Skip to main content

Palestin : Kembalikan Kerajaan Bersatu!

Assalamualaikum,

Umum mengetahui Kerajaan Palestin Bersatu terbentuk pada Mac 2007 adalah gabungan daripada parti HAMAS dan Fatah. Pembentukan kerajaan yang bersatu ini diketuai oleh Ismail Haniyeh, seorang pemimpin dari kalangan HAMAS. Namun, atas sebab-sebab yang diterangkan seperti post sebelum ini, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah mengisytiharkan darurat lalu menyingkirkan Ismail Haniyeh yang dilantik selepas proses demokrasi dan menggantikan beliau dengan Perdana Menteri yang baru dari Third Way, Salam Fayyad. Ini ditolak oleh HAMAS dan sekaligus menyebabkan wujudnya satu pemerintahan terasing di Gaza dan satu pemerintahan baru berdasarkan darurat di Tebing Barat. Wujudnya 2 pemerintahan ini bakal menyaksikan kegembiraan Israel dan sekutunya yang lain kerana mereka benci akan kerajaan HAMAS, yakni yang dipilih oleh majoriti penduduk Palestin. Israel dan Barat lebih suka kepada kerajaan pimpinan Salam Fayyad yang lebih liberal kerana kebencian mereka kepada HAMAS yang lebih cenderung ke arah pembentukan negara Islam.

Kerajaan Bersatu Palestin (HAMAS-Fatah) pada Mac 2007

Seperti yang dapat kita lihat di atas, jelas sekali pembentukan kerajaan yang dibuat adalah berdasarkan permuafakatan yang tinggi, dimana Perdana Menteri adalah dari HAMAS, manakala Timbalan Perdana Menteri dari Fatah. Kebanyakan jawatan menteri kabinet pula adalah kepada ahli parlimen HAMAS, sesuai dengan bilangan kerusi yang dimenangi oleh HAMAS. Inilah yang amat digeruni oleh Israel dan sekutu kuat mereka. Imej HAMAS sebagai organisasi pejuang Islam menjadikan mereka tidak senang duduk, memikirkan usaha mereka yang selama ini mudah dalam menundukkan kerajaan Palestin untuk mengikuti apa sahaja kemahuan mereka dalam pelan damai. Kini perpecahan yang terjadi dengan tindakan Mahmoud Abbas yang melulu dan melampau, menyebabkan Israel semakin berleluasa dan mengambil kesempatan membedil Gaza dengan alasan kerajaan HAMAS di sana tidak sah. Mereka beralasan juga untuk menghapuskan "pengganas" di Gaza dan menyokong kerajaan "darurat" pimpinan Mahmoud Abbas yang sedia menurut kemahuan mereka dalam proses damai.

Secara logiknya, sekiranya dasar demokrasi yang dipegang oleh dunia Barat terutama Amerika Syarikat, sudah tentulah mereka menghormati suara hati rakyat Palestin yang telah memilih HAMAS sebagai majoriti perwakilan mereka di Parlimen Palestin. Tetapi malangnya, Amerika Syarikat dan Israel memiliki sikap "double-standard" dalam hal ini dan boleh dikatakan mencampuri urusan negara lain. Mereka telah mengecop HAMAS sebagai pengganas dan ini sudah tentunya memberi tekanan kepada kerajaan Palestin sedia ada pimpinan Mahmoud Abbas ketika itu yang mana dalam proses damai. Kerajaan HAMAS berpendirian bahawa negara Palestin ialah keseluruhan Palestin tanpa adanya Israel, manakala dalam proses damai sebelum itu, pihak berkuasa Palestin sedia berkrompomi dengan kewujudan sebuah negara Israel. Namun ada juga sumber yang menyatakan, kerajaan HAMAS sedia untuk menerima sebuah kerajaan Palestin dan Israel seperi mana cadangan PBB pada 1947, tetapi sepeti mana kita tahu, ini adalah sukar. Bagi HAMAS, mereka lebih gemar akan keadaan sebelum pendudukan British, yakni sebuah Negara Palestin yang bebas dan aman dengan masyarakat terdiri daripada orang-orang Islam sebagai peneraju, serta Kristian dan Yahudi menjadi warganegaranya.

Apa pun, kita berharap kedamaian yang dicari selama ini oleh rakyat Palestin akan dicapai. Dan kita yakin dan pasti, semua ini hanya akan dapat dikecapi sekiranya umat Islam bersatu padu, terutamanya negara-negara Arab. Mereka harus memikirkan nasib rakan sebangsa seagama di Palestin dengan mengambil pendirian tegas terhadap Israel dan Amerika Syarikat dan mengetepikan kepentingan peribadi terutamanya dalam soal keuntungan. Begitu jua OIC, sepatutnya sudah lama wujudnya satu badan pertahanan OIC yang berperanan seperti NATO ataupun Pasukan Pengaman PBB. Sekurang-kurangnya, dapat menyelesaikan pertelingkahan bersenjata antara HAMAS dan Fatah melalui Tentera Pengaman OIC ini. Dan yang paling penting ialah untuk mewujudkan sebuah Kerajaan Palestin Bersatu seperti mana yang pernah wujud pada Mac 2007 tersebut. Hanya dengan bersatu kita dapat melawan musuh yang durjana.

Wassalamualaikum..

p/s : Sekiranya anda dapati ada kesalahan maklumat dan fakta dalam tulisan di atas, silakan memberi komen dan kita akan berbincang demi kebaikan dan percambahan fikiran.. tq.

Comments

  1. Keep Up The Good writing bro!...
    Very Informative article ..

    Selamatkan Palestin walaupun dengan apa cara sekalipun sedaya yang kita termampu ... Cuba jauhi agen Yahudi yang sudah bertapak di Malaysia (kini menjadi pemimpin Agung dalam sebuah parti) ...

    Jahannamkan Yahudi dan agennya!

    AloQStaQ
    http://www.KMU.net.my
    http://AloQStaQBlog.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m