Thursday, February 26, 2009

"Bek Onlain"

Salam...

Hehehe..... helllooo everibodi.... ai em bek onlain!! sesudah lebih seminggu dioflainkan di rumah... maka hari ini rumah ini kembali onlain... hehehehe... apa dah jadi? takmau habaq... wakakakaka... walaupon begitu, di tempat keja aku yakni di 'Fox River', sekatan demi sekatan terus dijalankan... nak bukak apa2 pon x bleh... hehehe.. so terpaksa la aku mem'prisen brek'kan koneksyen opis aku tu... walopon berjaya lepas tapi tak syok la plak.. sbb nanti org seblah mai tanya.. pasai apa aku bleh onlain wai em tp dia x leh.. tak ke payah nak eksplen.. pastu pecah la nanti rahsia koneksyen ai yang di 'prisen brek' tu... mmuuuuuuahahahahahhaa...... tak syok la kan.... kalu onlain pon pakai mibo... tu pon windo fayerfoks tu kena resaiz jadi kecik dan kena minimaiz selalu.... mmmuuuahahahhahahhaaa.....

Tapi syukurlah! di rumah dah leh onlain mcm besa.. so x la aku asyik layan 'prisen brek' ja sampai sehari satu sezen (13 episod)... mmmuuuuuahahahhahahaa..... utang donlod pon dah bleh qodo.. hehehe... gud gudddd... ngeheheheee.. dan yang paling penting di 'fox river' takdak la nak kaver-kaver lagi dah... tunggu ja balek ghumah... hahahahaaa....

Ok la.. entri kali ni agak mengarot sket dan ejaan perosak bahasa... hehehe... harap-harap yu gais paham la wai kan... hehehehehe.... ok da da di di du du....

Wassalamualaikum..

p/s : aku tatau la camna.... 

Tuesday, February 17, 2009

The Road Not Taken

Assalamualaikum..

Kali ni ingat nak buat sikit kelainan dalam blog ni. Mulai hari ini, jom kita kumpul sedikit sebanyak puisi-puisi yang ada, yang mana pernah kita baca dan pernah kita dengar. Ini kerana, meneliti sesuatu puisi itu dapat merangsang minda untuk berfikir. Oleh kerana setiap manusia itu unik, maka penafsiran bagi setiap orang untuk sesuatu puisi juga berbeza. Inilah yang dikatakan "rambut sama hitam, hati dan fikiran lain-lain". Baiklah, puisi pertama yang akan menghiasi "sudut puisi" di sini ialah, sajak "The Road Not Taken", hasil karya Robert Frost. Seandainya anda masih ingat, sajak ini adalah salah satu sajak yang wajib dipelajari dalam subjek Bahasa Inggeris SPM, terutama sekali dalam komponen "English Literature" ketika itu. 

Puisi yang mengisahkan seorang pengembara yang berada di persimpangan dua jalan, satu jalan yang biasa dilalui, satu lagi jalan yang jarang digunakan. Di sinilah sajak ini bermula, menceritakan tentang membuat pilihan. Sama seperti kita dalam menjalani kehidupan, jalan manakah yang akan kita pilih? Adakah kita yakin tiada penyesalan bagi jalan yang kita pilih itu? Sesuatu untuk kita fikirkan bersama.

The Road Not Taken by Robert Frost

TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood 
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth; 

Then took the other, as just as fair
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same, 

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back. 

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
two roads diverged in a wood, and I -- 
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.




Ok, tu saja untuk sudut puisi kali ni... Puisi akan datang, mungkin sebuah puisi dalam bahasa ibunda, Bahasa Melayu..

Wassalamualaikum..

PS : Teringat masa zaman SPM (2001-2002) dulu.. buat 'assignment' pasal sajak ni... Puas googling time tu... haha... :P

Saturday, February 14, 2009

"Jangan Biadab!" -- Sultan Selangor

Assalamualaikum..

Seminggu kemelut di Perak, kita menyaksikan episod "biadab" sesetengah pemimpin politik kepada Sultan Perak masih berterusan. Datuk Seri Nizar Jamaluddin umpamanya masih engkar terhadap titah Sultan dengan menganggap dirinya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco Perak yang lalu masih lagi kerajaan yang sah. Tindakan beliau membawa kes ini ke mahkamah terang-terangan menunjukkan beliau ingin mencabar Sultan Perak. Walaupun beliau tidak ingin menyaman Sultan Perak secara "direct" seperti mana yang ingin dilakukan Karpal Singh, tetapi hakikatnya, memohon injunksi mahkamah supaya mengisytiharkan perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak itu tidak sah, jelas adalah satu cubaan ingin menafikan hak-hak dan kuasa mutlak Sultan Perak di negeri Perak sendiri. Dalam erti kata lain, beliau masih tetap menderhaka dan menentang Sultan dengan sikap keras kepala beliau.

Perkembangan inilah, yang mungkin menyebabkan Sultan Selangor sendiri, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Tuanku Sultan Perak tampil ke hadapan dan membela ayahanda saudara Tuanku sendiri. Sebagai Raja Melayu yang berdaulat, sudah tentu Tuanku mengambil iktibar akan kes di Perak ini kerana tidak mustahil ia boleh berlaku di negeri Selangor sendiri nanti. Berikut merupakan kenyataan KBDYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai isu ini.

KENYATAAN AKHBAR KHAS PENEGASAN TERHADAP PERGOLAKAN POLITIK YANG BERLAKU DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 

Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa pada beberapa gelagat biadab terhadap DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan beta. Perkara ini lebih-lebih lagi dirasai oleh beta kerana DYMM Paduka Seri Sultan Perak adalah ayahanda saudara beta. Malah, keluarga diraja kedua-dua buah negeri ini mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini. 

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah yang beta kenali adalah seorang tokoh yang tinggi ilmu serta pengalaman perkhidmatan perundangan dan kehakiman baginda, sesuai dengan kedudukan baginda sebelum ini sebagai mantan Ketua Hakim Negara. Baginda dan keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat jelata, sehinggakan kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan pada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit.

Apa yang kita dapat saksikan yang telah dan sedang berlaku semenjak minggu lalu di negeri Perak amat membimbangkan sesiapapun yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama. 

Kejahilan terhadap peruntukan undang-undang negeri dan persekutuan, ketaksuban terhadap pihak-pihak tertentu, kehilangan pertimbangan ketika emosi terganggu, keangkuhan yang membutakan diri terhadap hak dan kuasa DYMM Paduka Seri Sultan Perak, kebiadaban sebagai anak watan negeri Perak dan warga negara Malaysia serta mudahnya golongan-golongan tertentu terpedaya dengan budaya “mob" amat memalukan. 

Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, “barulah kita kenal siapa kaca siapa permata”. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang “marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar”.

Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita. Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa. 

Kegawatan ekonomi yang semakin meruncingkan di peringkat global dan serantau menuntut kita supaya memantapkan perpaduan sesama kita walaupun ada perbezaan pendirian. Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana. 

Kepada mereka yang telah berkali-kali mencabar hak, peranan serta kedudukan yang telah dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan, termasuk peranan institusi raja-raja, maka beta ingin menasihatkan supaya rakyat menggunakan pertimbangan dari akal fikiran yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajuan seterusnya. 

(DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ)
SULTAN SELANGOR

13 Februari 2009

Sumber : Utusan Malaysia

Mungkinkah selepas ini semakin ramai diantara KBDYMM Tuanku Raja-Raja Melayu yang lain akan bertitah? Mari kita saksikan selagi mana mereka ingin meneruskan kebiadaban dan derhaka kepada Sultan.

DAULAT TUANKU!

Wassalamualaikum...

Sunday, February 08, 2009

Kesetiaan Kepada Raja & Negara


Assalamualaikum,

RUKUN NEGARA

Sewaktu kecil dahulu, kita sering menatap Rukun Negara di belakang buku-buku latihan, selain daripada sifir Matematik. Seumpama sifir Matematik yang tercetak untuk memudahkan hafalan pelajar, tentunya ada tujuan Rukun Negara juga dicetak di situ. Bukan sekadar hiasan, ia adalah ideologi kebangsaan yang diwujudkan pada tahun 1970 an selepas detik getir peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Kewujudan Rukun Negara pada masa itu diharap dapat merapatkan kembali serta memulihkan semula hubungan antara kaum melalui prinsip-prinsip asas bagi setiap rakyat Malaysia. Dengan adanya prinsip-prinsip yang "common" diantara kaum, ia akan mengelakkan perbezaan fahaman yang ketara, terutama sekali dalam perkara-perkara asas bagi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Sudah tentunya, ia dicetak di buku-buku sekolah agar kita memahami dan menghayati akan prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya.

Teks Pengisytiharan Rukun Negara :
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar :
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Antara prinsip-prinsip seperti yang telah ditulis di atas, secara ringkasnya, prinsip yang pertama menunjukkan bahawa setiap daripada rakyat mesti mempercayai kewujudan Tuhan. Ini sekiranya dijustifikasikan, seorang atheist sebenarnya tidak layak untuk mengaku dirinya sebagai rakyat Malaysia. Prinsip kedua, seperti mana akan dijelaskan lanjut, adalah perakuan untuk terus setia kepada Raja-Raja Melayu dan Negara dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang. Yang ketiga, Perlembagaan Persekutuan hendaklah dihormati dalam apa jua urusan yang dijalankan supaya tidak timbul masalah dan konflik yang mungkin timbul dalam sesuatu keputusan. Undang-undang yang dikuatkuasakan perlu dipatuhi untuk menjamin keamanan -- prinsip keempat dan prinsip kelima mengkehendaki setiap rakyat berkelakuan sopan dan penuh adab demi menjaga maruah diri dan negara.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


Penerangan Prinsip "KESETIAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, danYang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.



Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Namun, beberapa hari kebelakangan ini, sudah ada pihak-pihak yang lantang ingin menderhaka kepada Sultan. Bagi mereka, apa yang penting adalah matlamat mereka tercapai tanpa menghiraukan lagi akibat dan konsekuensi yang akan timbul dari tindakan mereka. Jika anda melihat di kaca televisyen bagaimana perusuh-perusuh biadab dan membuat kacau di perkarangan istana, di alam maya juga tidak kurang hebat serangannya. Oleh kerana di alam maya agak sukar untuk mengesan siapa yang bersuara, maka dengan lebih biadab dan kurang ajar mereka mengutuk, mencaci dan menghina Sultan kerana keputusan Sultan tidak memihak kepada mereka. Apa sudah jadi kepada mereka? Tidakkah mereka membaca Rukun Negara dan faham prinsip kedua tersebut? Mungkin mereka ini tidak bersekolah, buta huruf atau ada penyakit susah nak faham agaknya.

Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah rasional dalam membuat pertimbangan sebelum menghamburkan kata-kata kesat serta caci maki kepada Raja-Raja Melayu. Seandainya kalian tidak bersetuju, gunalah saluran yang betul dan beradab. Perlu diingatkan bagi mereka yang menulis secara kurang ajar di alam siber ini, TANAH INI TANAH MELAYU yang ditadbir Raja-Raja Melayu asalnya. Jangan cuba untuk memprovokasi orang-orang Melayu dengan merendah-rendahkan martabat Sultan. Sebagai contoh, Karpal Singh keparat, yang tanpa segan silu ingin menyaman KBDYMM Tuanku Sultan Perak. Beliau juga sebelum itu dengan angkuh "menegur Sultan" akan hak-hak baginda dalam pemerintahan. Apakah beliau lupa apa yang berlaku pada tahun 1969? Ingatlah, kehadiran kita semua di bumi bertuah Malaysia ini adalah untuk hidup bersama saling hormat menghormati. Tolong hormati Raja-Raja kami, dan kami akan menghormati hak-hak kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mematuhi prinsip kedua Rukun Negara ini, bersiap sedialah kamu untuk menerima padah atau keluar sahaja dari bumi bertuah Malaysia ini.

DAULAT TUANKU!


Wassalamualaikum

Saturday, February 07, 2009

Perak : Apa yang dipertahankan?

Assalamualaikum,

Rata-rata kita telah mengetahui apa yang telah terjadi semalam di Perak. Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah diberi perkenan dan dilantik oleh KBDYMM Sri Sultan Perak untuk menjadi Menteri Besar yang baru. Perlantikan ini adalah sah mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang mana menyatakan bahawa Sultan dengan kuasa yang ada pada budi bicara Tuanku berhak untuk melantik seorang Menteri Besar yang mendapat majoriti kepercayaan Ahli Undangan Negeri.

Tetapi malangnya, episod derhaka menderhakai juga berulang semalam. Bermula dengan kemunafikan Nizar Jamaluddin yang memungkiri janjinya, ia diikuti kenyataan oleh Anwar Ibrahim dan Karpal Singh yang mahu mengheret seorang bekas Ketua Hakim Negara yang tahu selok belok perundangan, apatah lagi perundangan negeri Tuanku sendiri. Tindakan biadab Nizar yang "mohon derhaka" kepada Sultan, boleh dianggap sebagai mencabar kedaulatan dan hak-hak Sultan di dalam negeri baginda sendiri. Ini bercanggah dengan kenyataan beliau sendiri yang bersedia menerima apa jua keputusan Tuanku dan akan menganggapnya adil. Ia termuat dalam Harakah (4 Februari 2009) edisi online seperti berikut

"Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan atau lain-lain keputusan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih,"jelasnya lagi.

Katanya, ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.

"Rakyat jangan bimbang dan diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.

"Apa-apa pun tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil,"tambahnya.

Sumber : HarakahDaily.net

Tapi apakah yang telah terjadi semalam? Adakah tiba-tiba keputusan yang pada mulanya dikatakan pada tangan Tuanku tiba-tiba tidak lagi hak kuasa Tuanku? Kenapa pada mulanya Nizar sanggup menerima apa jua keputusan Tuanku  yang dianggap "adil" dan memenuhi kehendak perundangan tetapi selepas kejadian semalam, beliau mengatakan keputusan itu menyalahi undang-undang? Apakah ini semua? Kenapa Nizar boleh pusing 360 darjah? Siapa yang telah menghasut beliau? Faham-fahamlah sendiri siapa dibelakang suara Nizar..

Semalam menyaksikan beberapa "pejuang berani mati" merempuh Istana Iskandariah dan tergolek-golek di tengah jalan seumpama lembu-lembu yang berkeliaran di tengah jalan tanpa mengendahkan kenderaan yang lalu lalang.

Apakah yang mereka pertahankan sehingga sanggup menjadi "lembu" di jalanan? Apakah yang dipertahankan itu sebuah "Kerajaan Islam"? Mari kita lihat "Kerajaan Islam" tersebut. Berikut merupakan senarai Exco yang dilantik kerajaan Pakatan selepas memenangi pilihanraya di Perak Mac tahun lepas.

1. Ngeh Koo Ham (Adun Sitiawan): Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2. Nga Kor Ming (Pantai Remis): Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam.

3. A. Sivanesan (Sungkai): Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

4. Seah Leong Peng (Pasir Bedamar): Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan.

5. Chen Fook Chye (Keranji): Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna.

6. Su Keong Siong (Pasir Pinji): Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Komunikasi.

7. Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pertanian dan Perdagangan.

8. Tai Sing Ng (Kuala Sepetang): Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Penerangan.

9.Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering): Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

10. Mohd Zainuddin Mohd Yusof (Lubuk Merbau): Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan.

Hanya ada 3 orang EXCO Melayu beragama Islam dengan portfolio yang hanya "sipi-sipi" sahaja. Apakah ini yang ingin dipertahankan? Sesungguhnya barisan exco yang dilihat ini adalah hasil daripada sikap angkuh PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan BN (UMNO) yang memenangi lebih banyak kerusi berbanding DAP, PAS dan PKR sendiri seandainya tiada pakatan dibuat antara ketiganya. PAS sebenarnya boleh bekerjasama dengan UMNO sejak sedari awal lagi untuk menubuhkan sebuah kerajaan Melayu-Islam yang kuat di Perak. Ini seperti mana saranan dan perakuan oleh Mufti Perak sendiri, Datuk Seri Harussani Zakaria 

Mufti Perak akui saran kerjasama PAS-UMNO 
Jimadie Shah Othman | Oct 10, 08 5:57pm 

Mufti Perak mengakui mengadakan pertemuan empat mata dengan Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencadangkan penubuhan kerajaan campuran antara UMNO dan PAS di negeri itu. 

Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam. 

“PAS kalau campur dengan UMNO lagi bagus. UMNO ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.

Sumber : Malaysiakini

Hakikatnya, apa yang dibalas oleh Nik Aziz ialah beliau hanya Mursyidul Am sahaja dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Baca selanjutnya pada pautan sumber di Malaysiakini. PAS, PKR dan DAP pada dasarnya bukanlah sebuah parti seperti BN. Mereka bertanding menggunakan lambang yang berlainan dan hanya mewujudkan "PAKATAN" setelah pilihanraya berlangsung. Ini bermaknya, PAS, DAP dan PKR menang sebagai parti yang berasingan tetapi telah bersetuju untuk membentuk kerajaan dengan bersama-sama memberi sokongan untuk melantik seorang Menteri Besar yang baru. Oleh kerana ketika itu mereka mempunyai majoriti, maka KBDYMM Tuanku Sultan Perak telah memperkenankan calon Menteri Besar dari pihak PAKATAN tersebut untuk dilantik ke jawatan itu. Seandainya undang-undang tidak menyatakan sedemikian dan menyatakan parti yang terbanyak sekali memenangi kerusi undangan negeri yang layak membentuk kerajaan, sudah tentunya BN lebih berhak menjadi kerajaan. Apa yang boleh terjadi selepas 8 Mac tersebut, ialah pakatan antara BN dan PAS, tetapi PAS menolak kerana angkuh dan sombong terhadap kemenangannya.

Semenjak kerajaan PAKATAN tersebut memerintah di Perak, mereka telah banyak melukakan hati dan perasaan orang Melayu-Islam. Mereka juga dilihat telah beberapa kali membelakangi kuasa Sultan Perak sendiri. Bermula dengan isu penukaran pengarah JAIP  tanpa merujuk Sultan,  Karpal Singh pula berlagak seolah-olah hero dengan mengingatkan sultan kononnya terdapat had-had kuasa sultan. Begitu juga isu seperti usul ingin menukarkan status tanah pajakan Kampung Baru di perak untuk menjadi milikan kekal serta usul pajakan tanah untuk dilanjutkan dari 99 tahun ke 999 tahun di Kampung Baru. Usul-usul ini jelas sekali merugikan umat Islam dan Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri-negeri sudah tentu tidak akan membiarkan perkara ini berterusan. Inilah 10 bulan yang malang bagi Umat Islam di Perak. Sudah tentu Sultan tidak boleh menerima lagi sebuah kerajaan boneka di mana Menteri Besar yang DILANTIK atas PERKENAN SULTAN tidak mengawal barisan exconya sendiri.

Ini jualah yang dipertahankan oleh "pejuang berani mati" semalam. Mereka sanggup bergolek-golek di jalanan demi mempertahankan kerajaan yang membelakangi Ulil Amri (Sultan), yang menggadai maruah dan hakmilik umat Islam serta kerajaan yang munafik dan hipokrit. Berbaloikah mati untuk kerajaan yang menolak kerjasama antara umat Islam kerana sifat angkuh dan riak? Anda fikirkan sendiri. Anda boleh membaca lagi banyak rentetan-rentetan yang menyebabkan Sultan Perak tidak menerima nasihat Nizar untuk membubarkan DUN di Forum MyKMU.net

Dengan ini, saya mengharapkan, masyarakat yang menghina dan mencaci Sultan segera menghentikan perbuatan anda. Anda sebenarnya telah terpengaruh dengan anasir luar yang ingin memberikan impresi negatif terhadap sistem beraja yang telah berjaya kita pertahankan sejak beratus-ratus tahun lampau. Tindakan anda yang biadab, angkuh dan menderhaka kepada Sultan bakal menyebabkan sistem payung rakyat oleh Raja-raja Melayu akan tumbang dan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal pada Melayu. Melayu itu dipayungi oleh Raja-Raja yang berdaulat. Raja-Raja simbol kekuatan Umat Islam di Timur. Jangan jadikan Malaysia seperti Singapura atau Indonesia yang mana raja-raja di sana tiada lagi dihiraukan.

DAULAT TUANKU!

Wassalamualaikum..

Friday, February 06, 2009

Perak : Siapa yang berkuasa?

Assalamualaikum..

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاء وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاء وَتُعِزُّ مَن تَشَاء وَتُذِلُّ مَن تَشَاء بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

[26] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali-Imraan, ayat 26)

Wassalamualaikum.. :)

p/s : Antara 2 kemudharatan.. ada hikmah disebalik kejadian..

Sunday, February 01, 2009

Rasa Sayang...

Salam..

Semasa di bangku sekolah dahulu, saya pernah menyaksikan sebuah rancangan di kaca TV mengenai lagu-lagu Hindustan. Seingat saya, sewaktu itu saya boleh dikatakan meminati lagu-lagu berirama Hindustan. Mungkin kerana pengaruh keluarga yang boleh dikatakan menggemari lagu-lagu Hindustan, terutama lagu-lagu yang dimainkan dalam filem pada tahun 60an. Dalam satu episod, rancangan tersebut menyiarkan sebuah video klip filem Hindustan tahun 60an, menyanyikan lagu yang hampir semua daripada kita tahu, "Rasa sayang eh, rasa sayang-sayang eh..". Lagu tersebut muncul dalam filem Hindustan "Singapore" dan dibintangi oleh hero Hindustan yang tidak asing lagi waktu itu, Shammi Kapoor.

Sewaktu itu seakan tidak percaya, saya berasa sedikit bangga kerana lagu di sebelah Nusantara juga boleh diambil dan disadur kembali oleh mereka di benua kecil India. Benar, banyak juga lagu-lagu Nusantara ini adalah saduran dari India tetapi bukankah ini bermakna hubungan yang terjalin sejak dahulu lagi antara bangsa-bangsa yang ada di dunia ini sungguh unik? Kita adalah saling lengkap melengkapi. Andainya ada yang kurang di satu pihak, pihak yang lain dapat membantu untuk melengkapi satu sama lain. Begitulah aturan dunia, tidak diciptakan manusia ini berbangsa-bangsa supaya mereka dapat berkenalan dan beramah mesra antara satu sama lain. Kenapa kita harus bersengketa seandainya kita saling memerlukan? Di dalam negara bertuah Malaysia ini, kita seharusnya tanpa mengira bangsa saling hormat menghormati dan memelihara kerukunan dan kedamaian yang telah dikecapi selama ini.

Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang paling majmuk di dunia. Tanggapan ini adalah benar kerana di Malaysia, budaya kita telah berintegrasi dengan baik sekali antara kaum. Makanan seperti roti canai, nasi, mee goreng dan seumpamanya adalah kegemaran semua rakyat Malaysia. Penggunaan pakaian umpamanya, tidak lagi dipengaruhi oleh bangsa dan keturunan. Yang Melayu memakai cheongsam, yang Cina memakai sari, yang India memakai baju kurung. Begitulah juga sama dengan masyarakat berbilang suku di Sabah & Sarawak. Kita telah berjaya merapatkan jurang yang ada melalui proses integrasi budaya tanpa perlu mengorbankan hak dan prinsip masing-masing. Kenapakah kita tidak boleh meneruskan semua ini? Kenapa ada pihak yang cuba bermain api dengan ingin memutarbelitkan fakta dan membuat tuduhan serta andaian yang tidak berasas?

Jikalau nak diikutkan sejarah, Perdana Menteri Malaysia sehingga ke hari ini, kesemuanya mewakili komposisi rakyat Malaysia. Tunku Abdul Rahman berdarah campuran Siam, Tun Abdul Razak berdarah Bugis, Tun Hussein Onn berdarah campuran Turki (dari sebelah datuknya), Tun Mahathir berdarah campuran India dan yang terakhir setakat ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berdarah campuran Cina (dari sebelah ibunya). Bukankah ini sesuatu yang cantik dan menggambarkan bahawa betapa berintegrasinya kita di bumi bertuah ini? Hanya satu saja persamaan yang menyatukan antara mereka, yakni Islam.

Sebagai penutup, saksikanlah video klip "Rasa Sayang" ini, buat tatapan kita sebagai hiburan dan sebagai satu bahan untuk kita berfikir akan hubungan sesama kita di Malaysia hari ini. Lagu ini bukan milik Indonesia, bukan milik Malaysia, tetapi ia milik seluruh dunia kerana mesej kasih dan sayang yang dibawa olehnya. Tiada apa yang lebih berharga daripada rasa kasih dan sayang sesama manusia demi keamanan sejagat..

Wassalam...

*Selamat bercuti bagi mereka yang bekerja di Wilayah-wilayah Persekutuan!! :)