Skip to main content

Sudah jauh daku mencari...

Assalamualaikum..

"Sudah jauh daku mencari.." merupakan bait awal sebuah lagu klasik yang sering diputarkan di Klasik Nasional. Buat pengetahuan semua, semenjak kebelakangan ni, aku lebih gemar mendengar radio Klasik Nasional, "Segalanya di sini menggamit memori..". Aku sendiri pun tidak tahu sebab apa jadi macam tu. Mungkin jiwa aku sekarang ni memerlukan lagu-lagu zaman klasik yang agak slow dan mendayu.. mungkin jugak ianya salah satu cara untuk aku berasa dekat dengan keluarga (ibu dan ayah aku minat lagu-lagu lama, klasik & 60 an) ataupun memang aku saja nak tukar angin, al-maklumlah, aku ni peminat lagu yang universal. Ikut mood, kadang-kadang masuk lagu rock, kadang-kadang nasyid, kadang-kadang lagu klasik. Pokoknya, mana yang 'masyuk' di hati masa tu, itulah yang aku suka dengaq...

Tapi aku bukan nak mengomel pasal tabiat aku dan genre muzik yang aku minat. Aku nak berkongsi lah satu 'maklumat ringkas' mengenai bait lagu di atas. Lagu tersebut merupakan lagu nyanyian R. Ismail yang dinamakan 'Nasib Malang' sebab pada akhir lagu tersebut ada bait, 'aduhai nasib ku yang malang'. 'Nasib Malang' merupakan lagu yang dimuatkan dalam sebuah filem era 60an, 'Jula Juli Bintang Tujuh', yang jugak diadaptasi dari teater bangsawan. Dalam cerita tersebut, lagu ini dinyanyikan oleh Nordin Ahmad yang memegang watak Putera Mahkota yang sangat ingin bertemu dengan tujuh orang Puteri dari kayangan. Namun beliau agak hampa kerana dah sampai ke kayangan setelah bersusah payah, tapi tak dapat jumpa lagi dengan puteri-puteri tersebut. Nak tahu lanjut cerita ni kena la tengok filemnya.

Berbalik kepada soal lagu, ada beberapa versi yang aku jumpa. Yang pertama, versi dari dalam filem, nyanyian R. Ismail. Versi kedua, tahun 80 an, nynayian Eddynor Ali dari kumpulan Kalibers dan versi ketiga, zaman sekarang nyanyian Elfie Ismail, anak kepada penyanyi asal, R. Ismail. Mari kita nikmati setiap versi tersebut beserta lirik.

1. Versi R. Ismail



Sudah jauh daku mencari... 
Ku tinggalkan takhta dan negeri... (2x)

Dahaga rindu tidak terperi-peri.. 
Hendak bertemu dinda, tujuh puteri (2x)

Aduhai nasib ku yang malang...

Tapi malang kecewa yang datang... 
Tak disangka cinta ku masih terhalang... (2x)

Sudahlah dapat tempat yang dikenang-kenang.. 
Tetapi dinda masih belum dapat dipandang.. (2x)

Aduhai nasih ku yang malang...



2. Versi Kalibers (Eddynor Ali)



Sudah jauh daku mencari..
Ku tinggalkan desa dan negeri

Dahaga rindu, tidak terperi-peri.. 
Hendak bertemu dinda, pujaan hati... (2x)

Aduhai nasib ku yang malang...

Hati rindu setiap hari..
ku kenangkan puspita dewi..

Dahaga rindu tidak terperi-peri..
Hendak bertemu dinda, pujaan hati (2x)

Aduhai nasib ku yang malang...

Dahaga rindu tidak terperi-peri.. 
Hendak bertemu dinda, pujaan hati (2x)

Sudah jauh oh, daku mencari...
Ku tingggalkan desa dan negeri....

Dahaga rindu tidak terperi-peri..
Hendak bertemu dinda pujaan hati...(2x)

Aduhai nasib ku yang malang...

3. Versi Elfie Ismail



lirik sama seperti nyanyian asal ayahanda beliau, tetapi terdapat perubahan pada :

Hendak bertemu dinda, tujuh puteri       -- >   Hendak bertemu dinda, tuan puteri  

...serta lagunya lebih pendek...



Secara umumnya, aku minat ketiga-tiga versi. Setiap versi adalah unik dan melambangkan perkembangan dan 'trend' muzik dalam setiap zaman masing-masing. Kalau kita perhatikan, versi 80 an mempunyai sedikit perubahan lirik yang agak ketara. Penggubah lirik tersebut telah mengubah 'jalan cerita' supaya tidak menjadi seperti di dalam filem, tetapi maksud lagunya tetap sama : kekecewaan yang dimanifestasikan sebagai nasib yang malang. Dari situ mungkin 'Nasib Malang' dijadikan tajuk lagu tersebut.

Apa pun, kewujudan lagu-lagu sebegini membuktikan bahawa lagu-lagu melayu juga tidak kurang hebat dengan gelaran 'evergreen' masing-masing. Malah, bukan satu, dua sahaja, tetapi banyak sekali lagu-lagu yang rupa-rupanya telah dinyanyikan semula hingga memasuk 3-4 generasi tanpa kita menyedarinya. Maklumat sebegini aku tahu bila dah selalu mendengar Klasik Nasional. Memang banyak informasi dan sejarah yang boleh dipelajari jikalau kita berminat dalam mengkaji pengaruh muzik dan senikata dalam lagu yang telah mencorakkan asas kepada industri muzik saman sekarang.

Itu sahaja, Wassalam..

p/s : layan lagu, layan jugak.. tapi jangan sampai leka dan lalai dari menunaikan kewajipan!!

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan