Selamat Hari Ibu!!

Assalamualaikum,

Hari ini ialah hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Apa maksudnya? hari ini ialah hari ibu! "Mak, selamat hari ibu" -- perkataan yang telah aku ucapkan kat mak aku tadi pagi. Marilah kita sama-sama menyayangi ibu kita sepanjang masa sehingga akhir hayat kita kerana di telapak kaki ibulah terletaknya syurga. Berdoalah untuk kebahagiaan ibu kita setiap masa.

Mari kita hayati lagu P. Ramlee ini.

P Ramlee - Ibu



Dalam hati setiap manusia
Ada tempat istimewa
Penemannya kasih suci
Yang tidak ada bandingannya...

Kasih ini ku sembahkan padamu..
Sungguh murni dan bernilai
Andai kata kau tak ada..
Aku merasa tak bahagia....

Ibu.. ibu...
Engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka..
Engkau hiburkan selalu...

Ibu.. Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...
Tempat ku menyerah kasih..
Tiap waktu..

Betapa tidak kerna engkaulah
Yang menyinarkan hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu... Ibu...
Engkaulah ratu hatiku...
Kau tak dapat ku lupakan..
Wahai ibu....

Sayangilah ibu kita seadanya. Seandaiya mereka masih hidup, maka berbaktilah kepada mereka dengan sepenuhnya kerana kita tidak tahu mungkin kita tak dapat berjumpa mereka lagi -- samada mereka yang pergi dahulu atau kita yang dijemput terlebih dahulu. Sedekahkanlah surah Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita samada yang masih hidup mahupun yang telah tiada...

Saya Sayang Ibu!

Wassalamualaikum

Comments