Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2008

Salam Maulidur Rasul 1429 Hijrah

Salam.. Rakan-rakan seperjuangan sekalian, bersempena kedatangan Maulidur Rasul 1429, marilah sama-sama kita melihat secara ringkas, fakta-fakta kehidupan Nabi Muhammad SAW, Rasul Besar Junjungan kita. Mudah-mudahan dengan pengingatan kita kepada Rasulullah SAW, akan diberikan syafaat di akhirat kelak. Berselawatlah! Allahumma solli wasallim ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala alihi wasohbihi wabarik wasallim! Keturunan *Abul Qasim, Muhammad bin Abdullah, bin Abdul Mutallib, bin Hasyim, bin Abdu Manaf, bin Qusaiy, bin Kilaab, bin Murrah, bin Ka’ab, bin Luay, bin Ghalib, bin Fihr, bin Malik, bin An-Nadhr, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma’d, bin Adnan. Ini ialah salasilah keturunan Nabi yang disepakati oleh para ulama’. Adapun, salasilah selepas Adnan ini terdapat sedikit persilisihan mengenai berapa orangkah antara Ismail A.S dgn Adnan. Sesetengah Mengatakan 40 orang, manakala sesetengah lagi mengatakan 7 orang. Wallahualam. Ke

Mungkinkah sejarah berulang?

Salam.. [PERHATIAN : ENTRY INI PERLU DI-LIHAT DARI SUDUT SEJARAH SEMATA-MATA DAN BUKAN UNTUK MENYAKITI MANA-MANA PIHAK] Dikhabarkan laungan "Hidup Melayu" kembali bergema di bumi Pulau Mutiara sebagai tanda protes orang2 Melayu terhadap kenyataan secara terang-terangan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang. Ternyata, ini membuktikan, bahawa orang-orang Melayu Pulau Pinang masih mempunyai maruah dan 'teloq' untuk membela apa yang mereka rasakan betul.. Dengan keadaan politik yg berubah pada masa kini, kita semua semakin nampak, apakah sebenarnya yang telah melemahkan sokongan orang ramai terhadap BN, terutamanya kepada UMNO. Tidak lain tidak bukan, para pengundi UMNO yg setia selama ini, ada yang tidak keluar mengundi dan ada juga yang mengundi pembangkang sebagai tanda protes mahupun dengan sengaja merosakkan undi. Mengapakah mereka sedemikian? Maaf, saya tidak boleh beritahu terang2an sbb sudah terang lagi bersuluh.. and

Utusan Malaysia : Tiada lagi DEB - Antara langkah awal kerajaan DAP, PKR Pulau Pinang

Salam... Keratan Utusan Online >> http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0312&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm ------- PULAU PINANG 11 Mac – Kerajaan negeri yang baru ditubuhkan hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membebaskan pentadbiran Pulau Pinang daripada pelaksanaan amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, DEB menjadi punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Beliau berkata, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem baru yang memberikan keutamaan kepada semua kaum. Menurut Guan Eng, buat permulaan, kerajaan negeri akan melaksanakan sistem pemberian tender secara terbuka untuk semua kontrak dan pemerolehan kerajaan. “Kita akan mengamalkan pentadbiran telus. Selain memudahkan orang awam mendapat maklumat mengenai tender-tender tersebut, satu portal Internet akan diwujudkan. “Kontrak

Bernama : Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M

Salam... satu lagi berita, dari BERNAMA Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam. "Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus , dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu. " Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus . Beliau telah memusnahkan Umno , beliau telah memusnahkan BN , dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini. Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan

Tun Dr. Mahathir: PM Abdullah wajar berundur

Salam... Di-ambil dari blog bigguydotcom : http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/03/09/tun-dr-mahathir-pm-abdullah-wajar-berundur/ ---------------------- Mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa agar Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi agar berundur dan meletakan jawatan, setelah sebilangan besar keputusan Pilihanraya Umum XII 8 Mac 2008 diumumkan. Beliau menjelaskan bahawa PM Abdullah perlu menerima kepertanggung jawaban kekalahan teruk Barisan Nasional, semenjak Parti Perikatan menghadapi Pilihanraya Umum pertama 1955 dan Barisan Nasional bermula Pilihanraya Umum 1974. Tun Dr. Mahathir memanggil sidang khas media pagi ini dikediaman peribadinya Seri Cahaya di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor setelah beliau menerima pelbagai permintaan untuk kenyataan dibuat mengenai kekalahan Kerajaan BN di 5 buah negeri. Setakat ini, BN hanya mampu mengekalkan 147 kerusi Dewan Rakyat dari keseluruhan 222 kerusi. Ini

6 Perkara...

Salam.. Sebagaimana semua org sedia maklum, dlm masa 2-3 hari ni kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-12... Buat bakal2 pengundi, sila datang awal ke pusat pengundian dan jangan lupa bawa kad pengenalan bersama... Anda boleh menyemak maklumat pusat pembuangan undi anda di Laman SPR / Undi anda adalah rahsia. Oleh itu, jangan takut untuk membuat pilihan... Ok, bagi geng2 yg dah penat2 dok kempen di alam cyber ka, di luaq sana ka.. meh layan pesanan ni... bagi hilang sikit saket kepala dok pikiaq pasai hal2 politik ni... "6 JANGAN UNTUK AHLI POLITIK" Kredit : MFR & Tawel Sensei Hehehe... pesanan yg amat berguna... so amiklah iktibar jadi panduan.. mana tau, nanti nak masuk politik ke kan? ;p Baiklah rakan2 sekalian, selamat mengundi pada 8 Mac nanti... Wassalam.. Hehehe... nanti pas PRU 12 ni, kita baik-baik balik yer kawan2... lg 4 thn kita 'gaduh' pulak... huhu... Tadi baru test SAGA Baru... handling best.. ekeke..