Skip to main content

Lemang, Laksa, Nasi & Sate

Assalamualaikum..

"Burpp... Alhamdulillah.." - ungkapan yang sering kita dengar atau lafazkan apabila perut sudah kenyang. Ya, hari ini Alhamdulillah, syukur hidup di Malaysia ni dapat menikmati juadah-juadah yang disediakan di jamuan-jamuan dan keraian. Bayangkanlah rakan-rakan kita di tempat-tempat lain yang sedang berjuang untuk hidup, ada yang nak makan sekali sehari pun terpaksa berebut-rebut sampai ada berlaku kematian. Bertuahnya bumi Malaysia ni, kita cukup makan pakai, sampai kadang-kadang jamuan tu ada hari-hari.

Sempena bulan Syawal ni, tentulah ramai yang masih mengadakan rumah terbuka atau jamuan untuk Aidil Fitri. Tidak ketinggalan ialah 'organisasi' tempat aku bekerja. Tadi tengah hari, berlangsungnya majlis jamuan aidil fitri yang diadakan di 'kompleks utama organisasi' dan ianya dihadiri oleh 'para kenamaan tertinggi negara' yang bertanggungjawab di 'organisasi' tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majlis. Sesungguhnya tampak jelas wajah-wajah ceria bagi yang hadir dan ada yang berasa amat bersyukur sebab dengan adanya majlis seperti ini, bermakna jimatlah sikit duit poket hari ini. Tahun lepas, majlis yang sama juga diadakan tapi waktu tu, aku baru saja beberapa minggu masuk bertugas. Jadi suasana waktu itu dan kali ini cukup berbeza. Kalau dulu rasa segan dan malu tu masih menebal, sekarang semuanya seakan biasa dan ceria sekali.

Terdapat banyak gerai yang dibuka untuk para tetamu memilih juadah yang disediakan. Sebagai sebuah 'organisasi induk', terdapat lebih 40 agensi di bawahnya dan kebanyakan agensi-agensi tersebut mengambil bahagian dan membukan gerai masing-masing, termasuklah agensi aku sendiri. Kebanyakan juadah yang disediakan adalah bercitarasakan Malaysia dan mood raya. Ada yang menghidangkan mee kuah, laksa, kuewtiaw, mee goreng, nasi beriani, nasi ulam dan macam-macam lagi hidangan yang menarik. Kalau kata nak merasa semuanya, memang tak terjangkau lah. Agensi aku sendiri menyediakan pencuci mulut, yakni ais kacang.. tapi aku tak terlibat la pulak, sebab semuanya diurus oleh kelab yang terbabit.

Aku sendiri sempat merasa 2-3 juadah, antaranya lemang beserta rendang daging yang istimewa. Kemudian, sempat pulak aku menerima pelawaan akak di satu gerai tu, laksa johor. Laksa johor yang disediakan tu aku tengok lebih kurang saja dengan laksa utara, cuma isinya lain sikit. Lagi pun, perbezaan sukar nak dicari sebab ia disediakan dalam kuantiti yang kecil jer. Seterusnya, aku jalan lagi dan ambil pulak nasi beriani. Pergh! yang ni masyuk la jugak. Walaupun ayam lauk tu kecik, tapi aku puas hati sebab nasi dia memang melekat! Seterusnya aku jalan-jalan lagi dan sebagai penamat, aku berhenti di sebuah gerai yang menyediakan sate. Apa lagi, 5 cucuk sate yang diberikan pada setiap orang menjadi penutup agenda aku pada tengah hari tadi.

Sepanjang 'pengembaraan' aku di 'lautan' rakan sekerja berlainan agensi tersebut, aku ditemani oleh segelas air cincau yang tak kurang hebatnya. Para hadirin juga dihiburkan dengan santapan jiwa melalui lagu-lagu yang dimainkan oleh pancaragam 'organisasi'. Penyanyi terkenal suatu ketika dahulu, Zaiton Sameon juga dijemput bagi memeriahkan suasana. Para hadirin ada yang kelihatannya teruja dengan kehadiran seorang penyanyi yang pernah gah suatu ketika dahulu dan mengundang pelbagai isu. Tetapi hari ini, beliau tetap menyanyi, mungkin untuk tidak menghampakan para peminatnya suatu ketika dahulu. Suasana meriah, cukup meriah!

Balik ke ofis, aku tersenyum puas dan bersyukur serta berterima kasih kepada agensi-agensi yang bertungkus lumus menyediakan juadah untuk para hadirin. Mudah-mudahan khidmat bakti anda akan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Lepas ni, siapa yang buat jamuan serupa boleh la panggil aku lagi :p, sama-sama tambah pahala. Yang panggil orang dapat pahala sedekah, yang datang dapat pahala mengeratkan silaturrahim!, Insya Allah..

Wassalam...

*Entah bila la akan "aku terima nikahnya.." ;P

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m