Anak Bangsaku....

Salam...

Tadi, sewaktu aku pulang dari tempat kerja, aku tersempak dengan dua beradik.. Aku jangkakan, umur mereka ada dalam 7-8 tahun..

"Pakcik.. pakcik baru balik keja ke?"

"Ha'ah...", aku membalas sambil melemparkan senyuman.

Sambil melangkah masuk ke lif, si kecil bertanya lagi..

"Tingkat berapa pakcik?", sambil tangannya telah sedia menekan bebutang nombor lapan..

"Tingkat lapan", sekali lagi pendek balasanku..

"Pakcik tinggal di K09 berape pakcik?", masih bertanya lagi si kecil ni...

"Di K09-09...", ringkas dari aku, tapi penuh dengan senyuman..

"K09-09?... kat mane.." tampak mcm sudah bingung..

"Alah.. kau ni, bodoh la... tu pon tak tau ke..", sampuk si abang..

"Alah.. kau pon same..", balas kembali si peramah cilik itu..

Aku pon seakan tertarik lalu bertanya, "Adik beradik eh?"

"Ha'ah, pakcik, saye adik, dia abang...", balas si comel tu lagi, sambil memaut-maut bahu si abang dengan gaya seperti ingin berlawan.

Selepas itu aku melangkah keluar dengan penuh senyuman. Ternyata senda gurau dan ramah tamah kedua-kedua beradik itu membuatkan aku berasa sungguh bertuah hidup di Tanah Air Malaysia ini. Tak dapat ku bayangkan anak-anak kecil di Palestin yang mungkin sebaya dengan mereka kehilangan adik beradik masing-masing dek kerana peperangan. Keamanan adalah perkara yang terpenting dalam sesebuah negara. Tanpa keamanan, generasi muda akan datang tidak akan dapat membesar dan membina negara seperti yang kita idamkan.

Akan aku kisahkan, insya Allah, di blog ini, sejarah perjuangan Tanah Air dan pembinaan Negara Malaysia yang tercinta ini, agar kita sama-sama dapat mempertahankannya dari sebarang ancaman dan musuh yang ingin menghancurkan kita. Semoga Allah melindungi Tanah Air kita ini dan memelihara anak-anak bangsa supaya kita akan lebih berjaya di masa hadapan. Berdoalah!

Wassalam..

Comments

awanterbang said…
eeh, hang tak rasa TUA ka dgn panggilan PAKCIK tuh? ;)
Tokapi said…
terasa gak la... tp pikiaq2 balik, tgk hampa suma da dok kawen dah.. x lama lagi nk dpt anak... anak ampa mesti nak panggey aku pakcik gak.... hahahaha..

hentam sajala... pakcik pon pakcik la... dulu kecik2 pon aku hentam panggey org len pakcik jaa... hahahahaha......
awanterbang said…
hahaha tul gk tuh!!! hg pon mesti coming soon nye...