Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Salam Merdeka ke -52 : Plastikkah kemerdekaan kita?

Salam

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British. Tengah malam 30 Ogos 1957 menyaksikan bendera Union Jack diturunkan dan lagu "God Save The Queen" sebagai lagu rasmi kali terakhir dimainkan di Tanah Melayu. Bermulanya awal pagi 31 Ogos 1957 itu, Bendera baru Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan, dan lagu Negaraku buat kali pertama di mainkan. Simboliknya acara ini, menandakan tamat pemerintahan British selama hampir seratus tahun yang membayangi pentadbiran negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang dijadikan tanah jajahan. Sekaligus, tanggal tarikh ini juga menandakan berakhirnya penjajahan bangsa asing sejak jatuhnya Melaka ke tangan asing pada tahun 1511. Hampir lima abad dijajah, samada secara terus ataupun secara bayangan, akhirnya bumi bertuah di Nusantara ini bebas dari belenggu kuasa asing yang selama itu telah banyak merompak hasil bumi dan menidakkan hak pribumi dalam mentadb…

Ramadhan yang bakal menjelang...

Salam
Kurang seminggu dari sekarang kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan biasanya disambut dengan perasaan yang gembira bercampur keinsafan. Pada bulan inilah, Allah SWT menguji umat Islam samada mereka mampu untuk menahan diri bukan sahaja dari lapar dan dahaga malah berjayakah mereka melawan hawa nafsu masing-masing.
Setiap dari kita harus muhasabah diri sendiri. Yang menulis ni pun sebenarnya mengaku, dalam masa dekat-dekat nak masuk Ramadhan ni pun, kita terus melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Memang susah kalau dah jadi kebiasaan. Sepatutnya kita menyambut Ramadhan dengan hati yang baik dan jiwa yang tenteram. Tetapi kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukan secara berterusan membuatkan hati menjadi tidak tenteram, jiwa menjadi kacau. Adakah sempat kita bertaubat sebelum masuknya bulan Ramadhan yang mulia ini? Sempatkah kita menikmati Ramadhan kali ini andainya ajal terlebih dahulu menjemput kita?
Aku berdoa kepada Allah, supaya diampunkan dosa-dos…

Petua Merawat H1N1?

Salam,

Baru dapat dari e-mel. Katanya petua untuk merawat jangkitan selsema babi yang sekarang ni lebih dikenali dengan jangkitan influenza H1N1. Keberkesanan petua ini belumlah terbukti secara saintifik tetapi boleh dijadikan sebagai usaha dan ikhtiar untuk menjalani rawatan.

Petua #1

Petua dibawah hanya ikhtiar kita saja...

Salam..... sy baru balik dari thailand . sy ke pulau temelang dan ban
tun.

apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema
H1N1.

bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

cara2nya

1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

Petua #2

Just another tip….........No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!


JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY
HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...w…

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

Salam

Hari ini, sekali lagi, Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menitahkan supaya Rakyat terutama Orang-orang Melayu mengingat kembali Wasiat Raja-Raja Melayu semasa di awal kemerdekaan negara kita ini. Wasiat tersebut adalah seperti laporan Utusan yang berikut :

7 wasiat raja Melayu

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk …