Ilham Pujangga

Salam

Susah betoi nak post satu lagu ni pon.. nak kena kaver baik punya.. hahaha..


Ilham Pujangga | Lagu dan Lirik oleh A. Rahim Yadi



Ismail Haron:
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itu nasihat orang bijaksana

Cikgu Zaharah:
Ya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kaki
Tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan


Ismail Haron:
Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Cikgu Zaharah:
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
Tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara


Ismail Haron:
Kau katakan pada aku sekarang jua
Apakah pendapat kau atas kewajipan muda mudi?


Cikgu Zaharah:
Pembela, harapan dan tiang segala bangsa dan negara

Ismail Haron:
Bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajipanku?

Cikgu Zaharah:
Kau mempunyai akal bukan?
Tepuklah dada, tanya selera


Ismail Haron:
Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu dari perkara yang merugi
Maaf, mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa.




Somehow lagu ni bagi aku semangat.. tahler.. hehe.. korang pon layankan lah yer... :)

Wassalam..

"Berdiam diri bukan ertinya kau kalah"

Aku bukanler sorg pujangga, hanya sorg bdk IT biasaa... :P

Comments