggamit kembali semangat hijrah

Wassalam..

Tuesday, December 15, 2009

Lotus Notes 7 pada Windows 7

Salam,

Ok, ni just quick entry nak menerangkan bagaimana cara yang betul untuk install Lotus Notes 7 pada Windows 7. Cerita dia macam ni, semalam aku dah install Windows 7 untuk menggantikan Windows XP yang digunakan pada Laptop pejabat aku ni. Buat pengetahuan, sistem e-mail di pejabat aku ni masih lagi menggunakan client Lotus Notes. Bagi yang belum mengetahui, Lotus Notes adalah produk keluaran IBM yang pada satu masa dulu merupakan platform pembangunan sistem yang memudahkan aliran kerja (workflow) dalam tugasan pejabat. Jadi satu platform Lotus Notes pada Server Lotus Domino dapat digunakan untuk membangun pelbagai aplikasi-aplikasi yang berkaitan selain fungsinya sebagai e-mail client.

Client Lotus Notes yang ada di pejabat aku buat masa ni adalah version 7. Buat pengetahuan, IBM telah pun memperkenalkan Lotus Notes version 8, dengan versi terbaru setakat yang diketahui ditanda dengan version 8.5. Versi terbaru Lotus Notes dikatakan menyokong OS Windows Vista. Untuk memenuhi keperluan tanggungjawab dan tugasan yang memerlukan kepada penggunaan Lotus Notes Client, aku terpaksa menjalankan installation Lotus Notes 7 pada Windows 7 walaupun didapati sebenarnya ianya tidak menyokong OS terbaru keluaran Microsoft tersebut.

Installation dengan pilihan biasa adalah berjaya. Next, next dan next, installation telah siap. Default folder untuk installation ialah C:\Program Files\lotus. Setelah installation siap, seperti biasa icon akan dipaparkan di desktop. Walaupun installation berjaya, tetapi apabila ingin membuka aplikasi tersebut, ianya tidak akan berjaya. Splash screen akan dipaparkan tapi, skrin sebenar tidak pulak dipaparkan. Walaupun Windows 7 mempunyai kebolehan untuk run aplikasi-aplikasi dalam compatibility mode (Windows XP, Vista) , tetapi ianya masih tidak dapat dilancarkan. Ini sudah tentu menimbulkan masalah buat aku yang terpaksa menggunakan aplikasi tersebut.

Penyelesaiannya?

Google! Dan aku jumpa penyelesaiannya dalam satu forum. Menurutnya, ia ada kaitan dengan struktur keselamatan yang diimplementasikan Microsoft dalam folder Program Files pada Windows 7. Untuk itu, dicadangkan semasa installation :
  1. Semasa melancarkan installation, pada installer tersebut, right-klik dan sila Run As Administrator.
  2. Semasa pilihan folder untuk installkan aplikasi dan data bagi Lotus Notes, sila ubah default installation folder daripada C:\Program Files\lotus kepada C:\Lotus untuk folder notes dan juga data. (Siapa yang biasa dengan Lotus Notes akan maksud aku ni).
Semudah itu! Jalankan installation dan selepas itu, sila lancarkan. Lotus Notes akan berfungsi seperti biasa, setelah proses konfigurasi semula dijalankan. Jadi, seandainya anda ingin migrate ke Windows 7 dan memerlukan Lotus Notes 7 dijalankan padanya, silakan mencuba. Pasti boleh jika kaedahnya betul.

Sekian dulu, sekadar berkongsi pengalaman.

Wassalam

Sunday, December 13, 2009

Naik bukit, turun bukit..

Salam,

Hujung-hujung tahun macam ni, banyak betui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Syarikat-syarikat, agensi kerajaan, universiti, sekolah dan organisasi-organisasi yang lain. Nak pulak masa-masa cuti sekolah macam ni, makin menjadi-jadilah. Samada atas urusan rasmi, separa rasmi atau 100% santai, destinasi-destinasi pelancongan di Malaysia ni tak segan sunyi menerima kunjungan-kunjungan berkumpulan untuk menjalankan aktiviti depa di sana. Keunikan landskap, kekayaan budaya, keindahan alam atau keriangan suasana boleh menjadi faktor sesuatu tempat peranginan dipilih untuk menjalani sebarang aktiviti. Syukurlah, semuanya ada di Malaysia. Pilih saja mana yang sesuai, mana yang berkenan, sudah tentu akan membuatkan bakal pengunjung teruja untuk ke sana.

Lari dari kesibukan...

Jadi sama jugaklah macam agensi yang aku berkerja ni. Untuk merancang 5 tahun ke hadapan, satu pelan atau perancangan harus diadakan. Ini untuk memastikan setiap apa yang bakal dilakukan pada masa hadapan benar-benar bermanfaat dan perlu untuk keuntungan agensi. Sekiranya satu pelan strategik tidak diadakan, tidak mustahil agensi akan kehilangan arah dan tujuan dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Bukan itu sahaja, kegagalan untuk mempunyai pelan strategik akan mempengaruhi anggaran bajet dan peruntukan yang akan dipohon di peringkat agensi pusat. Sekiranya permohonan peruntukan tidak disertakan dengan alasan dan pelan yang jelas, agensi mungkin akan menghadapi masalah besar sekiranya peruntukan yang bakal diberikan tidak mencukupi.

Untuk itu, satu bengkel telah diadakan pada minggu lepas bertempat di Bukit Tinggi, Pahang. Keputusan untuk mengadakan bengkel "di luar lingkungan" mungkin bertujuan supaya perancangan yang bakal dibuat nanti akan dilakukan dalam keadaan penuh tumpuan. Jadi sebagai salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang dilantik untuk menghadiri bengkel ini, aku pun mengikuti rombongan ke destinasi tersebut. Bukit Tinggi merupakan sebuah pusat peranginan tidak jauh dari Bentong dan perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa antara satu hingga dua jam. Antara hotel dan resort yang terdapat di situ ialah Colmar Tropicale, Berjaya Golf and Country Club serta beberapa lagi pusat rekreasi milik Berjaya. Sesiapa yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana, pasti beranggapan kawasan ini merupakan kawasan yang nyaman dengan suasana yang indah dan menenangkan.

Indah khabar dari rupa..?

Agak berbeza dari apa yang dilihat dan didengar. Perjalanan dari simpang lebuh raya ke kawasan hotel mengambil masa antara 10-15 minit. Jalan yang berbukit dan penuh pendakian ini agak mencabar dan sekiranya menaiki kenderaan ber'cc' rendah, sudah pasti "sakit" jugak nak sampai ke atas. Yuran masuk ke kawasan hotel Colmar Tropicale adalah sekitar RM 10. Sekiranya pergi bersama-sama atas nama organisasi, maka yuran tersebut tidaklah dikenakan. Setibanya di sana, kami menjangkakan suasana nyaman dan tenang walaupun di kala panas membahang waktu tengah hari. Tetapi agak sedikit hampa, keadaan adalah agak 'biasa' dengan hanya sekali sekala angin bukit meniup membawa udara yang segar dan nyaman. Aku boleh jamin, keadaan di hentian Titiwangsa di Lebuh Raya Timur Barat adalah lebih sejuk dan nyaman berbanding keadaan di sini.

Waktu untuk check-in adalah pada pukul 12 tengahari. Tetapi apa yang menyedihkan, terdapat ahli rombongan yang terpaksa menunggu sehingga jam 3 petang untuk dibenarkan masuk ke bilik. Walaubagaimanapun, bolehlah diakui makanan yang disajikan terhadap para pengunjung agak sedap dan menyelerakan. Menu-menu yang agak asing bagi aku, membuatkan pinggan aku penuh sebab nak mencuba makanan-makanan baru. Bukan saja aku, malah boleh dikatakan kesemua ahli rombongan yang lain pon sama. Ada yang berulang kali bangun untuk mengambil hidangan seterusnya untuk mencuba. Semasa sedang makan, sekiranya bernasib baik, anda akan dihiburkan oleh sekumpulan pemuzik dan penyanyi ala-ala jalanan yang disediakan khas pihak hotel untuk menyambut tetamu.


Pada mulanya, kami menjangkakan dewan mesyuarat yang diberitahu terletak berdekatan. Ternyata kami silap, kerana dewan tersebut terletak agak jauh ke bawah dan terpaksa menaiki shuttle bus yang disediakan. Lebih menyedihkan lagi, shuttle bus yang disediakan bukanlah yang ditempah khas, tetapi merupakan yang biasa dan mengikut jadual yang tersendiri. Ini sudah tentu menyukarkan pihak kami untuk menjalani aktiviti yang waktunya kadang-kadang terpaksa diubahsuai. Sekiranya terlambat, terpaksalah menunggu giliran shuttle bus seterusnya pada waktu-waktu yang tertentu. Rasa seperti tertipu, ada antara kami akhirnya membawa kenderaan sendiri untuk turun ke dewan mesyuarat tersebut.

Keadaan di bilik juga tidaklah seindah seperti yang terpamer di laman web http://www.berjayahotel.com/berjayahills/rooms.asp . Pada laman web tersebut, bilik seperti mana yang diberikan kepada kami tidak dtunjuk sekaligus menyebabkan kami beranggapan bahawa bilik yang bakal kami duduki itu agak luas dan mempunyai ruang yang selesa. Namun, kami agak kecewa kerana ruangan di dalam bilik agak sempit dan terhad. Sekiranya ingin menghampar sejadah pun, kita terpaksa melakukannya di celah sempit antara katil dan meja tulis. Antara lain, ialah kerosakan pam pada tandas di bilik air. Pam tidak berfungsi dan air terus menerus mengalir dari pam. Ini sudah tentu kurang menyenangkan.

Seperti yang diperkatakan awal tadi, makanan yang disediakan memang agak menarik. Setiap waktu makan memang menjadi tumpuan kami. Tetapi yang tidak bagusnya adalah harga untuk air mineral! Pada malam pertama, kami pulang lewat dari dewan mesyuarat. Oleh kerana kehausan dan tidak membawa bekalan air minuman, kami pun menuju ke cafeteria yang hanya menunggu masa untuk ditutup. Kami agak terkejut apabila diberitahu bahawa harga sebotol air mineral adalah RM 4. Agak mahal! Kalau air mineral berjenama seperti Spritzer, bolehlah kami terima tetapi ini hanya air minumuan reverse osmosis dari sumber bekalan air SYABAS. Amat tidak patut! Air minuman yang sama juga dibekalkan kepada kami semasa bengkel pada petangnya. Terasa rugi pulak tak rembat siap-siap 2-3 botol bawak balik ke bilik. Nak tidak hendak, mau tidak mahu, terpaksa jugak la beli sebab kehausan yang teramat sangat pada ketika itu.

Satu lagi kejadian berkaitan bilik air. Pada malam kedua berada di sana, kami pulang agak lewat. Sekitar jam 11.30 malam dari dewan mesyuarat. Oleh kerana agak kepenatan, aku tak pulak join member aku yang nak ambil angin sekitar kawasan kolam renang. So, aku pon balik bilik dengan harapan boleh cepat-cepat qodha hajat, solat isyak dan terus tidur. Tapi hampa, cukup hampa. Dalam keadaan tersebut, pintu bilik air aku tak boleh dibuka! Apa dah jadi ni, ada sesiapa di dalam? Rasa cuak tiba-tiba hadir. Bilik kami terletak dihujung barisan. Dah la tu, malam jumaat la pulak. Tapi lama-lama cuak tu hilang pulak sebab perut aku ni dah mula meragam tahap kedua. Mau tak mau, aku call operator. Selepas panggilan dibuat, hampir 10 minit menunggu, masih tiada siapa datang untuk membuka pintu tersebut. Panggilan kali kedua dibuat meminta agar disegerakan. Tetapi 5 minit kemudian, masih belum lagi datang. 15 minit anda dalam keadaan sedemikian, apa akan terjadi kepada anda? Aku call lagi kali ketiga, kali ini dengan nada marah aku mengancam untuk memecahkan pintu bilik air sekiranya masih tiada siapa datang untuk membuka pintu tersebut. Hanya selepas itulah, baru datang seorang technician membantu untuk membuka pintu tersebut dan membaikinya. Agak malang kejadian sedemikian berlaku di sebuah hotel yang agak terkenal.

Solat Jumaat.. Masjidnya?

Bagi yang pernah ke kawasan Berjaya Hills, anda pasti mengetahui tiada masjid disediakan di sana. Pada hari jumaat, yang juga hari terakhir program, mesyuarat telah ditamatkan agak lewat. pada waktu tengah hari. Oleh kerana jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Tinggi tidak sampai 2 marhalah, maka ramai antara kami yang berpegang dengan pendapat wajib untuk sembahyang jumaat pada hari tersebut. Lalu, dari tempat program yang sudah separuh perjalanan ke bawah, kami mengambil keputusan untuk terus mencari masjid di kawasan sekitar, yakni di Lentang. Semasa perjalanan menuju masjid, aku menerima panggilan untuk check out. Katanya masa check out terakhir adalah pada jam 12 tengah hari. Agak terkejut, aku memberikan panggilan itu kepada bos yang ada bersama kami. Selepas negotiate, kami diberikan sehingga jam 1 tengah hari untuk check-out. Memang membangkitkan kemarahan. Akhirnya setelah agak lama 'panas telinga', kami dibenarkan untuk check-out sebaik sahaja pulang dari Solat Jumaat.

Masjid Lentang terletak kira-kira 4-5 kilometer sahaja dari persimpangan masuk ke Bukit Tinggi. Lokasinya terletak hanya di tepi jalan, tetapi bukanlah di tepi jalan sebelah sini. Satu pusingan-u terpaksa dibuat pada tol seterusnya sekiranya anda terlepas simpang yang pertama di sebelah kiri. Itulah yang terjadi kepada kami. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 5 minit dengan jarak kurang 5 kilometer, akhirnya mengambil masa yang lebih lama. Syukurlah, kami tiba di Masjid tersebut walaupun terpaksa membayar tol 2 kali tanpa apa-apa makna. Setibanya di Masjid, kami dapati jemaah agak kurang dan pada mulanya agak meragui Solat Jumaat boleh diadakan. Namun kebimbangan kami rupanya kurang berasas kerana selepas azan pertama, maka berduyun-duyunlah para jemaah datang memenuhi masjid.

Pulang...

Setelah solat, kami terus kembali ke hotel. Mendaki mengambil masa 10 minit. Setibanya, kami perlu mengaktivasikan semula kad akses sebelum boleh terus masuk ke bilik untuk mengambil beg dan pakaian masing-masing. Setelah itu barulah kami boleh check-out. Perjalanan pulang mengambil masa yang lebih singkat dari perjalanan pergi. Mungkin kerana ianya adalah perjalanan menuruni bukit, bukan lagi mendaki seperti pada mulanya. Tiba di pejabat jam 5 petang dan jalan didapati tidaklah sesesak mana. Agak kehairanan pada mulanya, tetapi barulah aku ingat hari tersebut merupakan hari cuti negeri Selangor sempena Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Agak keletihan, setelah solat Asar, aku membaringkan diri untuk menghilangkan letih. Malam tersebut, aku kelenaan dengan nyenyak sekali sehingga keesokan hari. Inilah pengalaman aku berbengkel di Colmar Tropicale. Jujur, sekiranya ditanyakan kepada aku tempat yang manakah sesuai untuk mengadakan bengkel, seminar dan seumpamanya, Colmar bukanlah pilihan aku lagi. Lebih elok kiranya pergi ke kawasan yang sedikit bandar seperti Kuantan, JB, Langkawi atau ke kawasan di mana terdapat 'kehidupan' di waktu malam.

Wassalam...

p/s : agak skema dan pening..... @.@~

Tuesday, December 01, 2009

Handphone Baru (Lama), Router dan ...

Salam,

Haaa... dah berapa hari dah Raya Haji... lembu2 pon dah banyak yang tumbang.. banyak yang dah selamat masuk ke dalam sistem pencernaan. Mudah-mudahan depa yang mengerjakan ibadah haji dan korban tahun ni memperoleh ganjaran dan pahala yang besar dari Allah SWT. Salah satu daripada erti korban adalah kita membelanjakan sesuatu yang menjadi kesukaan kita untuk kegunaan orang lain. Hanya dengan cara tu kita dapat menguji bahawa amal dan usaha yang kita buat tu benar-benar ikhlas dan untuk Allah ataupun sebaliknya. Kalau ada rasa sedih masa buat amal tu, maka tahap / makam korban kita belum la lagi sempurna.


Apa pon, bukan nak cerita pasai korban atau nak ceramah. Nak dengaq ceramah pi la dengaq kat surau-surau ka.. kot radio ka.. tv kaa.. la ni banyak dah haih cara boleh mengaji agama. Tanda baguihnya kita kat Malaysia ni. Kadang-kadang kita ni belajaq macam2... tapi nak amalkan tu.. haih.. payah sunggoh. Ni nak cerita sikit la.. kan aritu aku ada habaq pasai phone aku yang lingkop tu kan? Jadi aku tengah dok cari replacement la lepaih tu (instead of Nokia yg aku beli tu). Raya Haji baru2 ni aku balik kampung la cam besa. Teruih pi selongkaq kotak2 ataih almari. Cari punya cari jumpa la telepon lama aku tu. Sony Ericsson W810i. Hehehe... bestnya rasa! Seminggu aku pakai tepon yang tadak ciri mcm kamera ka.. mp3 ka.. Alhamdulillah, seb baik boleh balik kampung dan ada plak yang lama tu masih elok tersimpan.

Aku pon pasang bateri. Macam besa, dia pon menyala elok ja.. pastu aku plugin la untuk recharge. Aku tgk mesej last skali ada dalam phone tu adalah bulan Jun 2008. Mesej last aku terima daripada brader Shahril Kem. Kewangan... Hehe.. tu masa kami pi kursus di INTURA dulu tuh. Belek punya belek mesej, memang menggamit memori betoi laaaa... Terjumpa plak mesej-mesej lama antara aku dan dia (kini takdak apa dah.. eh.. dulu pon takdak apa.. aku ja perasan lelebih kot...). Time tu rasa indah belaka. Tapi apakan daya, tepuk sebelah tangan mana nak berbunyi kan. Jadi aku amek keputusan untuk delete semua mesej yang ada dalam tu.. inbox, sent, outbox, saved dll.. semua clean habeh. Jadi terhapuslah sudah cebisan kenangan yang sedih untuk dikenang itu.. heheh... Test semua fungsi phone, ok semua jalan. Wallpaper phone muka naruto pon aku tukaq dah.. dulu dok gila naruto... la ni dah masuk 4-5 bulan dah tak layan naruto... dah tadak mood.. tu yang tukaq semua. Phone ni tadak la GPS ka Video Call ka.. tapi boleh la jugak.. sms senang nak taip.. menu senang nak capai.. pokoknya ok la.. syukur laa..

Ok, habeh bab phone. Ni bab ADSL Router plak... Kalu hampa ingat (kalu hampa dok baca blog ni dari dulu la..) aku penah post pasai kisah aku memula pasang streamyx & beli ADSL Router sendiri... tuh lebih kurang 3 thn lepaih (2006). Ni nak habaq mai kat hampa router aku tu dah hancusss.. dah kong dah... Punca dia aku pon tatau. Cam besa la.. aku nak layan tenet kat rumah ni.. jadi cucuk la LAN cable ke router tuh.. cucuk punya cucuk.. awat dia tak jalan ni... aku heran betoi.. sebulan lepaih aku balik dok boleh lagi... aku tanya adik aku... dia plak kata dah lama dah x bukak komputer.. sebab dia dok stadi ntuk SPM.. jadi logik la jugak.. tapi PC adik aku tu pun problem gak.. tiba2 time ujan.. PC tak on pon.. power tadak.. tgk2 bunyi plup! Bila on PC, teruih tak menyala apa... aihh... rasa2nya router aku pon kena skali kot time tu.. Ni nak masuk mgmt console dia pon x leh.. tp IP dpt.. tp x leh connect ke tenet.. on off... on off.. x bleh jugak...

Last skali pi check kat port dia... dulu penah skali, port no 2 x leh pakai.. dok menyala walaupun tak cucuk kat PC.. dok test2 port tu.. tgk port no 3 problem... cucuk ja dok blinking tak habeh2.. kat port lain ok plak (kecualu port no 2)... Ermmhh.. apa lagi.. konfem dah la router tu pon dah lingkop.. halai aihh pakai 3 tahun... Jadi malam tu gak aku pi beli router ADSL yang baru.. The Aztech DSL605EW ADSL2+ Wireless 4 Port Router.. hambek.. siap ada wireless troih.. sesuai la ngan aku pon dok pakai laptop tempat keja la ni.. dok bawak balik rumah.. malaih nak bukak gulung LAN cable tu.. alang-alang nak beli kan.. harga dia boleh tahan la jugak.... dengan fungsi ADSL Modem + Router + 4 Port Lan + Wireless AP + Setting mcm firewall, routing, dll.. harga RM 160++ tu kira ok la gak.. kalau nak dibanding yang aku beli thn 2006 tu.. RM 185++.. yang ni siap ada wireless lagi.. tu pon ada diskau sket.. hehe... bantai saja janji boleh dapat connection...

Haaa.. pasai GPS plak.. cerita dia la gu ni.. kan PC adik aku tu problem kan.. jadi aku pon pi la skali bawak adik aku hantaq PC dia kat kedai.. pi repair.. mula2 kami ingat nak repair sendiri.. sekali dah bukak x dapat cari punca... lepaih tu aku soh la adik aku pasang balik.. ya la kan.. dia kata sekolah dia ajaq pasang bukak PC ni.. aku pon yakin la.. aku plak bukan penah ada ilmu bukak pasang PC secara rasmi.. dok main bukak tutup ja dulu2... sekali dia pasang teruih fan pon tak jalan.. sebeblum ni fan jalan, cuma tak kuaq kat sistem ja.. BIOS pon x kuaq.. ni teruih fan x bunyi.. LED power pon tak menyala.. apa nak buat.. teruih hantaq pi kedai... jadi nak pendekkan cerita, kedai PC tu dekat dengan satu kedai aksesori keta.. aku pon pi la ushar GPS tengok.. sekali ushar takdak plak plak single GPS.. yg ada skali ngan TV + DVD.. nak buat apa gedabak camtu... x celuih masuk keta aku.. so pi la cari kat kedai lain.. kedai baru bukak.. tengok2 ada.. heheheh.. Survey punya survey satu berkenan di hati.. ya la... untuk menggantikan GPS lama yang dah lingkop pabila lingkopnya HTC aku tuh kan.. huuuuu... ermm so aku angkat la satu.. apa lagi.. baguih punya 4 in 1.. Garmin, MapKing, Papago dan apa tah lagi satu nama dia.. aku x berapa ingat. Harga dia boleh lah.. x yah cerita la tapi x sampai seribu.. hehehe.. so complete la gadjet aku.. Phone aku yang baru tapi lama tu + GPS Unit yg baru neh.. boleh di bawak ke mana-mana. Tak payah la nak cari henpon ada GPS lah.. itu lah.. ini lahh... pakai apa yg ada + lain-lain yang perlu saja... hehehe...

So ni la cerita aku.. sambung Cerita Aku yang lepaih dan skema.. hehe.. Nampak gaya kali ni betui punya ujian Allah nak uji aku.. lepaih satu benda rosak.. benda lain plak buat hal.. mungkin penghapusan dosa kot.. nak tengok aku ni sabaq ka dak kot.. Mudah-mudahan aku dapat tempuhi ujian semacam ini. Ditambah dengan beban gheja di pejabat... Adoihhh... memang sakit kepala. Orang tengok kita senyum.. depa ingat kita senang hati... depa ingat kita dok releks... tapi dalam hati ni sapa la yang tau.... Aku jenih tak zaherkan perasaan aku depan orang yang aku tak rapat.. tambah2 lagi bukan family.. mungkin sebab tu kot kadang-kadang orang ingat aku ni takdak masalah.. takdak beban.. so depa tambah beban.. huuuuuuuu......... tau la aku tak pernah "explode".... kalau boleh takmau.. sebab kalau aku tiba2 terjadi mcm tuh... huduuhhhhhh... mesti aku sendiri pon tamau tengok... Ok la.. sori la kalau aku ada salah dan silap noooo.. aku ni manusia macam hampa semua... kalu hampa paham aku, aku pon paham hampa... hampa tak paham? Aku lagi la tak pahammmm.. pahammmm..?

Wassalamualaikum

ps#1 : awat hampa heran? bahasa aku tak skema? mmuuahahaha...
ps#2 : 1 Disember 2009 genap ulang tahun perkahwinan ibu dan ayahku ke 25. Sayang mereka!!
ps#3 : Oiii.... 1 Disember jugak adalah ulangtahun blog aku ni setiap tahun... hahaha.. dah 6 Tahun dah.... dah lama dahhhh...... hehehhehee........
Selamat Ulang Tahun My Blog..... Teman ku dikala suka dan duka.. mmuahaha.. semua kuceritakan padamu... LOL.... :)