Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Bajet 2010 : 1Malaysia, Kemakmuran Bersama

Salam, Seperti mana yang kita semua sedia maklum, semalam pada 23 Oktober 2009, Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak telah membentangkan Bajet untuk tahun 2010 bertemakan 1Malaysia : Kemakmuran Bersama . Secara keseluruhan, saya berpendapat : 1. Bajet yang dibentangkan kali ini adalah realistik dan cukup sederhana. Kepentingan rakyat nampaknya diutamakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Banyak inisiatif yang diambil untuk membantu golongan rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. 2. Bajet kali ini juga melihatkan strategi kerajaan untuk 'menggunakan' syarikat-syarikat swasta terutamanya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu merangsang ekonomi dan membantu dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra rakyat. Projek-projek pembekalan elektrik dan air umpamanya, kini terletak di bahu pihak swasta sebagai main enabler demi kesejahteraan rakyat. Dengan adanya projek-projek tersebut, maka ekonomi setempat di mana

Rakyat Didahulukan : Beras Percuma

Salam, Utusan Malaysia 13 Oktober 2009 melaporkan, Beras percuma setiap bulan Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan. Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14. Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang. Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu. Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini. KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan

ADIL bukan SAMA RATA

Salam, Jom baca apa yang PM kita cakap pada hari ini.. Petikan Utusan Online : Masyarakat India tidak terpinggir daripada pembangunan - Najib 10/10/2009 2:56pm SERDANG 10 Okt.— Masyarakat India di negara ini tidak akan terpinggir daripada sebarang pembangunan dan kemajuan yang diberikan oleh kerajaan kerana mereka adalah rakyat Malaysia yang akan sentiasa didahulukan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berucap pada majlis pelancaran parti Makkal Sakti Malaysia di sini hari ini, beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana dianugerahkan dengan pelbagai kekayaan dan masyarakat India seperti juga masyarakat lain di negara ini, turut menyumbang ke arah kekayaan itu. Katanya, kedatangan awal masyarakat India ke Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang getah dan terlibat secara langsung dalam pembinaan landasan kereta api telah banyak membantu ke arah pembangunan negara ini. " Oleh itu maka adalah adil bagi kita untuk memberi apa yang patut kita b

Gobala oh Gobala....

Salam, "Wamakaru wamakarallah.. wallahu khairul-makirin..." ( Klip ucapan Gobala di ceramah PAS ) Itulah antara ayat al-Quran yang keluar dari mulut Gobala Krishnan, seorang ahli Parlimen PKR di Kedah. Nampaknya di dalam ceramah tersebut Gobala dengan bersungguh-sungguh memuji Badrul Amin sebagai seorang ulama' yang sebenar. Di samping memetik ayat Ali-Imran seperti di atas, beliau turut memetik ayat "Laa ikra hafiddiin.." dalam ceramah yang mencerminkan "kepandaian" dan "kefahaman". Hari ini dalam ruangan bisik-bisik Awang Selamat Mingguan Malaysia.. (" Awang Selamat @ Mingguan Malaysia 4 Oktober 2009 ") Apabila Gobala memetik ayat al-Quran... Awang semak perut setiap kali berlangsung pilihan raya kecil. Kekasaran, ketegangan dan pergaduhan pasti akan berlaku sama ada ketika penamaan calon mahupun sepanjang tempoh kempen. Bukanlah Awang mahu memihak tetapi berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri mengikuti banyak pilihan ray

Bajet 2010 : Rakyat Didahulukan?

Salam Hari ini, agensi berita kebangsaan, BERNAMA melaporkan : PM Pelawa Rakyat Bagi Idea Dan Cadangan Untuk Bajet 2010 KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput rakyat memberikan idea dan cadangan untuk Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 23 Okt. "Digalakan oleh banyak respon dan komen, saya terima sebelum ini melalui laman web, sekali lagi saya minta cadangan anda minggu ini mengenai langkah-langkah dan insentif-insentif yang mungkin dimasukkan dalam bajet. "Cadangan hendaklah spesifik dan fokus mengenai bagaimana kita boleh bergerak untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan juga memberikan enam NKRA," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam blognya www.1malaysia.com.my. Bajet 2010 ialah bajet sulung Najib setelah beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada 3 April tahun ini. Mengenai ekonomi Malaysia, Najib berkata "kita telah jauh meninggalkan ekonomi yang bersand