Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Hayatku di bumi hari ini : 12096000 minit!

Assalamualaikum.. " Oleh kerana atmosfera bumi yang tercemar, Ultraman hanya mempunyai masa 2 minit untuk bertahan sebelum kuasanya hilang! " Itulah yang terjadi kepada Ultraman kalau tak dapat nak musnahkan raksasa  yang menyerang dalam jangkamasa yang ditetapkan. Oleh kerana di Planet Ultra (nama tempat tinggal Ultraman, kalau tak silap laa...) atmosfera dia belum tercemar, maka Ultraman tak dapat nak sesuaikan diri dengan atmosfera bumi sebab tak biasa dengan pencemaran yang berlaku sejak lama. Sebab tu la kot Ultraman semua sihat-sihat belaka dan kuat! Boleh melawan raksasa yang membuat onar di bumi Tokyo, Nagoya, Nagasaki, Hokkaido, Sapporo dan sebagainya. Agaknya kalau atmosfera bumi sama seperti di Planet Ultra, rasanya Ultraman tak payah datang ke bumi membantu rakyat jepun melawan raksasa! Alhamdulillah, aku dilahirkan bukan sebagai Ultraman dan sehingga hari ini masih dapat bertahan dengan atmosfera bumi ni *genap* selama 276 bulan hari ini. Kalau dikirakan dalam k

Salam Tahun Baru Hijrah 1430

Assalamualaikum.. 29 Disember 2008 adalah bersamaan 1 Muharram 1430 Hijrah. Ini bermakna sudah 1430 tahun di mana penyatuan satu umat di bawah satu pegangan tauhid dan ia disertai dengan semangat kekeluargaan yang amat kuat. Inilah penyatuan yang pertama umat Islam, di kalangan muhajirin dan ansar, penyatuan yang melangkaui batas usia dan tempat asal, tanpa mengira dari suku mana pun antara mereka. Andaikata pihak Ansar tidak menerima hijrah Rasulullah SAW dan para Muhajirin yang lain, sudah tentu kita umat Islam sekarang ini tidak dapat merasakan nikmat Iman dan Islam yang dirintis 1430 tahun yang lampau. Dari dengan itu, marilah kita mengambil iktibar kisah antara muhajirin dan saudara mereka ansar yang menerima mereka dan sanggup berkorban demi saudara seagama yang lain kerana mereka  tahu akan ganjarannya yang amat besar di hari kemudian kelak. Sekiranya antara kita ada yang berselisih, maka berdamailah kerana perdamaian sesama Islam itu lebih mulia daripada pergaduhan yang tiada p

Vindicated - Dashboard Confessional

Salam.. Hi guys, i just want to share this video on youtube. It's a music video for the song "Vindicated" by Dashboard Confessional. This song was used in the Spiderman movie a couple of years ago. It used to be my favourite song back in my college days and in-fact, it still is. Vindicated   Hope dangles on a string Like slow spinning redemption Winding in and winding out The shine of it has caught my eye And roped me in So mesmerizing, so hypnotizing I am captivated [Chorus] I am Vindicated I am selfish I am wrong I am right I swear I'm right I swear I knew it all along And I am flawed But I am cleaning up so well I am seeing in me now the things you swore you saw yourself So clear Like the diamond in your ring Cut to mirror your intentions Oversized and overwhelmed The shine of which has caught my eye And rendered me so isolated, so motivated I am certain now that [Chorus] So turn Up the corners of your lips Part them and feel my finger tips Trace the moment, fall f

Persuratan SMS oleh Dewan Bahasa & Pustaka

Assalamualaikum Slm, awk nk g mn 2? Rasanya, semua yang membaca ayat di atas tu faham akan maksudnya. Kalau tak faham, maksudnya ialah "Assalamualaikum, awak hendak ke mana tu?". Selalunya, ayat-ayat sedemikian kita gunakan dalam perbualan seharian melalui penggunaan Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS dan juga semasa perbualan menggunakan aplikasi 'chatting'. Semakin hari, penggunaan bahasa sedemikian semakin meluas dan sudah dapat diterima oleh masyarakat sebagai bahasa harian yang penting. Tetapi, lain pula halnya bagi para penggiat bahasa. Walaupun sesetengah daripada perkataan singkatan tersebut sudah berasimilasi dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu, tetapi penggunaan yang tidak seragam bakal menimbulan masalah kepada para pengguna. Sebagai pengguna, kita mempunyai interpretasi yang pelbagai terhadap satu-satu singkatan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan singkatan 'msh' ia boleh dianggap samada 'musuh' ataupun 'masih'. Begitu jug

Tunggu Sekejap

Assalamualaikum.. Sempena musim hujan ni, kalau nak melayan hati dan bersantai, mai la dengaq lagu ni..  TUNGGU SEKEJAP Tunggu sekejap... Wahai kawan.. Kerana hujan masih renyai.. Tunggu sekejap...  dalam pelukan lalallaa.... (Kanak-Kanak) La la la la laaaa... (Jangan Bimbang) La la la la laaaa... (Walaupun siang akan menjelma) Malam ini belum puas ku bercumbu dengan kanda.. Sayang.... Tunggu Sekejap Wahai kasih.... Tunggulah sampai hujan teduh.. Mari ku dendang, Jangan mengenang orang jauh... Jangan pula... Jangan tinggalkan daku sorang... Tunggu sekejap, kasih... Tunggu..... (Perempuan) Tunggu sekejap wahai kasih Kerana hujan masih renyai.. Tunggu sekejap dalam pelukan asmara-ku.. Jangan bimbang, walaupun siang akan menjelma.. Malam ini... Belum puas, ku bercumbu dengan dinda.... Tunggu sekejap... Wahai kasih... Tunggulah sampai hujan teduh.. Mari ku dendang.. Jangan mengenang orang jauh... Jangan pula.. Jangan tinggalkan daku sorang.. Tunggu sekejap, kasih.. Tunggu.... (Lelaki) Ok,

Salam Aidil Adha 1429

Assalamualaikum.. Di kesempatan yang ada ni, ingin aku ucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban @ Aidil Adha bagi tahun 1429 Hijrah. Pengorbanan amat besar ertinya. Umpama kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, sanggup berkorban nyawa demi patuh akan perintah Allah. Mereka yang pergi menunaikan haji, telah mengorbankan harta, masa dan merisikokan nyawa demi menunaikan ibadah semata-mata kepada Allah. Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Saranan bahan bacaan berkaitan Aidil Adha buat semua : Menghayati makna korban sebenar Keistimewaan Aidiladha Haji, suatu ‘perjalanan kerinduan’ Wassalamualaikum.. :)

Dah 5 tahun dah.....

Assalamualaikum, BLOG INI GENAP 5 TAHUN HARI INI (1 DISEMBER 2008) :) 1 Disember 2003, itu adalah tarikh dimana pertama kali blog ini diterbitkan. Pada ketika itu, umur aku baru 17 tahun nak menjangkau ke 18 tahun sebulan kemudian. Terdapat 2 posting pada tarikh tersebut. Satu posting tidak bertajuk dan skeptik terhadap blog dan satu lagi posting bertajuk tapi isinya entah apa-apa ja. Seingat aku, masa tu aku berada di Kulim, cuti semester pertama tahun asas di Uniten. Sekarang, dah 5 tahun berlalu. Dari umur aku nak masuk 18, la ni dah nak masuk 23. Macam-macam dah aku lalui dalam sepanjang berblog ni. Ada orang kata blog ni tak bagus, fitnah semata. Ada orang kata blog ni saluran alternartif demi kebenaran, ada pulak kata blog ni tempat orang makan suap, buat kerja menipu orang dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku, blog ni tempat di mana hati berbicara, tangan menaip, otak menilai. Hatilah yang berbicara tatkala kita menaip, manakala otak pula menilai apa yang kita taip, samada baik

Sudah jauh daku mencari...

Assalamualaikum.. "Sudah jauh daku mencari.." merupakan bait awal sebuah lagu klasik yang sering diputarkan di Klasik Nasional. Buat pengetahuan semua, semenjak kebelakangan ni, aku lebih gemar mendengar radio Klasik Nasional, "Segalanya di sini menggamit memori..". Aku sendiri pun tidak tahu sebab apa jadi macam tu. Mungkin jiwa aku sekarang ni memerlukan lagu-lagu zaman klasik yang agak slow dan mendayu.. mungkin jugak ianya salah satu cara untuk aku berasa dekat dengan keluarga (ibu dan ayah aku minat lagu-lagu lama, klasik & 60 an) ataupun memang aku saja nak tukar angin, al-maklumlah, aku ni peminat lagu yang universal. Ikut mood, kadang-kadang masuk lagu rock, kadang-kadang nasyid, kadang-kadang lagu klasik. Pokoknya, mana yang 'masyuk' di hati masa tu, itulah yang aku suka dengaq... Tapi aku bukan nak mengomel pasal tabiat aku dan genre muzik yang aku minat. Aku nak berkongsi lah satu 'maklumat ringkas' mengenai bait lagu di atas. Lagu ter

Timbang Politik berasaskan keadilan

Salam.. Ni cuma nak berkongsi satu artikel yang ditulis oleh Ust. Ridhuan Tee Abdullah. Sedikit sebanyak apa yang disampaikan beliau ada benar dan kewajarannya. Marilah kita sama-sama baca dan faham, apa dan kenapa kita tidak boleh samakan keadaan politik di luar negara sama dengan politik di tanah air tercinta ini.. -------------------------------- Timbang politik berasaskan keadilan Oleh MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH KENAPAKAH setelah lebih daripada 50 tahun merdeka kita masih gagal untuk melahirkan masyarakat berbilang kaum yang meletakkan kepentingan nasional di hadapan? Inilah perkara yang mesti dikaji dan diuji oleh pemimpin-pemimpin hari ini agar jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga melupakan atau sengaja melupakan kepentingan masa hadapan atau kepentingan negara secara keseluruhan.  Kenapakah kita tidak belajar daripada negara jiran terdekat seperti Thailand dan Indonesia yang berjaya menanamkan semangat kebangsaan dan patriotik yang tinggi kalangan rakyat mereka berbilang kaum

Felt like a "Commando" ;)

Salam... tag lagi, kali ni Jep plak.. hahaha.. 1.Do you have a facebook? Tak ade... aku pengguna friendster yang tegar dan ortodoks.. lol.. hehe.. . 2.It's 4 in the morning, your phone rings who do you expect it to be? Maybe from my Mom.. kejutkan bangun sahur gamaknye.. huhu.. . 3.What do you think your best friends doing right now? It's 11.11 AM Sunday Morning! Sleeping would be the best answer i guess.. :)) . 4.How old do you think you will be when you finally have kids? Hurm... tak tau la.. mungkin 27? 28?.. ermm.. . 5.Who was the last friend in your house? Errr... paan, hanes, abu... derang ni dok serumah ngan aku.. hahaha... . 6.Can a girl and a guy be best friends with out having feelings for each other? Yes, why not? But there must be a clear understanding from the beginning! . 7.Have you had your birthday yet this year? Not yet, still 22.. lalalala.... =P . 8.Have you kissed someone this month? Urmm.. let see... November... nope! ;) . 9.Last place you went shopping? M

Sepetang di Telok Kemang..

Salam.. Kali ni nak cerita pasal aku pi Port Dickson (PD) buat pertama kali dalam hidup aku. Sebelum ni aku tak pernah sampai pun. Tapi hari ni entah macam mana, tanpa perancangan pun, tiba-tiba saja rasa nak pegi jalan-jalan. Mungkin disebabkan oleh tekanan yang aku hadapi sejak kebelakangan ini. Stress yang melanda di jiwa membuatkan perasaan tidak senang dan resah. Jadi 'makan angin' mungkin boleh membantu meredakan ketegangan yang melanda dan boleh membuatkan aku kurang memikirkan perkara-perkara yang mengganggu fikiran dan jiwa ini. Pantai yang kami singgah di PD kali ini ialah di Pantai Telok Kemang. Bergerak selewat jam 6 petang, aku yang ditemani Miji, sampai 45 minit kemudian. Keadaan pada masa tu agak meriah dan mendamaikan. Kedatangan kami bagaikan disambut oleh penari-penari yang sedang berlatih tarian zapin. Kelihatan anak-anak disamping ibu bapa bersiar-siar mengambil angin yang sedang garang meniup. Anak-anak muda beserta rakan-rakan bergembira dan menikmati suas

Quickeeee.... + Tagged!

Salam.. Laaaa.. lama plak x update.. hehee.. okay la, rangkuman ringkas sepanjang minggu lepas. - 24/10 : Aku balik Kulim.. muahahha.. saja amik cuti sehari, sambung cuti deepavali. Perjalanan balik diiringi hujan dari KL ke Kulim. Capai top speed ntuk PHX aku neh, 170km/j (x berani tekan pedal lebih lagi.. huhu..) -25/10 : Pi berjalan sampai ke utara.. nun jauh ke atas.. Pi Perlis atas urusan-urusan berkenaan 'mendirikan masajid'* ~ hihihihi.. :P . Balik dari Perlis, singgah sat kat Seberang Jaya, window shopping + belanja kay ep si kat family aku.. huhuhu.... -26/10 : Pi Penang sat.. x tahan kalau balik kampung tak pekena nasi minyak Kassim Mustafa.. lepaih tu pi melawat makcik aku kat rumah pusaka kemudian jalan-jalan di QB Mall, beli kasut baru sepasang kat Jusco.. hehe.. layan... -27/10 : Cuti Deepavali, aku pon balik semula ke KL, sebab esoknya nak keja dah. Bertolak kul 9.30 pagi dr Kulim, sampai Kajang dlm kul 1.30 petang camtu ~ 4 jam ~ Top Speed? 140 km/j saja.. sebab

Amanat Raja-Raja Melayu

Assalamualaikum.... ISLAM - RAJA - MELAYU Ketiga-tiga frasa di atas sudah bagai tidak dapat dipisahkan lagi daripada tanah air tercinta kita, Tanah Melayu Nusantara, Malaysia. Orang-orang Melayu taat dan setia kepada Raja-Raja Melayu yang melambangkan kedaulatan Melayu serta kesucian Agama Islam yang dijunjung oleh Orang-orang Melayu. Raja-raja Melayu adalah ketua Agama Islam di dalam negeri masing-masing dan mereka bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan oleh rakyat masing-masing kerana mereka adalah pemerintah. Dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung pada hari ini, satu AMANAT KHAS telah dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja kepada orang-orang Melayu supaya bertindak demi mempertahankan kesucian Agama Islam serta Hak-Hak Orang Melayu. Hal ini amat penting dan bermakna bagi seluruh umat Islam (baca, Melayu) kerana sejak akhir-akhir ini orang-orang bukan ISLAM sudah semakin MELAMPAU. Mereka cuba mencabar ISLAM dan memperlekehkan MELAYU. Kita tidak seharusnya membiark

Cantikkan dalam dan luar anda..

Assalamualaikum,  Coretan kali ni adalah satu rumusan ataupun ringkasan (boleh jugak kalau dipanggil instisari) untuk artikel daripada Dr. HM Tuah Iskandar yang telah dipaparkan dalam laman web beliau, etuah.com . Artikel yg agak menarik ini sesuai untuk kita tatapi sebagai panduan untuk mencantikkan diri dari dalam dan luar. Artikel asal bertajuk "Cantikkan luar dan dalam anda" tidak dapat dikongsikan di sini secara 'bulat-bulat' sebab terdapat syarat-syarat dan terma dalam laman etuah.com yang mengehadkan penyebaran artikel-artikel yang dipaparkan. Oleh itu disediakan penulisan semula tips-tips yang disampaikan di dalam artikel tersebut. 1. Nak kuatkan badan, makan daging selalu tapi jangan kerap sangat. Daging merah makan sekali seminggu pon dah cukup. 2. Pakai la wangi-wangian selalu. Sebabnya psikologi kita ni suka pada benda yang harum-harum. Bila kita suka harum, kita selalu amik nafas panjang-panjang, banyak oksigen masuk - mesti la badan jadi kuat bukan? ya

Tolong sat, bleh?

Tolong bagi pendapat bleh? -Azhar/Tkp- Memasang Immobiliser pada kereta boleh mem'void'kan WARRANTY kompenen yang berkaitan, tetapi tidak pada kompenen yang lain. Soalannya, patut tak aku pasang immobiliser kat kenderaan aku, walaupun risikonya akan mem'voidkan' WARRANTY sistem wiring? Boleh jer.. Jangan! Boleh, tapi pasang kat pusat servis Proton Persetankan warranty! Safety 1st!! View Results Apa itu immobiliser? klik sini.... huuuu...   kerek plak dia yer.... amboih, jgn la sombong sgt... hehehe...

Lemang, Laksa, Nasi & Sate

Assalamualaikum.. "Burpp... Alhamdulillah.." - ungkapan yang sering kita dengar atau lafazkan apabila perut sudah kenyang. Ya, hari ini Alhamdulillah, syukur hidup di Malaysia ni dapat menikmati juadah-juadah yang disediakan di jamuan-jamuan dan keraian. Bayangkanlah rakan-rakan kita di tempat-tempat lain yang sedang berjuang untuk hidup, ada yang nak makan sekali sehari pun terpaksa berebut-rebut sampai ada berlaku kematian. Bertuahnya bumi Malaysia ni, kita cukup makan pakai, sampai kadang-kadang jamuan tu ada hari-hari. Sempena bulan Syawal ni, tentulah ramai yang masih mengadakan rumah terbuka atau jamuan untuk Aidil Fitri. Tidak ketinggalan ialah 'organisasi' tempat aku bekerja. Tadi tengah hari, berlangsungnya majlis jamuan aidil fitri yang diadakan di 'kompleks utama organisasi' dan ianya dihadiri oleh 'para kenamaan tertinggi negara' yang bertanggungjawab di 'organisasi' tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa untuk memberkati majl