Skip to main content

Gobala oh Gobala....

Salam,

"Wamakaru wamakarallah.. wallahu khairul-makirin..."
( Klip ucapan Gobala di ceramah PAS )



Itulah antara ayat al-Quran yang keluar dari mulut Gobala Krishnan, seorang ahli Parlimen PKR di Kedah. Nampaknya di dalam ceramah tersebut Gobala dengan bersungguh-sungguh memuji Badrul Amin sebagai seorang ulama' yang sebenar. Di samping memetik ayat Ali-Imran seperti di atas, beliau turut memetik ayat "Laa ikra hafiddiin.." dalam ceramah yang mencerminkan "kepandaian" dan "kefahaman".

Hari ini dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia..

("Awang Selamat @ Mingguan Malaysia 4 Oktober 2009")
Apabila Gobala memetik ayat al-Quran...

Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen. Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan raya serta maklumat daripada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia banyak berpunca daripada budaya kekasaran yang sudah meresap kuat di kalangan sebahagian ahli dan penyokong tegar pembangkang.

Dengan kata lain, golongan tersebut akan menjadi begitu provokatif dan agresif setiap kali berkempen. Awang melihat ini angkara ketaksuban dan juga boleh ditafsir sebagai kerendahan budaya politik. Menang pilihan raya satu hal tetapi penilaian rakyat terhadap tingkah laku sesebuah parti politik ketika berkempen adalah hal yang akan menjadi pertimbangan utama. Selagi pembangkang mengamalkan budaya sedemikian, selagi itu ia terus merugikan mereka.

Sebab itu, Awang melihat pembangkang gagal mengekalkan momentum sokongan rakyat selepas pilihan raya umum lalu dan biarpun memenangi beberapa pilihan raya kecil. Dengan kata lain, tiada gelombang rasa teruja ke atas pembangkang yang sepatutnya boleh tercetus dengan sendirinya jika pembangkang lebih sederhana dan harmoni dalam pendekatan mereka. Akibatnya, sokongan kepada pembangkang bukan sahaja tidak meningkat malah merosot, yang juga disebabkan pelbagai isu kebelakangan ini.

Semalam, penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang di Port Dickson turut tegang sehingga ada pemimpin UMNO dikasari dan ditumbuk. (Mungkin sudah sampai masanya sistem penamaan calon yang ada termasuk perhimpunan diharamkan. Cukup sekadar calon dan wakilnya mendaftar kepada SPR dalam tempoh tertentu yang tidak semestinya serentak sebagaimana dilaksanakan di sebahagian negara).

Awang percaya sebahagian rakyat sudah muak dengan suasana tidak menyenangkan pada pilihan raya kecil meskipun proses itu terpaksa dilaksanakan atas tuntutan demokrasi.

Tetapi yang membuatkan Awang lebih meluat ialah trend pemimpin pembangkang bukan Islam yang ghairah menggunakan ayat al-Quran pada kempen pilihan raya. Kali ini, seorang pemimpin PKR, N. Gobalakrishnan membaca sepotong ayat suci itu ketika ceramahnya di Bagan Pinang malam semalam. Ramai kenal siapa Gobalakrishnan yang merupakan politikus yang suka membuat gimik murahan dan provokasi seperti menerpa untuk memanjat meja Speaker Dewan Rakyat dan membuat kecoh dengan cuba menumbuk polis pada pilihan raya kecil Permatang Pasir selain gemar berdemonstrasi liar.

Orang seperti beliau memetik ayat Ali Imran ayat 54 yang bermaksud, Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

... maka tidak syak lagi apa yang merimaskan Awang Selamat adalah benar.... kalau kita semak dalam tafsir Al-Quran...


"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. "


Maka tidak syak lagi ayat tersebut "kembali" kepada Gobala sendiri. Beliau menyebut ayat Quran tersebut dalam ceramah yang menghentam UMNO dan BN sedangkan ayat yang beliau baca tersebut dengan jelas menyatakan "orang-orang kafir" yang membuat tipu daya. Orang-orang kafir yang membuat tipu daya ini untuk perkara yang menguntungkan mereka i.e, demi politik mereka sanggup berpura2 sukakan Islam demi meraih undi orang Islam.

Jikalau benar gobala benar2 "faham" dan "lebih mengerti" Islam daripada UMNO seperti yang selalu dilaungkan oleh penyokong dan pimpinan PAS, kenapa sehingga hari ini beliau masih belum memeluk Islam? Dan setakat hari ini beliau masih lagi "orang kafir" dan ingatlah wahai penyokong PAS, ayat ali-Imran ayat 54 seperti yang dibacakan "al-fadil" gobala sendiri...

Fikir-fikirkan..

Wassalamualaikum.

p/s : Gobala ni MP tmpt aku ngundi...

Comments

  1. tapi macam ada potong potong la video tu tok. yang gobala ni sebut ayat quran ni, untuk support hujah apa... kawan nak tahu juga...

    ReplyDelete
  2. Hujah apa yang awak rasa Gobala nak support berdasarkan ayat al-quran tersebut?

    Apa jua hujah yang dia nak support, ayat itu khas ditujukan kepada umat Islam untuk mengingatkan tipu daya orang kafir kepada umat Islam.

    Amat malang ayat itu dibaca orang kafir sendiri untuk memburukkan orang Islam yang lain...

    Di mana keikhlasan Gobala bila sebut mengenai Quran dan Hadis dan ayat Quran... Bila menyebut Tuhan merancang dan mahu kita menentang pemerintah Zalim tapi dia masih belum menyembah "Tuhan"?

    Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah...

    ReplyDelete
  3. "Amat malang ayat itu dibaca orang kafir sendiri untuk memburukkan orang Islam yang lain..."

    tang mana ? sebab tu kawan nak tau... kot la dia tujukan pada orang kafir jughak kaa...

    ReplyDelete
  4. Pabila dalam ceramah beliau mengutuk UMNO dan BN, bukankah itu bermakna beliau turut memburukkan orang Islam yang lain? Dalam BN ada UMNO, 99.9% orang UMNO beragama Islam.

    Kalau iyapun dia kata dekat orang kafir lain, logik ke orang kafir pulak yang nak kena mengingatkan bahaya orang kafir melalui kalam suci Al-Quran...

    PAS sudah tidak ada penceramah ISLAM lain selain Gobala untuk membacakan ayat2 Al-Quran?

    Jujurlah kepada diri sendiri.. anda tahu kenapa Gobala mengulang ayat yang sama sejak sekian lama sedangkan 4 ayat mudah yang lain tidak beliau fahami...

    Katakanlah Allah itu satu
    Allah tempat pergantungan setiap makhluk
    Dia tidak beranak dan tidak pula diberanakkan
    Tiada sesuatu pun sekufu denganNya

    Setelah bertahun2 berceramah surah ali-Imran ayat 54, 4 baris kalam suci ni PAS tak ajar ke? Badrul Amin lupa atau buat2 lupa?

    Gobala, tunjukkan keikhlasanmu dalam memetik ayat al-Quran.. Ungkapkan 2 kalimah syahadah untuk mengakui apa yang selalu kamu katakan dalam ceramah politik kamu.

    Jangan kita lupa para orientalis barat jugak mengaku mereka lebih faham Al-Quran dari orang Islam yang lain, tetapi mereka gunakan pemahaman mereka itu untuk menyesatkan umat Islam yang lain.

    Inilah yang dilakukan oleh Gobala. Menggunakan ayat Al-Quran sekadar untuk mainan politik sahaja.

    Sekali lagi, jangan tipu diri anda sendiri untuk mengatakan ini bukan mainan politik dari Gobala.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan