Sabar

SABAR

Definisi Sabar - Apa itu sabar?

Sabar merupakan sifat berhemat yang memberi keupayaan untuk menahan diri daripada bertindak mengikut naluri dan emosi, yang mana tindakan itu salah, tidak sesuai dengan masa dan mengakibatkan kerugian dan kekesalan.
Sabar dapat dinilai dari 3 aspek atau konteks yang berlainan. Orang yang sabar adalah orang yang :

a) menahan kemarahan dan meletakkan kemarahannya pada tempatnya

b) sentiasa dapat menahan dirinya daripada desakan untuk menggunakan kemewahan, kesenangan dan kuasa yang ada padanya di luar batasan undang-undang dan peraturan yg ada. Sebagai contoh, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

c) Tidak berputus asa dan kecewa sekiranya menghadapi kesusahan dan kesulitan dari segi kebendaan, penindasan mahupun penghinaan. Dalam erti kata lain, orang yang sabar tidak mudah melakukan sesuatu yang kurang bijaksana seperti membunuh diri, mengamuk, memberontak dan sebagainya.

Diantara 3 aspek/konteks yang dibincangkan, yang paling mudah untuk menghadirkan sabar adalah yang ada pada butiran (c) yakni bersabar apabila menghadapi kesusahan dan bencana manakala sifat sabar amat sukar untuk hadir pada keadaan seperti di (a), yakni sabar daripada menyalah guna kuasa dan pangkat, kemewahan dan kesenangan dalam melakukan sesuatu yang melanggar batas undang-undang dan syariat kerana di sana, terdapat desakan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Malah sifat naluri manusia untuk senang dengan jalan yang mudah menambah buruk lagi keadaan.

Apabila seseorang itu sabar, beliau dapat menguasai diri sendiri dan ini akan menjana sifat-sifat lain seperti ketegasan, keberanian, keyakinan dan kebijaksanaan. Keempat-empat sifat ini penting untuk membina jati diri yang mantap kerana seseorang yang mantap jati dirinya tidak mudah dikuasi hawa nafsu serta hasutan-hasutan negatif yang lain.

Menjana sifat sabar

Sabar merupakan salah satu suruhan dalam agama Islam. Ingatlah kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. Demi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan, beliau tetap bersabar dan melakukan perintah tersebut dengan tekad, yakin dan tawakkal. Nabi Ibrahim telah Berjaya mengatasi hawa nafsu dan hasutan syaitan yang menghasutnya kerana sifat amanah, dan sabar beliau dalam menjalankan perintah Allah. Berkat kesabaran beliau dalam menjalankan perintah, Allah SWT telah member nikmat yang besar terhadap beliau. Anaknya Nabi Ismail yang disembelih itu telah ditukar oleh Allah dengan binatang sembelihan yang lain, tanda lulusnya ujian yang telah diberikan.

Pengajaran daripada kisah ini ialah tanggungjawab dan tugas yang diberikan hendaklah dilaksanakan dengan tekad, dan penuh kesabaran, kerana di hujungnya pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya keperitan dan kesukaran dalam melakukan sesuatu itu adalah ujian dari Allah dan sebagi hamba-Nya, kita haruslah redha dan insaf, hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya. Maka kita haruslah menerima apa jua ujian dan daripada Allah dengan sifat sabar dan tekad dalam menghadapinya.

Di dalam Al-Quran, terdapat tidak kurang dari 20 ayat yang menyentuh bab kesabaran. Sebagai contoh, di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah bersama-sama (menolong) orang-orang yang Sabar”

(Al-Baqarah, ayat 153)

Dan di dalam firman Allah yang lain, surah As-Syura, ayat 43

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)1”

1 - [diutamakan]

(Asy-Syura, ayat 43)

Sebagai umat Islam, tindakan sabar adalah wajib untuk dilaksanakan kerana ia merupakan suruhan dan perintah Allah SWT. Ini bermakna, orang yang tidak sabar ialah orang yang telah melanggar perintah dan suruhan Allah. Mereka yang melanggar perintah dan suruhan Allah akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.

Penutup

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berazam untuk melebihkan sifat sabar di dalam diri kita dan cuba untuk mengatasi hawa nafsu yang menguasai diri. Tanamkan tekad dan usaha serta berdoa dan bertawakkal pada Allah, supaya dipermudahkan sifat sabar hadir dalam diri kita. Sifat sabar amat penting dalam kehidupan setiap muslim, jika tidak, masakan terdapat hadis seperti yang diriwayatkan oleh Abu Na’im yang berbunyi :

“Sabar itu adalah separuh daripada iman, dan yakin memenuhi iman kesemuanya”
(riwayat Abu Na’im)

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Sumber Rujukan :
  • Huraian kepada Panduan al-Quran dan Hadith bagi pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam – BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri (1996).
  • Ayat-ayat Suruhan – JAKIM, (2006).


------

Salam semua..

kat ataih ni adelah teks ucapan awam aku pg tadi.. kena wat sket ucapan... pikiaq punya pikiaq, last2 aku pilih tajuk ni... bukan apa, sbb sumber dah ada dalam simpanan aku, jadi aku rasa sesuai plak tajuk ni... jadi saja aku publish ni supaya dapat peringat sesama kita dalam hal ni...

ni ja laa.. hehe.. Wassalam...

Comments

sHa said…
hehehe..smlm neh kira prktis la eh kat aku..huehue
Tokapi said…
Haaa.. br nak tau ka.. hehe.. kena la praktis.. bukan saja2 nak bg tazkirah.. hahahaa...

Popular posts from this blog

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman

Sudah jauh daku mencari...

Another Year.... 2017