Skip to main content

"Senang jer.. bubarkan saje DUN Perak tu.."

Salam..

Ramai diantara kita cakap, untuk selesaikan kemelut politik di Perak, cara yang mudah sekali ialah bubarkan DUN dan diadakan pilhanraya baru. Inilah yang diperkatakan oleh sahabat saya, saudara Syamsul di blognya dengan tajuk "Kemelut Perak: Antara Gila Merebut Kuasa & Penyelesaian" . Bukan saudara Syamsul sahaja berpendapat sedemikian malah ramai lagi yang berpendapat perkara yang sama dan mereka menyalahkan pihak Kerajaan dalam hal ini.

Saya terpanggil untuk memberikan pendapat peribadi saya mengenai hal ini di ruangan komen blog beliau itu. Di sini, saya salin semula komen saya tersebut.

#######################

Assalamualaikum Sahabatku yang dirahmati Allah.. semoga sihat hendaknya...

Kupasan saudara ada betulnya juga... tetapi mengenai saranan saudara bab pembubaran DUN, ini persoalan saya.

1. Pembubaran DUN bukanlah sekadar satu acara yang suka-suka sahaja. Terdapat peraturan-peraturan dan undang-undang yang terlibat dalam proses tersebut.

2. Dalam sistem yang diamalkan di kebanyakan negeri di Malaysia, pembubaran DUN akan diusulkan oleh Menteri Besar / Ketua Menteri dan kemudiannya haruslah mendapat perkenan Sultan @ Yang Di-Pertua Negeri.

3. Memanglah selalunya, mengikut konvensyen, Sultan @ YDP Negeri akan memperkenankan permintaan tersebut sbg contoh untuk membolehkan Pilihanraya Umum dijalankan serentak.

4. Tetapi ia tetap konvensyen dan undang-undang tetap undang-undang. Bagi sesetengah negeri, contohnya di Perak, Sultan mempunyai kuasa budi bicara untuk memperkenankan atau tidak memperkenankan pembubaran DUN.

5. Mari kita imbas kembali senario yang telah berlaku. Februari yang lalu, Speaker DUN Perak telah memaklumkan kepada SPR kononnya terdapat kekosongan di tiga DUN di Perak dengan berbuktikan surat perletakan jawatan adun-adun tersebut.

6. Namun, ADUN-ADUN tersebut, telah menafikan mereka meletak jawatan dan menjelaskan surat yang mereka tandatangani itu ialah 'akujanji' tanpa tarikh dan satu surat dikeluarkan kepada SPR untuk membatalkan surat pertama yang ditandatangani dengan unsur paksaan.

7. SPR, sebagai badan yang bertanggungjawab dalam mengisytiharkan kekosongan DUN dan pilihan raya, mengambil tindakan yang adil dengan menerima alasan yang diberikan oleh 3 ADUN tersbut yang menyatakan mereka tidak pernah berhasrat meletak jawatan sebagai ADUN. Natijahnya, tiada Pilihan Raya Kecil diadakan di sana.

8. Bertitik tolak dari itu, akhirnya, ketiga-tiga ADUN tersebut mengambil keputusuan untuk keluar dari parti masing-masing dan mengisytiharkan menjadi pihak BEBAS di dalam DUN. Manakala, seorang ADUN BN yang melompat ke PKR seminggu sebelum itu, turut sama rujuk kembalike BN. Perlu diingat, ketika itu, sidang Dewan belum pun lagi bermula.

9. DS Nizar sudah hampir pasti mengetahui bahawa ADUN-ADUN BEBAS tersebut akan menyokong BN di DUN kelak. Jika ini hakikatnya, maka beliau FAHAM dan TAHU bahawa beliau SUDAH kehilangan MAJORITI KEPERCAYAAN dari AHLI-AHLI DUN untuk menjadi MENTERI BESAR.

10. Oleh sebab itu, DS Nizar, sehari awal sebelum DS Najib mengadap Sultan Perak, telah menghadap Tuanku Sultan dan menyampaikan hasrat beliau supaya DUN Perak dibubarkan. Sudah tentunya Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak digunapakai oleh Nizar dalam permohonan ini.

11. Apa itu Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak (UUTP) ? Ia menyatakan :

"Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonnnya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu."

12. Apakah maksudnya? Sekiranya seorang MB telah tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli DUN, beliau hendaklah membubarkan majlis mesyuarat kerajaan negeri yang terdiri daripada dirinya sendiri sebagai Menteri Besar (ketua exco) serta ahli-ahli majlis (EXCO) yang lain, MELAINKAN, sekiranya beliau MEMOHON PERKENAN MEMBUBARKAN DUN dan DIBENARKAN SULTAN, maka DUN AKAN DIBUBARKAN.

13. Ini jelas menunjukkan, tindakan DS Nizar menghadap Sultan pada petang 4 Februari 2009 untuk memohon pembubaran DUN membuktikan beliau faham dan akur bahawasanya, beliau tidak lagi mendapat majoriti sokongan ahli dewan.

14. Tetapi kenapa Sultan bertitah supaya Nizar tunggu keesokan harinya untuk diberitahu semula? Kenapakah Sultan tidak membubarkan DUN seperti mana yang diminta oleh Nizar? Keesokan harinya, Sultan telah dimaklumkan oleh DS Najib, bahawa 3 ADUN BEBAS telah berikrar untuk menyokong BN. Dalam hal ini, Sultan menitahkan ketiga-tiga ADUN tersebut berjumpa sendiri dengan Tuanku untuk memastikan perkara ini, KERANA SEBELUM INI, Speaker memaklumkan mereka telah meletakkan jawatan.

15. Nizar dipanggil semula menghadap Sultan dan kali ini, Sultan, dengan mengikut perlembagaan dan undang-undang seperti Perkara 16(6) menitahkan Ds Nizar membubarkan Majlis Mesyuarat Negeri yang diketuainya seperti yang dibincangkan sebelum ini. Dalam menentukan pembubaran DUN tersebut, Sultan telah menggunakan KUASA BUDI BICARA Tuanku seperti termaktub dalam Perkara 18(2)(b) UUTP.

16. Apakah Perkara 18(2) UUTP? Ia menyatakan bahawa :

"Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu –
(a) Lantikan seorang Menteri Besar
(b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;"

17. Seterusnya, dengan Perkara 18(2) ini jugalah, beserta Perkara 16(2)(a), Perkara 16(7), Maka Sultan melantik Menteri Besar yang baru (Dr Zambry) untuk menerajui Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang juga baru ditubuhkan dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) yang baru juga dilantik.

18. Apa itu Perkara 16 (2)(a) ? Ia adalah :

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu."

19. Apa itu Perkara 16 (7) ? Ia adalah :

"Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Maha Mulia tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya." -- ["Fasal (6)" di sini merujuk kepada Perkara 16(6). Perkara ini menceritakan bahawa para EXCO hendaklah memegang jawatannya selama mana Sultan mempersetujuinya dan boleh meletak jawatan mengikut kemahuannya sendiri kecuali bila mana Perkara 16(6) terpakai yakni apablia Menteri Besar tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN dan ini memaksa Majlis Mesyuarat Negeri tersebut dibubarkan. -- Rujuk kembali Perkara 16(6)]

20. Yang menjadi pertikaian adalah 'kekelabuan' mengenai pentafsiran Perkara 16 (6) tersebut oleh sesetengah pihak. Antaranya ialah kerana "proses tidak mendapat majoriti kepercayaan" tersebut tidak berlaku semasa dalam persidangan dewan. Begitu juga dengan perkataan "hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan" -- perkataan "hendaklah" jika ditafsirkan membawa erti "mesti meletak jawatan" tetapi tidak pula dinyatakan dalam perkara itu sendiri jika ingkar melaksanakan perkara tersebut, apakah yg akan terjadi.

21. Mengenai "proses tidak mendapat majoriti kepercayaan" tersebut, ada pihak berhujah, ianya hendaklah berlaku semasa persidangan dewan. Tetapi, di dalam Perkara 16(6) tersebut tidak dinyatakan dengan jelas prosedurnya.

22. Tindakan Nizar sendiri yang menghadap Tuanku dan memohon perkenan pembubaran DUN tersebut, dilakukan semasa bukan persidangan dewan dan ini menunjukkan, beliau TAHU DAN MEMPERAKUI TELAH KEHILANGAN MAJORITI KEPERCAYAAN AHLI DEWAN DAN MENGGUNAKAN PERUNTUKAAN DALAM PERKARA 16(6) tersebut untuk membubarkan DUN. Jika dilihat, tiada pilihan lain lagi bagi Nizar untuk melepaskan jawatan kerana UUTP menyebutkan beliau harus meletakkan jawatan semua ahli majlis mesyurat kerajaan negeri termasuk dirinya sendiri sebagai ketuanya.

23. Apakah yang tersirat di dalam penjelasan saya mengenai 22 point di atas? Bukan mudah untuk meminta pembubaran DUN! Yang mempunyai kuasa untuk memperkenankan pembubaran DUN ialah Sultan, dan bukannya kerajaan memerintah. Walaupun secara konvensyennya, Sultan akan memperkenankan sebarang permintaan oleh kerajaan, tetapi pada satu ketika, Sultan telah menggunakan kuasa yang tersimpan untuk Tuanku itu untuk kepentingan negeri Tuanku sendiri.

24. Malang sekali, ramai antara kita tidak faham dan mula menyalahkan Kerajaan. Saranan pembubaran DUN disebut seolah-olah ianya amat mudah dan senang untuk dilaksanakan. Beginilah, sekiranya KERAJAAN BN sekarang ini mempersembahkan kepada DYMM Sultan Perak untuk pembubaran DUN, adakah jaminan bahawa Sultan akan memperkenankannya? Atas alasan apakah nanti yang hendak digunapakai untuk pembubaran DUN tersebut? Sekiranya Perkara 16(6) nak dijadikan alasan, sudah semestinya tidak logik kerana MB yang dilantik, Dr Zambry masih lagi mempunyai majoriti kepercayaan ADUN.

25. Tambahan pula, pilihanraya umum baru berlalu hanya setahun yang lepas dan Kerajaan BN yang kembali memegang kembali tampuk pemerintahan negeri Perak sudah pasti mahu membuktikan kebolehan mereka untuk mentadbir negeri dengan baik dan saksama. Apakah perlunya untuk pembubaran DUN lagi?

26. Apakah kerajaan pakatan pembangkang akan membuat perkara yang sama (membubarkan DUN) yakni semasa mereka mempunyai majoriti (walaupun majoriti mudah) sokongan ahli dewan untuk memerintah? Saya rasa tidak. Rujukan saya ialah kes di Kelantan tak lama dahulu dimana kerajaan PAS hanya mempunyai majoriti mudah 1 kerusi DUN sahaja dan masih memegang kuasa hingga tamat tempoh sesi DUN tersebut.

27. Saya mengakui saya adalah penyokong BN dan agak kecewa kerana ramai yang tidak faham peruntukan undang-undang dan menyalahkan BN dalam hal ini. Pembubaran DUN adalah hak Sultan untuk memperkenankan, bukan hak BN. Seandainya sejak sedari awal lagi Sultan mahukan, sudah tentu usul Nizar kepada Tuanku untuk pembubaran DUN akan diperkenankan.

28. Sekarang kita patut tanya, kenapa Sultan tidak merestui tindakan Nizar tersebut? Tidak mahu saya nyatakan, tapi saya bagi 'klu' untuk sama-sama kita cari dan fikirkan.

- 999 tahun...
- Siapa MB, siapa MB de-facto
- Saranan Mufti Perak tidak diendahkan.

29. Sultan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan hak-hak orang Melayu terjamin.

30. Sultan juga bertanggungjawab sebagai ketua dalam menjaga kesucian agama Islam di negeri masing-masing.

31. Mudahkan pembubaran DUN? Ya, mudah untuk berkata sahaja. Tetapi bagi yang terlibat, terutama di pihak KDYMM Tuanku, pasti ada rasionalnya untuk tidak membubarkan DUN dan merestui perubahan kerajaan di Perak ini.

Wassalamulaikum.

#######################

Mudah-mudahan anda dapat memahami sedikit sebanyak megenai kemelut di Perak melalui apa yang saya fahami. Andainya ada pembetulan atau sebarang persoalan, tinggalkanlah komen anda dan sama-sama kita bincangkan.

Wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m