Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan 1429 ~ 2008

Assalamualaikum~



Ahlan.. ahlan wa sahlan.. marhaban Ramadhan... Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran ke hadhrat-Mu Ilahi kerana telah menemukan aku semula dengan Ramadhan. Ramadhan, bulan penuh berkah, bulan penuh maghfirah.. bulan yang terdapat pada malamnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan... Betapa besarnya kurniaan dan limpahan rahmat yang Allah kurniakan di bulan Ramadhan. Bersama-samalah kita mencarinya dengan menjalani ibadah puasa dengan betul serta mematuhi segala larangan dan suruhannya serta marilah jua kita tambahkan amalan-amalan sunat mudah-mudahan mendapat balasan yang baik kelak, di dunia dan akhirat.



Wassalamualaikum..

Kemerdekaan Tanah Melayu (Video)

Salam.. 

Sempena kemerdekaan ke 51, saksikan tayangan khas Dokumentari Kemerdekaan Malaya yang pertama pada tahun 1957. Mudah-Mudahan negara kita terus aman merdeka hingga ke akhirnya.





Wassalam...

Sunday, August 24, 2008

Kemerdekaan ke 51 - Perpaduan Teras Kejayaan


Assalamualaikum..

Pertama-tama sekali, aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan yang sedang dan telah berkonvo pada sepanjang minggu yang lepas dan pada 23 & 24 Ogos ini. Majlis konvokesyen mungkin sekali dalam seumur hidup, tapi apa yang lebih penting ialah kemanisan daripada kejayaan yang dicapai. Hargailah dan syukurilah nikmat yang Allah berikan kepada kita. Melangkah naik ke pentas untuk menerima ijazah merupakan satu kepuasan yang akan dirasakan setelah hampir 4-5 tahun bertungkus lumus dalam mengharungi ranjau, onak dan duri bergelar pelajar.

Aku jugak nak ucapkan terima kasih dekat Jijy yang mana pada minggu lepas dah selamat belanja kami makan dlm birthday party dia. Walaupun dinamakan 'birthday party' tapi tak ada 'parti liar' seperti yang disangkakan. Aku jugak nak ucapkan selamat kembali dan semoga cepat sembuh kepada sahabatku Radin yang mengalami sedikit masalah kesihatan semasa program Outbound TNB. Semoga dalam keadaan sihat sentiasa selepas ini dalam menjalani tugas yang diamanahkan nanti.

Dalam beberapa hari lagi (31 Ogos 2008), kita semua akan sama-sama menyambut hari Kemerdekaan yang ke-51. Aku akui, hakikat sambutannya pada kali ini agak kurang meriah. Tiada lagi 'aura' seperti tahun-tahun sebelumnya. 'Mood' suram ini mungkin didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah kesan daripada 'badai Tsunami' yang melanda pada bulan Mac yang lepas. Pokoknya, rakyat telah menunjukkan 'mood' mereka kepada kepimpinan yang sedia ada tetapi nampaknya kepimpinan telah sekali lagi tidak menyedari sentimen ini. Harga minyak dinaikkan secara tergesa-gesa dan mendadak sekali pada masa itu. Ini menyebabkan sentimen ketidakpuasan hati rakyat ini terus dimainkan dengan hebat sekali dan rakyat semakin hari semakin memandang enteng kepada kepimpinan sekarang.

Dengan adanya sentimen dan perasaan tersebut, Rakyat Malaysia yang sebelum ini amat setia dan sedia untuk menzahirkan patriotisma mereka pada bila-bila masa mungkin sedang berkira-kira untuk menyatakan pendirian mereka. Sungguhpun kecintaan mereka terhadap negara tidak berbelah bahagi, tetapi keadaan politik semasa yang agak memeningkan menyebabkan mood untuk sebarang sambutan menjadi hambar. Apa yang mereka inginkan melalui 'mesej' yang disampaikan melalui 'badai Tsunami' pada Mac lalu nampaknya masih tidak kesampaian.

Maka terpaksalah mereka-mereka ini mengharungi kekalutan ombak yang melanda di atas kapal yang nakhodanya tidak sebijak nakhoda yang terdahulu. Kapal pula sudah mula menunjukkan akan retak sekiranya nakhoda tidak diganti segera. Ada pula yang sudah kecewa lalu mengambil keputusan berpindah kapal atau setidak-tidaknya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengikuti arahan nakhoda yang boleh menyebabkan kapal karam di tengah lautan. Ada pula yang pasrah, menunggu sehingga 24 purnama mudah-mudahan kapal sampai ke pelabuhan untuk berganti nakhoda yang baru. Bagi yang tidak sabar, mereka akan melompat ke  kapal lanun yang sedang menanti dengan kapten yang berjanji, sepurnama lagi sampai ke jeti.

Apa pon, mari kita harapkan agar Allah jadikan yang terbaik buat negara Malaysia kita yang tercinta ini.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan kita pada kali ini ialah Perpaduan Teras Kejayaan. Tema ini dipilih mungkin kerana dalam keadaan sekarang ini, kita perlu bersatu dan berpadu dalam menentang musuh yang menyerang dari pelbagai aspek. Ada musuh fizikal, ada musuh mental. Melawan musuh fizikal mungkin tiada masalah kerana kita nampak dan mudah untuk ditembak tetapi musuh-musuh mental, musuh-musuh hati inilah yang harus kita berhati-hati. Gerakan-gerakan memusnahkan kepercayaan antara satu sama lain dan membangkitkan kemarahan sesama kita sudah mula menyusup ke dalam masyarakat. Oleh itu, penting bagi kita dalam berpadu tenaga dan membina semula perpaduan supaya kita berjaya dalam memerangi musuh-musuh kita ini.


Logo Rasmi Kemerdekaan ke 51

Rasional logo

Rekabentuk logo ini di ilhamkan dari 3 figura berpakat dan disaling bergadingan bahu danberpadu tenaga dalam menuju kejayaan ini melambangkan “ Perpaduan Teras Kejayaan”

3 figura manusia saling bergadingan bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama diantarasatu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan Negara.

3 figura manusia digayakan bekerjasama dan bergadingan bahu adalah mewakili kaum utamadi Malaysia yang bersefahaman ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalamperpaduan.

Warna merah simbol keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduanyang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pulamelambangkan sistem Beraja dan Yang Dipertuan Agong dan juga bermaksud warna
kegemilangan yang di kecapi oleh rakyat Malaysia. (Sumber : http://www.bppsm.jpm.my/)
Melihat logo sambutan rasmi, jelas menunjukkan bahawa ianya agak ringkas serta mudah difahami. Gambar bergandingan bahu seperti sedang berbincang (seperti mana biasa dilihat di atas padang) menunjukkan bahawasanya, untuk mencapai kejayaan, sebarang perbezaan haruslah dilihat secara berhati-hati dan berhemah. Perundingan merupakan salah satu instrumen yang penting bagi menjayakan sesebuah persefahaman itu. 
Berikut ialah lagu rasmi bagi sambutan ke 51 kemerdekaan



PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan


LAGU CIPTAAN : PAK NGAH | LIRIK CIPTAAN : LOKGHA

Sumber : ( http://www.moi.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1785&Itemid=1 )


Hayatilah bait-bait lirik di atas... mudah-mudahan Negara kita akan terus KEKAL MERDEKA sampai KIAMAT, insya Allah...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Wassalamualaikum..

p/s : syg.. syg.. syg... kau dah berpunya :(

Wednesday, August 06, 2008

JALUR GEMILANG!

Assalamualaikum...


JALUR GEMILANG TIDAK SEHARUSNYA DIKIBARKAN SECARA TERBALIK!!! WALAU DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN, SEKIRANYA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KERAJAAN, JANGAN SAMPAI MEMBUAT TINDAKAN BODOH SEPERTI MENGIBARKAN JALUR GEMILANG UPSIDE-DOWN KERANA IA MENGGAMBARKAN PENGKHIANATAN KEPADA NEGARA!!! KIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN BETUL TANDA CINTAKAN TANAH AIR!!

SSEBAGAI BANTAHAN TERHADAP "IDEA  DAN KEMPEN GILA" GILA TERSEBUT, SILA KIBARKAN JALUR GEMILANG DENGAN CARA YANG BETUL DI BLOG ANDA. INI BUKTI KITA CINTAKAN NEGARA WALAU DALAM APA JUA KEADAAN. JANGUN CAMPUR ADUKKAN ISU POLITIK SEMPIT DALAM KESETIAAN KEPADA NEGARA!!!

Wassalam..

Sunday, August 03, 2008

Soal & Jawab

Salam...

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukaihatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

* http://isuhangat.blogspot.com/2008/08/soal-jawab-cinta.html

Wassalam...