Friday, September 26, 2008

Salam Lebaran 1429

Assalamualaikum,

Di kesempatan yang ada ini, saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin...



Sekiranya ada salah dan silap mahupun terkasar bahasa, janganlah disimpan di dalam hati... buanglah yang keruh ambillah yang jernih.. maafkanlah sesama kita... kerana bila kita memaafkan seseorang, tidak mustahil, satu hari nanti orang akan memaafkan kita atas sesuatu perkara yang mungkin kita telah lakukan...

Buat rakan-rakan yang bertugas di perantauan mcm aku ni, kalau pulang ke kampung tu berhati-hatilah... bagi yang naik kenderaan awam, jaga harta benda anda jangan sampai tercicir atau tertinggal... kalau berjalan tu, waspada dengan penyeluk saku.. bagi yang memandu sendiri, berhati-hatilah di jalan raya.... biar lambat asal selamat... kalau nak cepat pon, biar selamat jugak.. rancangkanlah perjalanan anda...

Mudah-mudahan Aidil Fitri kali ini penuh bermakna buat kita semua.. bagi yg terasa sedih, kecewa, gelisah, janganlah kalian bersusah hati.. inilah ujian dan ketentuan Ilahi pada kita... bersyukurlah atas nikmat kurniaan dari-Nya... buangkanlah kesedihan di hati, bergembiralah kerana pada hari tersebut kita adalah di kalangan orang-orang yang berjaya, bak pahlawan gagah pulang dengan kemenangan dari medan perang!

Wallahu'alam...

Wassalamualaikum...

ps : kalau Allah tentukan antara kita pasti ada... kalau sebaliknya, pasti jua terselit hikmah... mudah-mudahan lah.... insya allah..

Wednesday, September 17, 2008

Pembangunan Bandar Mekah Menuju 2010

Assalamualaikum..

Td baru je dpt e-mel dr kawan.. dlm tu ade gambo-gambo pembangunan bandar Mekah, dari sekarang menuju ke 2010 nanti.. Nak jadi camtu nanti ke tidak ke, bukan kita yg tentukan, Allah yang menetukan.. kita cuma merancang aje..

Lihatlah..


















Apa pendapat kalian?

Wassalam.. :)

Thursday, September 11, 2008

Benarkah Ahmad Ismail Racist?

Salam...

Nin dia aku bawak mai.. depa dok tuduh Ahmad Ismail ni rasis la apa la tapi depa dok putaq alam apa yang dia dok kata hat betui.....

Ni aku tunjuk kat hampa semua...




Apa raa Tsu Koon.. apserenapete... dok pi bakaq sana bakaq sini buat apa... siyyeyyyy...

Wassalamualaikum..

Thursday, September 04, 2008

Melayu Racist? Cina & India?

Salam..

Ni aku amik dari blog Tun Mahathir..

"Pohon Maaf"

1. Baru-baru ini Kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman (racist) yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

2. Sebenarnya orang Melayu sekarang amat takut jika mereka diberi label "racist". Mereka menulis dalam akhbar yang orang Melayu bukan racist. Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka.

3. Malang bagi TPM dan Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi setelah memohon maaf secara terbuka permohonan maaf daripada pemimpin tertinggi Umno ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan. Mereka menuntut supaya orang yang perkatakan perkataan yang dilabel "racist" sendiri memohon maaf.

4. Satu lagi peristiwa yang memalukan ialah apabila Kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video.

5. Kemudian didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

6. Sebaliknya, apabila orang yang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai racist, orang Melayu tidak pernah tuntut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

7. Dalam Memo Hindraf ke Perdana Menteri UK banyak perkataan yang terlampau dan racist terdapat didalamnya. Contoh:

a) Kerajaan dikatakan dibantu oleh "Islamic Extremist violent armed terrorists" (orang Melayu)

b) Mereka berkata Kerajaan Malaysia melakukan "Ethnic Cleansing" iaitu Kerajaan sedang membunuh dan menghapuskan orang Tamil.

c) 100 orang keturunan India "ditetak dan dibunuh oleh Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO." Perbuatan ini kononnya adalah "mini genocide" (pembunuhan beramai-ramai mini)

d) Tiap tiga minggu kuil Hindu diroboh.

e) Kerajaan yang kononnya dikuasai oleh UMNO telah lancar serangan bersenjata dengan 600 anggota polis, polis simpanan, pelampau Islam dan pengganas (terrorist) bersenjata (orang Melayu).

f) Pegawai Bandaraya dan Polis dikatakan membaling batu dan menyerang orang Hindu dengan pisau, kayu dan batang besi. Kononya 20 orang Hindu mengalami cedera parah.

8. Tulisan dalam memo Hindraf ini bukan sahaja racist tetapi juga "seditious"(hasutan).

9. Seorang penuntut universiti Wee Meng Chee telah perlekehkan Negaraku dengan mengguna lagu Negaraku tetapi dengan lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan orang Melayu (Islam). Azan dijadikan duet lagu cinta.

10. Apakah mereka dikehendaki memohon maaf? Apakah pemimpin mereka dikehendaki memohon maaf? Jauh sekali. Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihanraya dan menang menjadi wakil rakyat.

11. Mereka menuntut supaya tidak ada diskriminasi oleh Kerajaan. Tetapi nampaknya mereka bukan sahaja bebas malah mendapat kehormatan dengan dipanggil "Yang Berhormat" setelah berkata perkataan yang amat keterlaluan bahkan merupa hasutan.

12. Soalnya kenapakah Kerajaan berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapur dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu. Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?

13. Sesungguhnya keadaan hubungan antara kaum bukan lebih baik hasil PRU 2008, tetapi ia menjadi amat buruk. Mungkin saya dituduh sebagai menyumbang kepada keadaan melalui tulisan saya. Tetapi pada saya amatlah tidak adil jika satu pihak dapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh buka mulut.

http://test.chedet.com/che_det/2008/09/snippets-6.html
----------

Lihatlah, betapa hampehs depa ni... tapi bila kat Melayu, dan-dan rasis, dan-dan menghasut... hampeh... inilah dia kalau kita dok bagi muka sangat. Lama-lama habeh depa pijak pala kita... kita sebagai orang ISLAM (kebanyakan kita MELAYU) mesti berhati-hati dan berwaspada dengan depa ni. Jangan kita biaqkan lagi!

Bercakap mengenai hal kita dari sudut sejarah bukanlah rasis, tapi ianya adalah "ambil peduli"... salahkah "ambil peduli"?

Rakan-rakan kita kaum India & Cina juga sudah banyak "ambil peduli", tapi bila orang Melayu "ambil peduli", kita dituduh anti non-bumi.. salah tu! Kita orang Melayu sentiasa mahukan perdamaian, berasaskan apa yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan dahulu..

Kesimpulan : Rasis sebenarnya tidak wujud di kalangan orang Melayu, kalau rasis wujud, orang Cina & India tidak akan menjadi warganegara negara ini. Kalau rasis wujud, takkanlah kita boleh belajar sama, makan sama, kerja bersama-sama?

pikir2lah wahai rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India...

Wassalamualaikum..