Skip to main content

Cantikkan dalam dan luar anda..

Assalamualaikum, 

Coretan kali ni adalah satu rumusan ataupun ringkasan (boleh jugak kalau dipanggil instisari) untuk artikel daripada Dr. HM Tuah Iskandar yang telah dipaparkan dalam laman web beliau, etuah.com . Artikel yg agak menarik ini sesuai untuk kita tatapi sebagai panduan untuk mencantikkan diri dari dalam dan luar. Artikel asal bertajuk "Cantikkan luar dan dalam anda" tidak dapat dikongsikan di sini secara 'bulat-bulat' sebab terdapat syarat-syarat dan terma dalam laman etuah.com yang mengehadkan penyebaran artikel-artikel yang dipaparkan. Oleh itu disediakan penulisan semula tips-tips yang disampaikan di dalam artikel tersebut.

1. Nak kuatkan badan, makan daging selalu tapi jangan kerap sangat. Daging merah makan sekali seminggu pon dah cukup.

2. Pakai la wangi-wangian selalu. Sebabnya psikologi kita ni suka pada benda yang harum-harum. Bila kita suka harum, kita selalu amik nafas panjang-panjang, banyak oksigen masuk - mesti la badan jadi kuat bukan? ya kot...

3. Selalu-selalu la mandi. Dok belagak tak mau mandi pasai pa? kita ni dekat Malaysia, bukan kat luaq negara.. x payah tunggu seminggu, 2 hari tak mandi pon bau dah hapak semacam. Kalau tak mandi, kita akan jadi lesu dan pemalas. Tak percaya, try la tak mandi sehari lepas tu baca buku, larat ka tak. Selalu kita akan lebih fokus dan ceria lepas mandi sebab badan dah jadi segar.

4. Pakai pakaian daripada kapas. Dikatakan pakaian dengan kain kapas ni lagi selesa banding dengan nylon. Aku rasa betui la apa Dr Tuah sebut ni. Kalau pakai baju nylon, selalu dia nanti bau semacam kalau dah berpeluh, kalau baju kapas kurang sket la kesan dia.

5. Perkara-perkara yang berpotensi melemahkan badan - Seks kerap sangat, selalu panik, banyak teguk ayaq masa makan dan banyak makan makanan yang masam. Masa-masa nak tua nanti, kurang-kurangkan la "bertuuut" (18sx, hehe), sebaliknya perbanyakkan amal ibadah yang melibatkan pergerakan badan, contohnya solat.

6. Masa menuju tua jugak kita takkan lari dari rabun punya. Tapi la ni tak payah tua pun dah rabun (aku la tu, hehee..). Tips untuk kurangkan kesan rabun : pandang la benda-benda hijau selalu. Bagi aku, pandang tumbuh-tumbuhan pun sama kesan dia sebab tumbuh-tumbuhan banyak warna hijau. Dr Tuah kata, boleh jugak kalau nak pakai baju warna hijau selalu, cat rumah warna hijau ka. Pokoknya, banyakkan warna-warna hijau tapi aku tak galak hampa semua pangkah warna hijau (ooopss... lari topik! wakaka..)

7. Usia 40 tahun adalah sempadan antara 2 fasa kehidupan, samada orang akan hormatkan kita atau kita didoakan supaya pergi. Kalau sebelum usia 40 kita selalu berkasih-kasihan, membantu dan berbuat baik sesama manusia, selepas itu kita akan dihormati. Kalau sebelum itu kita banyak membuatkan manusia tak hormat kepada kita, maka sesudah usia 40 nanti, caci maki akan menerpa!

8. Kurangkan berbual kosong tapi tak salah sekali sekala untuk mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga. Berpada-pada la kata orang. Tapi jangan terlalu diam sampai memencilkan diri sendiri. Sebaliknya bersederhana dan banyakkanlah bergaul dengan para alim ulama' dan orang-orang yang soleh.

9. Pilih la kawan yang baik-baik sikit sebab kawan-kawan kita tu mencerminkan macam mana keadaan kita sendiri. Sebabnya dinyatakan hadis Rasulullah SAW, yang bermaksud kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, maka sikit sebanyak wangi tu melekat la pada kita, kalau kawan dengan tukang besi, tak terbakaq baju pun, bahang dia mesti terasa.

10. Yang paling cantek sekali masa dah tua-tua nanti adalah kesihatan luar dan dalam. Sihat boleh menimbulkan kecantikan dan ketampanan tetapi adalah lebih molek sekiranya dalamnya indah dan menawan.

Diolah semula dari artikel bertajuk "Cantikkan luar dan dalam anda" karya Dr HM Tuah Iskandar al-haj - http://www.etuah.com/v2/mediaview.php?mid=151

Macam mana? ada bagus? bagusss..... hak hak hak... xD

Wassalam...

Ya la.. x pa laa... kita ni x dak unipom pon.. kemeja besa ada laa...

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan