Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2008

Asyura 1429

Salam..

Ok, ini adalah sesi ulang-ingat, maknanya kita ingatkan balik tentang apa yang telah di post kat sini satu ketika dulu... untuk itu, rajinkan diri anda untuk klik pada :

Puasa Asyura 10 Muharram

Selain daripada itu, ada sket nak tambah.. untuk lebih elok, kita puasa pada 9 & 10 Muharram.. sbb walaupun Nabi x pernah puasa 9 Muharram tu, tp nabi ada bersabda ketika hayatnya, sekiranya thn dpn dia masih hidup, akan berpuasa dia pada 9 Muharram (sila tanya ustaz / google untuk cari maklumat lengkap sabda nabi tu) tapi ternyata nabi x sempat sbb wafat sebelum sampai tahun depan itu..

Ada ulama' kata nabi mungkin nak mansuhkan puasa 10 Muharram, nak ganti dgn 9.. ada pulak kata mmg Nabi nak puasa 9 Muharram sebab nak bezakan dengan Yahudi... jadi untuk lebih selamat, kita amiklah 2-2 hari.. (sekali lagi, sila bertanyakan ustaz / cari maklumat sendiri untuk pendapat yg sahih..)

Oklah, ni saja nak kongsi hari ni.. mudah2an diterima amalan baik kita sepanjang 1429 yang mendatang ni.…

Ilham Pujangga

Salam

Susah betoi nak post satu lagu ni pon.. nak kena kaver baik punya.. hahaha..


Ilham Pujangga | Lagu dan Lirik oleh A. Rahim Yadi



Ismail Haron:
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itu nasihat orang bijaksana

Cikgu Zaharah:
Ya, anak muda itu tiada mati kerana tergelincir kaki
Tetapi matinya anak muda itu ialah kerana tergelincir lidahnya
Berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
Bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan


Ismail Haron:
Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan jangan kita ketinggalan
Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai, sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Cikgu Zaharah:
Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
Tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
Berjasalah kamu untuk keharmonian negara


Ismail Haron:
Kau katakan pada aku sekarang jua
Apakah pendapat kau…

Salam Hijrah 1429

Salam..



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429..
Marilah bersama-sama berusaha sebaik mungkin untuk kembali kepada ajaran Islam..


Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkaumengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia …

Madu atau Racun?

Madu atau Racun?

Salam..

Malam Ahad lepas, aku ada tgk satu rancangan kat tv.. konsert gegar ka apa tah.. ada satu kumpulan tuh, Khalifah kot nama dia.. depa menyanyi lagu Madu atau Racun. Lagu ni mengimbau zaman aku skolah rendah dulu sbb ada sorg. member aku time tu, Ng Sui Yong kot (kalau x silap nama dia) menyanyi masa hari kantin. Lagu tu lebih kurang mcm ni, “Madu di tgn kananmu, racun ditangan kirimu, aku tak tahu mana yg akan kau berikan padaku”. Huhu.. lagu Indon neh kalau x silap..

Tapi aku bukan nak cerita pasai lagu, tapi nak kongsi apa yg aku dengaq masa kuliah maghrib tadi.. pasai madu & racun yang disampaikan oleh Ust. Hakim Othman. Ust Hakim ni selalu gak bagi kuliah kat Surau kawasan ni... tiap2 minggu ada2 saja isu semasa yang dikupas oleh dia, dari sudut pandangan Islam. Kupasan kali ni agak panas jugak, dimulakan pasai “kesah DVD” yg aku rasa kita semua bleh agak dah isu apa. Kata ust., walaupun yg buat tu bukan org beragama Islam, tapi sbg pemimpin, apatah lagi m…

Post pertama 2008 ;)

Salam...



Hehe.. merasmikan 2008 kat blog aku neh... mudah-mudahan 2008 membawak satu lagi perubahan ke arah yg lebih baik! :)

"Selamat Tahun Baru 2008"

Wassalam...


Hahahaha... sy sorg yg brani! Time Kasih!!