Monday, November 19, 2007

Sabar

SABAR

Definisi Sabar - Apa itu sabar?

Sabar merupakan sifat berhemat yang memberi keupayaan untuk menahan diri daripada bertindak mengikut naluri dan emosi, yang mana tindakan itu salah, tidak sesuai dengan masa dan mengakibatkan kerugian dan kekesalan.
Sabar dapat dinilai dari 3 aspek atau konteks yang berlainan. Orang yang sabar adalah orang yang :

a) menahan kemarahan dan meletakkan kemarahannya pada tempatnya

b) sentiasa dapat menahan dirinya daripada desakan untuk menggunakan kemewahan, kesenangan dan kuasa yang ada padanya di luar batasan undang-undang dan peraturan yg ada. Sebagai contoh, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

c) Tidak berputus asa dan kecewa sekiranya menghadapi kesusahan dan kesulitan dari segi kebendaan, penindasan mahupun penghinaan. Dalam erti kata lain, orang yang sabar tidak mudah melakukan sesuatu yang kurang bijaksana seperti membunuh diri, mengamuk, memberontak dan sebagainya.

Diantara 3 aspek/konteks yang dibincangkan, yang paling mudah untuk menghadirkan sabar adalah yang ada pada butiran (c) yakni bersabar apabila menghadapi kesusahan dan bencana manakala sifat sabar amat sukar untuk hadir pada keadaan seperti di (a), yakni sabar daripada menyalah guna kuasa dan pangkat, kemewahan dan kesenangan dalam melakukan sesuatu yang melanggar batas undang-undang dan syariat kerana di sana, terdapat desakan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Malah sifat naluri manusia untuk senang dengan jalan yang mudah menambah buruk lagi keadaan.

Apabila seseorang itu sabar, beliau dapat menguasai diri sendiri dan ini akan menjana sifat-sifat lain seperti ketegasan, keberanian, keyakinan dan kebijaksanaan. Keempat-empat sifat ini penting untuk membina jati diri yang mantap kerana seseorang yang mantap jati dirinya tidak mudah dikuasi hawa nafsu serta hasutan-hasutan negatif yang lain.

Menjana sifat sabar

Sabar merupakan salah satu suruhan dalam agama Islam. Ingatlah kisah Nabi Ibrahim a.s yang telah diperintah Allah SWT untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s. Demi tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan, beliau tetap bersabar dan melakukan perintah tersebut dengan tekad, yakin dan tawakkal. Nabi Ibrahim telah Berjaya mengatasi hawa nafsu dan hasutan syaitan yang menghasutnya kerana sifat amanah, dan sabar beliau dalam menjalankan perintah Allah. Berkat kesabaran beliau dalam menjalankan perintah, Allah SWT telah member nikmat yang besar terhadap beliau. Anaknya Nabi Ismail yang disembelih itu telah ditukar oleh Allah dengan binatang sembelihan yang lain, tanda lulusnya ujian yang telah diberikan.

Pengajaran daripada kisah ini ialah tanggungjawab dan tugas yang diberikan hendaklah dilaksanakan dengan tekad, dan penuh kesabaran, kerana di hujungnya pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya keperitan dan kesukaran dalam melakukan sesuatu itu adalah ujian dari Allah dan sebagi hamba-Nya, kita haruslah redha dan insaf, hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk-Nya. Maka kita haruslah menerima apa jua ujian dan daripada Allah dengan sifat sabar dan tekad dalam menghadapinya.

Di dalam Al-Quran, terdapat tidak kurang dari 20 ayat yang menyentuh bab kesabaran. Sebagai contoh, di dalam surah Al-Baqarah, ayat 153 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan sembahyang, kerana sesungguhnya Allah bersama-sama (menolong) orang-orang yang Sabar”

(Al-Baqarah, ayat 153)

Dan di dalam firman Allah yang lain, surah As-Syura, ayat 43

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)1”

1 - [diutamakan]

(Asy-Syura, ayat 43)

Sebagai umat Islam, tindakan sabar adalah wajib untuk dilaksanakan kerana ia merupakan suruhan dan perintah Allah SWT. Ini bermakna, orang yang tidak sabar ialah orang yang telah melanggar perintah dan suruhan Allah. Mereka yang melanggar perintah dan suruhan Allah akan mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.

Penutup

Sebagai penutup, marilah kita sama-sama berazam untuk melebihkan sifat sabar di dalam diri kita dan cuba untuk mengatasi hawa nafsu yang menguasai diri. Tanamkan tekad dan usaha serta berdoa dan bertawakkal pada Allah, supaya dipermudahkan sifat sabar hadir dalam diri kita. Sifat sabar amat penting dalam kehidupan setiap muslim, jika tidak, masakan terdapat hadis seperti yang diriwayatkan oleh Abu Na’im yang berbunyi :

“Sabar itu adalah separuh daripada iman, dan yakin memenuhi iman kesemuanya”
(riwayat Abu Na’im)

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Sumber Rujukan :
  • Huraian kepada Panduan al-Quran dan Hadith bagi pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam – BAHEIS, Jabatan Perdana Menteri (1996).
  • Ayat-ayat Suruhan – JAKIM, (2006).


------

Salam semua..

kat ataih ni adelah teks ucapan awam aku pg tadi.. kena wat sket ucapan... pikiaq punya pikiaq, last2 aku pilih tajuk ni... bukan apa, sbb sumber dah ada dalam simpanan aku, jadi aku rasa sesuai plak tajuk ni... jadi saja aku publish ni supaya dapat peringat sesama kita dalam hal ni...

ni ja laa.. hehe.. Wassalam...

Monday, November 05, 2007

Quickiee~~

Salam..

Just a quick update kali ni.. demi memenuhi permintaan akak tersayang, (lol)... nak main-main tag plak dah dia ni... So untuk tidak menghampakan beliau dan untuk membuktikan aku bukan jenih ngelat, inilah dia re-post menda yang lebih kurang sama... tajuk je lain, tapi isinya sama aja yaaa~~

~8 random facts/habit about me.~

1.Math vs History
Aku budak aliran sains mase skolah tp x score plak subject science.. instead aku lagi suka subjek sejarah ngan geografi... aku lg suke bace buku sejarah 100-200 pages dr buat latihan matematik 5-6 muka surat

2. Kerja betul vs Kerja main2
Kadang2, mase aku wat keje yg betul2 (cth yg assignment,projek) susah sgt aku nak wat.. research jd malas, coding jd malas, try n error lg malas.. tp kalo wat keje2 yg atas minat sendiri, rajin plak aku.. spend masa 4-5 jam just ntuk mende2 kecik.. sanggup research, try n error.. (cth, design blog, friendster, winamp status, forum.. blablabla lg mende2 lagho..)

3.Keputusan : Planned vs Spontaneous
Keputusan yg aku buat selalunya berubah2... kdg2 mende yg planned dlm masa seminggu tu jadi mende lain sbb aku lg suka ikut gerak hati pada saat2 terakhir.. kdg2 sgt spontan.. cth, kalo aku kate plan x nak gi mane2 ari cuti, tp kalo terdetik sket nak pegi.. jadi.. jalan je..

4. Online vs Realiti?
Hehehe.. kdg2 time online ni aku rasa senang sgt nak sembang ke, chat ke, melawak ke.. especially ngan gurls.. tp kalo betoi2.. hahaha.. jgn harap la.. aku jenih diam ekceli.. tambah2 lagi ngan kaum hawa.. sbb tu nmpk aku jarang2 rapat ngan kawan2 pompuan, x kira satu kelas ke, satu group ke.. kalo dah darurat sgt, baru bleh.. hehe.. mende ni senanye perasaan segan.. smp kdg2 nak tgk face to face pon x leh.. bukan nyer sbb sombong, tp mmg sebab segan, gementar, dll..

5. Bilik...
Hahaha.. tah nape aku suke tutup pintu bilik... ade org ke, x de org ke.. aku suke je tutup pintu bilik.. tatau nape... huhuhu.. eh, pelik ke ni?

6. Buku
Aku sorg peminat buku.. x kire la buku apa pon.. nampak best je, kalo ade duit, aku beli.. aku suke sgt nak tau isi kandungan buku tu.. tp yg peliknya, setiap kali aku baca 10-20 page, aku akan stop ntuk jangka masa lama (5-6 bulan) sblm start bace balik.. tatau nape... aku pon pelik.. buku beli banyak, tp nak bace idoknyer... bile dah nak expired buku, baru nak baca.. isk isk.. selain dr tu aku ske baca Mastika.. huhu~


Gahahaha.. amik, 100% recycle menda lama.. ikot peratoran aku kena tag org len kan? tapi aku x mau ikut peraturan sbb nak jadi budak jahat.. miahahahah ;P.. so kepada makc.. eh akak ana, ni lah diaaaa.....

Kepada kengkawan, termasuk Radin, Nazry, Shahril.. sorry x dpt pi umah hampa.. berbanyak2 sorry.. aku x dak transport+kelapangan... the truth is, aku rindu sgt2 kat hampa semua... kawan sejatuh sebangun.... haih... jangan amik hati... insya Allah, nanti kita pi lepak sama2...

K, tu jeeeeee....... nak keja malam plak... isk.. rasa cam nak balik jaa.. balik lah.. muahahaha... :p

Wassalam..

Heheee... aku bukan kaki ngelat.. lol.... ada org tu da kawin tp ngelat tak bgtau.. lols...