Skip to main content

Doa

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Ya Allah jadikanlah peringatan ini sebagai peringatan yang berguna kepada penulis dan setiap pembacanya, mudah-mudahan kami tidak akan lupa akan segala perintah dan larangan-Mu. Ya Allah, sesunggunya kami telah membuat dosa dengan banyaknya, maka dengan itu, kami memohon ampun dan bertaubat pada-Mu. Limpahilah keampunan dan rahmat kurnia-Mu, mudah-mudahan diterima taubat dan amalan kami sebagai syarat untuk doa kami diterima. Amiin ya Rabbal ‘Alamin..”

Assalamualaikum warahmatullah..

Sahabat-ku para pembaca sekalian, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadhrat Ilahi di atas limpah kurnianya kita masih lagi hidup di muka bumi pada hari ini. Bersyukurlah kita kerana kita masih dapat hidup dalam keadaan aman dan damai, walaupun di zaman yang penuh pancaroba dan maksiat ini. Jika di zaman kaum ‘Ad dan Tsamud, Allah telah membalas kepada mereka dengan dahsyatnya akibat kekufuran mereka, maka tidak mustahil akan terjadi kepada kepada kita, namun hingga kini, sifat Rahmah Allah itu mengatasi sifat Kemurkaan-Nya. Maka oleh itu, marilah kita mengambil peluang daripada akan hal ini untuk muhasabah diri, seterusnya bertaubat dan sama-sama memanjatkan segala puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah.

Antara sifat Allah yang kita ketahui ialah sifat Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim.. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Sebenarnya, disinilah terletaknya senjata umat Islam yang paling ampuh, kukuh dan mantap, yakni di atas sifat Ar-Rahmaan Allah itu. Allah itu Maha Pemurah, yakni maha pemberi segala. Dan doa kita kepada-Nya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengemis dan mengharap supaya diberikan kepada kita hajat dan kemahuan kita di atas sifat Allah ini. Doa seperti mana yang kita ketahui ialah segala permohonan atau penghajatan yang kita pohon kepada Allah supaya Allah perkenankan. Doa merupakan senjata kaum muslimin yang paling berharga dan haruslah kita pandai dalam menjaga dan menggunakannya.

Doa sebenarnya adalah salah satu daripada perintah Allah. Ini dibuktikan di dalam Al-Quran seperti yang berikut :


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ -١٨٦
186. dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (Al-Baqarah, 186)




Dan juga pada ayat yang berikut :


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ - ٦٠
60. dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. (Ghafir, 60)




Kita juga mesti memahami bahawasanya doa itu adalah salah satu cara penguhubung antara makhluk dan Penciptanya. Melalui doa, kita sebenarnya ‘berkomunikasi’ secara terus dengan Allah. Oleh sebab itu, bagi kita yang selalu berdoa, ia bermakna bahawa kita senantiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah. Dengan doa juga, kita akan berasa lebih yakin akan kekuasaan dan kehebatan Allah Taala. Ini selalu berlaku ketika kita mendapati bahawa segala hajat dan permintaan kita diterima oleh Allah. Maka jika demikian, maka sepatunya kita sujud mengucap syukur atas nikmat dan pemberian yang telah diberi.

Apa pula terjadi apabila doa kita tidak diterima? Bila segala yang kita hajatkan itu tidak terjadi bahkan sebaliknya yang berlaku? Dalam hal ini kita perlu melihat dari beberapa sudut. Di dalam Mingguan Malaysia, 17 Februari,2008, pada ruangan ‘Kemusykilan Anda’, terdapat seorang pembaca yang bertanyakan mengenai perihal doa di akhir zaman (yakni zaman kita ini) tidak lagi diterima oleh Allah. Menurut Ustaz Mohd Yusof Abas yang menjawab pada ruangan itu, pendapat itu ada betulnya kerana pada zaman kita ini, betapa ramai diantara kita sibuk melakukan maksiat sana sini dan pada masa yang sama, tidak bertaubat tapi terus menerus berdoa memohon sesuatu hajat. Maka disini perlu kita terima, jika terus menerus melakukan maksiat, yakni mengingkari perintah dan larangan Allah, secara logiknya mana mungkin kita akan diberi pertolongan oleh Allah? Dan doa itu adalah senjata dan mana mungkin senjata yang tiada dijaga, tumpul dan berkarat, akan dapat memotong dengan berkesan seperti senjata yang tajam dan sentiasa diasah? Itulah perumpamaan yang telah dijelaskan dalam jawapan tersebut.

Namun demikian, janganlah kita mudah berputus asa daripada Rahmat Allah. Jauhilah memakan makanan-makanan dari sumber yang haram, jauhilah dari perasaan hasad dengki dan ikhlaskanlah hati semasa memhon doa kepada Allah. Sungguhpun kita telah melakukan banyak dosa, maka bertaubatlah dan pohonlah ampun kerana seseungguhnya Rahmat Allah itu mengatasi Kemurkaan-Nya. Telah bersabda Rasulullah bahawasanya Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai, dan jika kita ikhlas maka begembiralah kita dengan salah satu dari perkara-perkara perkara berikut:


Disegerakan terus apa yang kita minta itu, yakni diberi secara tunai apa jua yang kita hajati;*

Digantikan perkara yang kita minta itu dengan sesuatu yang lebih baik daripada itu. Yakni, jika kita meminta sesuatu yang ada lebih baik daripada itu, maka akan dikurniakan yang terlebih baik itu kepada kita. Sebagai contoh, kita memohon supaya dikurniakan harta benda tetapi Allah gantikan untuk kita dengan ilmu pengetahuan kerana mungkin kita akan terleka dan lalai jika kita menerima harta kekayaan tersebut, tetapi dengan ilmu kita dapat beramal dan amalan yang berfaedah semasa hidup (contoh, amal jariah) berterusan walaupun kita sudah mati;*

Digantikan permohonan kita itu dengan dipalingkan bencana yang apabila menimpa kita, nescaya kita binasa. Contohnya seperti yang terdapat di atas, - Di-elakkan sesuatu hajat yang mungkin membuat kita terleka dan lalai dan ini membawa kepada kebinasaan;*

Disimpan doa kita itu untuk kebaikan di Akhirat, supaya kita mendapat kesenangan yang lebih di sana.*

*(Isi di-ambil dari buku Risalah-risalah Al-Ghazali, bab Titian Orang-orang Bijak, tajuk kecil Doa dan Mingguan Malaysia 14 Februari 2008, Ruangan Agama, Kemusykilan Anda)




Oleh itu, janganlah kita berputus asa mahupun segan dalam berdoa kerana mereka yang sedemikian adalah di kalangan orang-orang yang jahil. Janganlah sesekali berasa kecewa kerana kita telah mengetahui akan sebab-sebab doa tidak diterima atau hikmah-hikmah gantian kepada hajat kita seperti yang disebut sebelum ini. Sesungguhnya, mereka yang tidak mahu berdoa adalah mereka yang sombong dengan Tuhannya dan selayaknya mereka ini untuk tidak menerima apa jua bantuan daripada Allah.

Doa adalah permohonan jiwa dan raga kita kepada Al-Haqq. Apabila kita tidak memenuhi syarat-syarat berdoa, tidak akan ada kepastian bahawa doa kita akan dikabulkan. Malik bin Dinar berkata, “Kalian menganggap hujan turun lambat. Sementara saya menganggap hujan batu turun lambat. Kalau pun Allah tidak memerintahkan untuk berdoa, adalah wajib bagi kita untuk berdoa kepada-Nya. Kalau pun Dia tidak menjanjikan terkabulnya doa kita, tetapi kita berdoa kepada-Nya dengan keikhlasan, nescaya akan dikabulkan doa kita. Apalagi Dia telah menjamin hal itu kepada orang yang memenuhi syarat-syarat dalam berdoa.” *

Dan juga kita harus selalu mengingati Allah dalam semasa berdoa. Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah akan diberi ganjaran yang lebih besar dari apa yang diminta. Bersandarkan sebuah Hadis Rasulullah SAW, sabda baginda “Allah berfirman, ‘Barangsiapa yang zikirnya kepada-Ku menyebabkan ia lupa untuk memohon kepada-Ku, Aku akan memberinya sesuatu yang lebih besar dari apa-apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang memohon kepada-Ku’” *

*(Diadaptasi dari buku Risalah-risalah al-Ghazali, bab Titian Orang-orang Bijak, tajuk kecil Doa)

Untuk itu marilah kita sama-sama memelihara hak Allah ke-atas kita semasa kita berdoa dan janganlah kita terlalu meminta sesuatu yang kita sangkakan baik untuk kita sebaliknya Allah Maha Mengetahui apa yang lebih baik buat kita. Ingatlah Allah dan berdoalah dan redha dengan apa yang dikurniakan Allah selepas itu.

Antara adab-adab berdoa yang kita telah pelajari di semasa pengajian di peringkat sekolah mahupun di kelas-kelas pengajian agama ialah berdoa dengan sepenuh hati dan ikhlas. Sunnat pula untuk menadah tangan ketika berdoa dan menyapu muka selepas itu. Selain yang demikian, semasa berdoa seelok-eloknya kita hendaklah dalam keadaan yang suci dan bersih serta menjaga adab-adab sopan. Tidak boleh untuk kita mendoakan keburukan untuk sesama saudara se-muslim. Sebaik-baiknya berdoalah untuk kebaikan rakan-rakan kita walaupun mereka telah menyakiti hati/fizikal kita kerana itu adalah terlebih baik. Mengambil contoh kisah hijrah nabi ke Taif, walaupun Rasulullah dibaling batu oleh penduduk Taif, dan Baginda telah ditawarkan oleh Jibril untuk mendatangkan azab kepada penduduk Taif atas ke’kurang ajar’an mereka, namun nabi menolak. Sebaliknya nabi telah berdoa untuk kebaikan penduduk itu dan mengharapkan mereka akan menerima Islam suatu hari nanti. Inilah contoh teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Cerita lanjut mengenai kisah ini bolehlah saudara/i bertanya kepada tok2 guru atau mencari di dalam buku-buku sirah.

Seterusnya adab berdoa seperti yang diceritakan di dalam Risalah-risalah al-Ghazali :


“Seyogyanya, menghadirkan kekhusyukan di dalam kalbu, memusatkan perhatian, menampakkan kehinaan, berbaik sangka, merendahkan diri, dan menampakkan rasa butuh (bahasa Indonesia bagi perkataan “ mahu”).Memohon kepada Allah seperti permohonan orang yang tenggelam kepada orang yang dapat menyelamatkannya. Mengetahui kedudukan dirinya dan besarnya keagungan Allah sebagai tempat memohon. Membentangkan kedua telapak tangan ketika memohon. Meyakini bahawa doanya akan dikabulkan dan takut terhadap hal-hal yang mendatangkan kegagalan. Senantiasa menanti kelapangan dan menjauhi permusuhan. Memperbagus maksud dan pengharapan. Mengusapkan telapak tangan ke wajah setelah selesai berdoa.”



Saudara/i sekalian, adapun waktu-waktu mustajab berdoa ada beberapa tempatnya. Antaranya yang diingati penulis adalah seperti yang berikut. Doa mustajab pada hari Jumaat. Pada waktu antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Dikatakan inilah saat dimana doa seorang insan itu diangkat terus ke langit dan dimakbulkan Allah. Yang lainnya ialah doa sewaktu hari hujan lebat. Waktu yang lain lagi ialah doa di waktu malam, dimana seorang hamba bangun untuk berjaga malam dan mendekatkan diri kepada Penciptanya. Maka jika ia berdoa, insya Allah akan diperkenankan. Terdapat banyak lagi waktu-waktu yang mustajab doa tetapi tak dapat disebutkan di sini kerana penulis sendiri sudah kurang ingat dan kurang pasti akan waktu-waktunya. Sila-lah rujuk kepada tuan-tuan guru ataupun kitab-kitab untuk maklumat yang lebih lanjut.

Selain itu, satu lagi doa yang amat mustajab ialah doa seorang ibu kepada anaknya. Ini telah terbukti dengan kisah yang terkenal al-Qamah dimana diambang ajal beliau amat sukar kerana doa/gerak hati ibunya yang berasa terkilan akan sikap beliau yang melebih-lebihkan isteri. Atas sebab itu, beliau amat sukar untuk melafazkan syahadah dan meninggal dunia. Hingga ibunya dipanggil oleh Rasulullah dan hanya setelah ibunya memaafkan dan redha akan beliau, barulah beliau dapat melafazkan syahadah dan seterusnya meninggal dunia. Ini jelas menunjukkan bahawa segala doa oleh para ibu untuk anaknya amat makbul. Oleh itu, buat saudara/i yang mempunyai hajat-hajat tertentu, mohonlah bantuan ibu anda untuk sama-sama berdoa untuk anda, dan anda balas-lah dengan mendoakan kebaikan dan keampunan untuk ibu bapa kita masing-masing. Mudah-mudahan akan termakbul hajat kita dan ibu bapa kita juga akan menerima keampunan dan rahmat Allah berkat doa kita kepada mereka. Selain itu, kita juga boleh meminta orang-orang yang alim di kalangan kita untuk sama-sama dengan kita dalam memohon doa kerana mereka ialah golongan yang lebih dekat dengan Allah dan sudah tentulah “senjata” mereka lebih “tajam”. Mudah-mudahan Allah memberi apa yang terbaik buat kita dan memberi ganjaran kepada mereka.

Sesungguhnya bab doa ialah bab terpenting untuk kita fahami. Ia bukan hanya sesuatu yang berkaitan dengan permohonan untuk sesuatu bahkan lebih dari itu. Ia melambangkan betapa perlunya kita kepada Allah. Ia merupakan saluran komunikasi kita dengan Allah, banyak berdoa bermakna kita akan lebih banyak berusaha dalam mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga amat penting bagi kita dalam meyakini Iman kita kepada Allah. Permohonan kita yang secara terus kepada Allah menunjukkan kita benar-benar bergantung hati kepada Allah, bukan pada yang lain. Dan ini sekaligus membuktikan pengtauhidan kita kepada Allah, tiada sesuatu yang lain kecuali-Nya. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Jadi, doa ini amat penting bagi para Muslimin dan Muslimat. Perbincangan doa sebenarnya lebih luas dan banyak namun diharapkan apa yang disampaikan di sini dapat sama-sama kita ambil pengajaran dan iktibar supaya kita lebih banyak belajar mengenai doa dan kepentingannya dalam menyatakan keimanan kepada Allah, keimanan kepada “Tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH”.

Mudah-mudahan penulis diampunkan Allah sekiranya ada tersalah dan tersilap di dalam posting kali ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Wallahua’lam!

Sebaik-baik doa buat orang Islam....


وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ - ٢٠١
201. dan di antara mereka pula ada Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka". (Al-Baqarah, 201)




Wassalam.....

Jangan putus asa dalam berdoa.. iringi doa kita dengan usaha, ikhtiar dan tawakkal, Insya Allah pasti Allah dengar kerana Allah itu Maha Mendengar..

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan