Saturday, August 18, 2007

Merdeka!


Salam..

Sebelum memulakan bicara kali ini, aku nak ucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Fadil Ahmad, rakan seperjuangan masa kat kampus dulu atas kembalinya beliau ke Rahmatullah lebih kurang seminggu yang lepas. Arwah yang aku kenal seorang yang baik hati, cergas orangnya dan amat 'cool' sekali. Senang sungguh bergaul dgn dia, walau kenai tak lama. Sebak rasa hati bila dapat tau dia telah meninggalkan dunia fana ni. Bagaikan baru semalam terasa bersama, namun Allah lebih menyayangi dia. Setelah koma selama 2 bulan lebih kurang, maka dia telah dijemput kembali ke Rahmatullah untuk menemui Maha Pencipta. Telah datang janji Allah kepada hamba-Nya, janji yang pasti kita semua menempuhinya. Marilah sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga tenang rohnya di-sana, Al Fatihah!...

Haih, lama jugak x update yer... bukan apa.. kebelakangan ni agak sibuk lah jugak.. harap hari Sabtu-Ahad saja senang sikit.. Selalu lepas abis gheja, aku balik rumah dah penat2 dah.. lepak sat semua, pastu dlm kui 10 lebih dah tidoq.. perjalanan jauh membuatkan badan ni letih sikit.. jadi kurang masa plak untuk nak menulis entry kat blog.. kat tempat gheja plak x sempat nak tulis entry.. nanti org kata curi tulang ke apa plak kan... baru gheja kena la jadi rajin sikit... x leh la nak malas2... hehe.. betui dak?

Dalam masa lebih kurang 2 minggu, kita akan menyambut ulang tahun hari kemerdekaan kita yang ke 50... sedaq x sedaq, 50 tahun kita merdeka... Perjuangan yg dirintis datuk nenek kita dahulu rupa2nya sudah setengah abad kita menikmatinya.. Bermula dengan susah payah selepas pendudukan Jepun, orang2 Melayu pada ketika itu telah menyuntik semangat baru untuk melepaskan diri dari dibelenggu penjajah Inggeris. Kita tidak lagi mahu tunduk pada orang2 putih. Sebaliknya kita berkata kepada mereka, kita sudah bersedia mengambil kembali hak pemerintahan.. kita melawan, kita tak mahu tanah jajahan, tanah naungan, sebaliknya kita mahu negara kita sendiri, dan akhirnya pihak British terpaksa akur dengan kemahuan rakyat.. Kita diberi kemedekaan yg ingin kita kecapi selama ini. 500 tahun terjajah dan menjadi hamba di bumi sendiri, 50 tahun lalu kita akhirnya menemui kebebasan yg kita cari selama ini..

Kini setelah separuh abad, kita memasuki usia emas di alam kemerdekaan ini. Jubli Emas, bak kata pepatah. Tak dapat dinafikan, negara kita sudah maju.. dgn teknologi canggihnya, pembangunan sana sini, ekonomi dan sebagainya tapi kita masih lagi menghadapi masalah sosial yg agak membimbangkan. Dari satu masalah ke satu masalah lain.. dari masalah dadah, bohsia, rempit dan kini seks bebas makin menjadi2.. semakin hari kita dapat melihat video2 seks bebas tersiar di alam maya ini.. yg sedihnya, kebanyakan video yg tersiar melibatkan anak melayu.. tambah malang, mereka yg bertudung nampak gayanya sama-sama naik dalam aksi2 melampau dan hina itu. Tidak cukup dengan itu, para pelajar kita kini nampaknya dah tak kenal antara guru dan kawan2 untuk dibuat main. Di ajaknya bertumbuk dengan guru sendiri... tak kurang hebat juga yg kurang ajar dengan ibu bapa sendiri... dipukulnya ibu yang mengandung dan bapa yg susah payah membesarkan.. di mana jati diri ketimuran yg menitik beratkan penghormatan kepada ibu bapa? Inikah hadiah 50 tahun merdeka?

Jadi di mana silapnya? Salah kerajaan kah? salah ibu bapa? salah guru? salah rakan sebaya? salah media? salah teknologi? salah UMNO? salah PAS? salah DAP? atau salah diri sendiri? salah apa lagi...?

Saya tinggalkan kepada pembaca sekelian untuk mencari jawapannya. Kerana setiap jawapan yg anda berikan ada caranya tersendiri untuk kita menyelesaikan masalah ini..

Berbalik kepada mood kemerdekaan sekarang ini, boleh lah kita tunjukkan jugak simboliknya dgn memasang bendera di rumah2 kita... walaupon ini bukanlah tujuan sebenar kemerdekaan, tapi apa salahnya kita mengibarkan bendera di rumah-rumah kita... sekurang2 nya anak2 kecil yg melihat bendera akan bersemangat dan ini sudah tentu dapat menanam rasa cinta kepada negara. Sesungguhnya cinta kepada tanah air adalah sebahagian dari iman. Kita wajib mempertahankan negara kita dari apa jua jenis serangan dari sebarang sudut. Ini termasuk dari sudut ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.. tanpa ada jati diri yg kukuh dalam diri, mana mungkin kita sanggup bergadai nyawa demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita yg tercinta ini...

Cukup sajalah kita berbicara pasal kemerdekaan kita pada hari ini. Kemerdekaan itu tidak bermakna jika kita masih dibelenggu oleh penyakit2 sosial spt mana yg kita alami ketika ini. Renungilah akan maksud sebenar kemerdekaan. Merdeka ini bukan sekadar sambutan yg dihiasi dengan nyanyian dan parti-parti jalanan, tapi kemerdekaan ini dibina atas darah dan keringat para pejuang yg berjuang dalam segala sudut dalam membebaskan diri dari belenggu penjajah dan pengkhianat negara.Dulu pengkhianat ini kita kenali dgn nama Komunis, kini muncul pula pengkhianat negara dengan ancaman2 yang baru... Mereka lupa asal usul dan makin melampau demi kepentingan diri sendiri. Dengan pengkhianat2 seperti inilah yg harus kita hati2 dan kita perangi. Mereka ini umpama api dalam sekam, jika kita tak padam awal2, alamatnya musnah lah kemerdekaan ini.

Sekian, Wassalam

UPDATE : Download Video Kemerdekaan Malaya :
Kemerdekaan Malaya < right klik, save target as.. huhu

UPDATE : Malaysiaku Gemilang



Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan Tekad mulia, Maju Berwawasan
Mencipta keagungan

Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta

Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur

Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang

Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun



P/S : .... kamu.. :(

1 comment:

Jie said...

Assalamualaikum

Saya mohon izin untuk copy lagu Malaysiaku Gemilang ye..saya link sebagai kredit.

Terimakasih