Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2007

Merdeka!

Salam..

Sebelum memulakan bicara kali ini, aku nak ucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Fadil Ahmad, rakan seperjuangan masa kat kampus dulu atas kembalinya beliau ke Rahmatullah lebih kurang seminggu yang lepas. Arwah yang aku kenal seorang yang baik hati, cergas orangnya dan amat 'cool' sekali. Senang sungguh bergaul dgn dia, walau kenai tak lama. Sebak rasa hati bila dapat tau dia telah meninggalkan dunia fana ni. Bagaikan baru semalam terasa bersama, namun Allah lebih menyayangi dia. Setelah koma selama 2 bulan lebih kurang, maka dia telah dijemput kembali ke Rahmatullah untuk menemui Maha Pencipta. Telah datang janji Allah kepada hamba-Nya, janji yang pasti kita semua menempuhinya. Marilah sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, moga tenang rohnya di-sana, Al Fatihah!...

Haih, lama jugak x update yer... bukan apa.. kebelakangan ni agak sibuk lah jugak.. harap hari Sabtu-Ahad saja senang sikit.. Selalu lepas abis gheja, aku balik rumah dah penat2 dah.. …