Skip to main content

Kedatangan Bulan Rejab

Salam...

Hari ini, 16 Julai 2007 adalah bersamaan 1 Rejab 1428 hijrah. Kedatangan bulan rejab bagi kalangan kita menandakan bahawasanya tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, yg tibanya sesudah Syaaban yg tiba sesudah Rejab. Terdapat riwayat yang menyarankan kita supaya menambah amalan puasa sunat di bulan Rejab ini kerana ganjaran-ganjaran dan faedah yg ada padanya, sekadar memetik beberapa diantaranya yg selalu di forward oleh rakan2 adalah puasa sunat di bulan Rejab.

Tetapi ada diantara kita mungkin akan menuduh ini sebagai bidaah kerana amalan ini tiada sandarannya dengan hadis sahih (Pendapat ini telah disanggah, klik sini untuk membaca sanggahan itu!). Ya, mungkin juga tapi jgn lah cepat menuduh sebagai bidaah. Amalan berpuasa di bulan Rejab sesungguhnya sesuatu yg bagus kerana ia adalah amalan biasa yg dilakukan pada mana2 bulan sekalipun. Puasa sunat Isnin, Khamis adalah amalan biasa. Jadi bagi sesiapa yg belum mengamalkan, maka eloklah bermula pada bulan rejab ini kerana ia boleh melatih kita untuk membiasakan diri dgn keadaan berpuasa sebelum puasa wajib 30 hari yg akan menjelma pabila tiba bulan Ramadhan. Apakah salahnya berpuasa sunat, bukanlah diniatkan pada bulan rejab ini sahaja, kita niatlah puasa sunat spt biasa.

Perkara yg lebih penting berlaku pada bulan Rejab ialah Israk Mikraj. Ini berlaku pada 27 Rejab semasa Rasulullah SAW sedang mengembangkan syiar Islam. Pada malam tersebut, Rasulullah SAW telah dibawak ke satu perjalanan yg jauh, dari Mekah ke BaitulMaqdis (Masjidil Aqsa) dan seterusnya Baginda di bawa ke langit, hingga ke Sidratul Muntaha, di mana Baginda menerima amalan Solat 5 waktu yg wajib untuk diamalkan oleh Umat Islam yang beriman. Jadi, boleh dikatakan pada malam 27 Rejab itulah antara waktu yg bersejarah untuk umat Islam mengingatinya kerana Solat merupakan tiang agama.

Dalam mengenang hal ini, anda bolehlah merujuk kepada laman web :

Kronologi Israk dan Mikraj

Untuk mengakhiri entry kali ini, saya masukkan sedikit khutbah dari JAKIM yg bertajuk :


"Israk Dan Mikraj Menguji Keimanan" (Klik untuk mula membaca)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jamaah sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat dari Allah s.w.t..

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting dimana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah s.w.t.

Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.

Tuan-Tuan Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan doanya seperti berikut :

اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَيَعْلَمُوْنَ

Yang Bermaksud : “ Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui ”

Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimanan firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 1 :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya : “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Para Ulama’ Hadis, Ulama’ Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya melalui roh sahaja.

Demikianlah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.

Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke dua-dua golongan tersebut.

Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palastin dan Wilayah Lobenan mereka setaip saat diburu, dibom dan dibunuh dengan kejam oleh rejem Yahudi Israil. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 120 :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ

Maksudnya : “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) ”.


Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj pada kali ini diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam kerana Amerika Syarikat (Pihak Kristian) yang mengaku dirinya sebagai polis dunia atau pengaman dunia telah dibeli oleh rejim Yahudi bagi menghalalkan tindakkan mereka membunuh penduduk Islam di Wilayah Palastin serta mengumumkan Baitul Maqdis bumi Isra’ yang penuh dengan keberkatan sebagai ibu negara kepada negara haram Yahudi.

Begitu juga, mereka pada hari ini mereka begitu berani dan rakus melakukan kekejaman terhadap umat Islam dengan membunuh dan menyerang penduduk awam Lobenan dimana sehingga kehari ini telah mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa serta menyebabkan seramai hamper 500,000 orang penduduk menjadi pelarian.

Maka, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dengan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan jahat yang dilakukan oleh rejim Yahudi. Kerana ia bukan sahaja telah melanggar hak kemanusiaan tetapi ia memberi kesan yang cukup besar terutama ke atas Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan sejarah Isra’ baginda s.a.w.

Selain itu, kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kuasa dunia khususya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) khususnya Negara jiran di sekitar Palastin dan Lobenan mampu memberi bantuan dan menghentikan kekejaman rejim Yahudi ini dengan secepat mungkin. Kerana kita tidak sanggup lagi melihat setiap saat umat Islam diburu dan dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan seolah-olah nyawa umat Islam tidak berharga.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Akhirnya, sebagai kesimpulan khutbah kita pada hari ini, melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terdapat beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya yang dapat kita jadikan pengajaran, diantaranya :

1. Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh di jiwa manusia.

2. Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada diri manusia.

3. Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.

4. Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra’ dan Mikraj, khususnya mengenai bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, ia benar-benar berlaku pada hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat Islam.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلا طُغْيَانًا كَبِيرًا

Maksudnya : “dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), Bahawa Sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmunya dan kekuasaanNya); dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau”.

( Surah al-Isra’ ayat 60 )



Sekian dahulu, semoga sama2 kita beroleh keberkatan dan keampuanan Allah SWT.

Wassalam



p/s : jika itu kehendak-Nya, ku terima jua....

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Setanggi Syurga..

Salam... Huhu..sebenaqnya dah lama nak post lagu nih...tp dok tangguh sbb ada problem ngan internet connection..dah terlajak sampai mlm minggu nih, meh aku cerita sket la kot.. Td kami pi main futsal..lawan ngan geng indon (geng mustapa)..huhu dan dgn bangganya, kami kalah..kekalahan tu 50 % mesti sbb aku...sbb time aku jd goal keeper tu la byk yg masuk..btw, x kisah sgt la..sbb tujuan kami ialah bersukan dan mengeluaqkan peluh..menyahut seruan kerajaan ntuk bersukan...suasana perlawanan berlangsung dgn penuh harmoni tanpa insiden yg x dingini..huhuhu... Dan mcm biasa, dah masuk minggu kedua nih, dah ada dah assignment...plg berat setakat ni ialah SE...kena buat summary drpd 3 artikel...huehuheue....nak kena baca byk dan paham baru bleh wat...so sok akan bermula la kot...dan yg lelain tu semua nak kena baca sebelum start plak klas isnin ni.. Ok, berbalik ke tujuan asal posting ni....Setanggi Syurga...masa memula dengaq, ingatkan 100% lagu cintan cintun...tp bila dah tgk lirik dia dan m