Salam Tahun Baru Hijrah 1430


Assalamualaikum..

29 Disember 2008 adalah bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah. Ini bermakna sudah 1430 tahun di mana penyatuan satu umat di bawah satu pegangan tauhid dan ia disertai dengan semangat kekeluargaan yang amat kuat. Inilah penyatuan yang pertama umat Islam, di kalangan muhajirin dan ansar, penyatuan yang melangkaui batas usia dan tempat asal, tanpa mengira dari suku mana pun antara mereka. Andaikata pihak Ansar tidak menerima hijrah Rasulullah SAW dan para Muhajirin yang lain, sudah tentu kita umat Islam sekarang ini tidak dapat merasakan nikmat Iman dan Islam yang dirintis 1430 tahun yang lampau. Dari dengan itu, marilah kita mengambil iktibar kisah antara muhajirin dan saudara mereka ansar yang menerima mereka dan sanggup berkorban demi saudara seagama yang lain kerana mereka  tahu akan ganjarannya yang amat besar di hari kemudian kelak. Sekiranya antara kita ada yang berselisih, maka berdamailah kerana perdamaian sesama Islam itu lebih mulia daripada pergaduhan yang tiada penghujungnya!


Hijrah itu pengorbanan!

Hijrah itu perjuangan!

Hijrah itu persaudaraan!

Hijrah membentuk perpaduan!


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1430 HIJRAH



"MENJANA UMMAH GEMILANG"

Wassalamualaikum..

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017