Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Bunga Tanjung

Salam Cakap banyak tamau, mai pakat layan lagu ni.... Bunga Tanjung Bunga tanjung putih berseri Kembang jelita harum baunya Gagah sungguh pohonmu berdiri Tegap rimbun gagah perkasa Harum jelita si bunga suci Idaman dara gadis rupawan Sangat sombongnya bungamu menari Melenggang-lenggok dihujung dahan Walaupun engkau si bunga tanjung Hiasan sanggul gadis rupawan Tiadalah kamu sangat beruntung Bagai melati Bagai melati dilembah sana Lihatlah senyuman kembang melati Disunting kelana hati... Di lembah sunyi Lihatlah pula bunga teratai Dijunjung musafir lambai melambai Sungguh nasibmu si bunga tanjung Bagai cahaya ditutup mendung Tiadalah tangan menyunting kamu Menunggu gugur di angin lalu Malang dudukmu di dahan tinggi Kini bertabur di atas bumi --- Ni Lagu lama, sedap sungguh chek dengaq. Sebab tu chek ingat chek nak share dekat hampa semua.. Hampa semua dengaq noo... nanti mana tau kot-kot hampa semua pi karaoke nanti boleh pi menyanyi lagu ni... jangan lupa lirik noooo... Wassalam.... p/

Manusia....

Salam Tadi masa lepas sembahyang jumaat, aku terpandang seseorang. Seseorang ini suatu masa dahulu gah. Beliau pada ketika itu dikelilingi ramai si pemakai baju hitam yang berambut pendek dan berbadan tegap. Ramai yang akan berebut-rebut menemuinya, berjabat tangan malah mencium tangannya. Hingga kadang-kadang sesak dan berasak-asak. Maklumlah, orang besar. Tetapi si baju-baju hitam tadilah yang akan mengawal keadaan. Tapi kini semua ini hanya tinggal kenangan. Tiada si pemakai baju hitam. Yang ada cuma 2-3 orang berbaju biasa, berdiri menunggu beliau menyelesaikan solat ba'diah jumaat. Sesekali para jemaah berbangsa asing yang berjalan melaluinya memandang beliau dan hanya berbisik sesama sendiri. Selesai solat, beliau berjalan keluar tanpa halangan dan kesesakan. Aku yang memerhati dari sebelah sisi sejak tadi menunggu di pintu. Aku menunggu di muka pintu. Tiba beliau melangkah dari pintu aku merapatinya lalu berjabat tangan dengannya. Mudah, cukup mudah. Tiada asakan dari sesiap

Konsep 1 Malaysia Bertunjangkan Perlembagaan Negara

Salam, Semalam, bertempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, berlangsung satu pertemuan antara 22 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan YAB Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia. Pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai 3 isu utama yang dipercayai menjadi satu kekeliruan bagi sesetengah pihak. Antara 3 isu yang dipercayai dibincangkan tersebut ialah konsep '1 Malaysia', Proses Liberalisasi beberapa sektor dan juga pembubaran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Agensi berita rasmi negara, BERNAMA melaporkan : Konsep 1Malaysia Bertunjang Kepada Perlembagaan Negara - Ibrahim Ali PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik mengambil alih kepimpinan negara akan terus bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan . Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri turut