Monday, July 30, 2007

Siri Dugaan...

Salam...

Hehe.. org kata, dalam hidup ni mesti ada dugaan dan cabaran.. kalo x dak dugaan, x panggil kehidupan la kan.. hehe.. jadi, dalam hal ni, kita bila menghadapi dugaan ni mestilah sabaq banyak2 dan redho atas segala kehendak-Nya sbb manusia mcm kita ni semua hanya mampu merancang, tapi Allah jua la yg menentukan. Kalau Allah dah kata, tu, tu lah yg jadi... Allah kata dlm Surah Yaasin, "Kun, fa ya kuun.." Jadi, maka jadilah ia...

Aku saja la nak cerita dugaan aku hadapi dlm 2-3 hari ni.. semua mula pada Sabtu lepaih, hehe.. spt biasa, awai2 pagi aku akan on PC dan terus connected ke internet.. Tapi pagi tu aku rasa pelik sikit sbb lampu kat router aku ni x menyala la plak.. adoih.. apa ke hal la tu.. check punya check, lampu ADSL x menyala.. ingatkan aku silap setting router ka pa.. check lagi skali tgk line telepon plak dah yg masalah.. bukan masalah roiter aku...

So, aku pon apa lagi.. nak la hubungi TM.. jadi aku pon call la no 100.. baik punya call, dah tekan option semua, tgk2 dia kata aduan hanya bleh dibuat pada pukui 8.30 pagi... adoi laaa.. apa keheynyer tuh.. isk isk.. so aku pon tggu la sbb baru kui 7.30 pagi camtu.. tunggu punya tunggu sampai la tetidoq.. adoi.. sedaq2 dah pukui 11 dan x dan aku nak report, mak aku dah pon tlg report.. isk isk... mcm tu plak dah...

Jadi, pada ptgnye plak aku nak pi renew insurance, ikut kata pak aku, nak renew x yah bwk geran, cukup polisi yg lepas2 ja.. so aku pon pi la ngan slamba bawak lama punya polisi kat kedai moto merangkan agen insuran tuh.. sampai sana akak tu plak kata kena ada geran baru bleh wat insuran.. adeh.. apa kes cik kak oi? dulu x yah pon... "Dulu lain, skang lain".. slamba ja kak tu bagi.. isk isk.. nih nak hangen nih.. tp aku pon pi la balik amik balik geran moto aku tuh then bwk pi.. pastu, dia pon wat lah.. tggu punya tggu dlm 20 minit camtu, akak minachi yg lg sorg tu plak ckp... "Sorry laa, system offline, kita tarak boleh wat apa punya... esok u mai kita kasi buat sama you.. kita simpan you punya geran sama ini insuran polisi.." aaaaa.. apa kes.. aku dah tggu lama, kata sok plak nak mai... nak pegang geran aku lak tu.. isk isk.. melampau neh.. awat x habaq awai2 ja kata offline? x yah la aku nak balik bwk pi geran apa semua.. haih! tp apa nak buat, dah bayaq dah pon insuran, so terpaksa la tggu sok hari yakni Ahad sebelum aku pi amik balik insuran dan truih buat road tax...

Jadi, sok harinya pon, sblm aku pi amik road tax, aku tanya la lg skali TM.. konon2 nak report la tepon rosak.. x dan nak habaq masalah, habeh ja habaq no tepon rumah aku, dia maklumkan siap2 kata mmg ada masalah.. yakni problem dah report dah sebelum ni.. jadi dia kata la masalah sebenaqnya.. kabel kena potong oleh pencuri kabel, so bukan rumah aku je lah x dak.. kira satu taman aku la yg ada problem nih.. binawe punya pencuri kabel.. hampeh.. menyusahkan orang.. mcm nak cincang2 jaa kalau aku dapat.. kecik2 x mo mampus, bila besaq menyusahkan orang! eeeeeeeeeeee~~~~! Menurut kata akak operator yg suaranya manis itu, bhg maintenence TM bagi jangkamasa smp 31 hb nih ntuk settle, kiranya hari Selasa.. isk isk.. so Sabtu dan Ahad nih ibarat patah kaki lah aku.. x dak tenet...

Pehtu aku pon pi la amik insuran kat kedai moto tuh semua.. dah amik tuh, aku pon pi buat road tax baru la kat JPJ.. semua berjalan lancar.. hehe.. so balik2 aku pon bph la road tax tu kat kunci moto aku tuh.. huhu.. so ari ni, aku pon pi la keja mcm besa... dlm perjalanan ataih jembatan pulau pinang nan indah itu, tiba2 aku terperasan, aku punya road tax mati 30 Julai 2007... watehel??? smalam aku dah tukaq sendiri, dah letak yg baru punya, 30 Julai 2008.. camna neh?m ada magic ka pa? isk isk.. mula x sedap hati, aku pon pecut smp parking kat tempat gheja.. check2 tgk, aku dapati aku punya tmpat selit road tax tuh renggang kat tepi dia.. kiranya ada ruang x tertutup lah... isk isk.. aku suspect aku punya road tax tuh dah melayang ke Selat Melaka dah masa aku lalu jambatan tadi..

Adeh.. camna ni.. seb baik la pak aku cuti hari ni.. mau x mau, kena mintak tlg dia buatkan balik yg baru.. kalo tak sok x leh jalan dah sbb dah mati road tax... pak aku pon pi la buat balik... siap kena denda lagi RM20.. isk isk.. kesian ayahanda tercinta.. maafkan anakmu ayahanda... kecuaian anakanda telah mendatangkan kesusahan kpd ayahanda... haih.. tadi masa aku balik, aku pon amik la yg baru tu, boh balik kat kunci moto aku tuh kat tempat dia, kendian sih pak aku konfem yg dah kejap penutup dia.. ya laa, x mau la melayang wat kali kedua... tah brapa plak kena kalo camtu.. dan tadi jugak, aku check2 balik line tepon dah ada.. maknanya depa (pihak TM) berjaya siapkan dlm masa kurang dr jangka masa yg depa bagi.. jadi baguih la camtu, leh la aku online cam la ni dan download Naruto Shippuden episod 21.. dah terlepaih dah 2 hari... ahahah....

Ermm... jadi ni ajelah.. aku bersyukur kepada Allah sbb dugaan aku ni ada penyelesaian dia dan agak cepat jugaklah settle.. walau dlm sesetengah masa tu rasa geram dan x leh kontrol jugak, tapi last2 x dak la org mati kena bunoh ka pa.. semua jadi normal balik.. jadi, apa yg kita leh blajaq dari sini, setiap dugaan tu mesti kita hadapi dgn tabah dan redho serta bertawakkal kepada Allah sbb hanya Allah yg Maha Pemurah dgn penuh rahmat dan kasih sayang-Nya yg dpt menyelesaikan segala masalah dan kesusahan kita...

Ok, tu ja kali nih... x mau dah tulih byk dlm entry kali ni, so jumpa di entry akan datang.. Wallahualam!

Wassalam...

P/S : Alahai.. jgn la kata itu suatu "misrouted call".. x larat dah kena mcm ni selalu.. .wakakakakakaka.....

Wednesday, July 18, 2007

Soal Puasa Bulan Rejab, & Kelebihan Rejab

Salam, ini direct copy paste dari roudhah (http://roudhah.net , http://roudhah.wordpress.com)


السلام عليكم ورحمة الله

Keterangan dalam thread ini dihimpun dari pelbagai sumber ilmu. Keterangan dari segi keilmuan dari pihak saya akan diberikan kemudian. InsyaAllah.

SOAL FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab, terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rejab, atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rejab, dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya, ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rejab dengan beralasankan hadits-hadits yang mengisahkan fadhilat puasa di bulan Rejab adalah dhaif dan maudhu’.

Maka mereka yang melarang atau sekurang-kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rejab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri, ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu' yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke-9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka, persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Akan tetapi, tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun, cuba membongkar semula masalah ini, atas alasan maudhu dan dhaif haditsnya. Lalu dikatakan tak sunat puasa di bulan Rejab.

Apakah maksud sebenar beliau ini? Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif haditsnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rejab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rejab, maka ianya sudah termasuk dalam kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin.

Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadhilat berpuasa dibulan Rejab itu yang bersalah, tetapi beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebarluaskan fahaman songsang tersebut.

Kita lihat keterangan-keterangan selanjutnya.

Al Allamah Ibnu Hajar Al Haitami mengulas:

“Terdapat seorang Ahli Fekah yang sentiasa menegah manusia daripada berpuasa di bulan Rejab (yang mana) adalah kerana kejahilan padanya, dan membuat suatu keputusan tanpa pertimbangan berdasarkan kaedah syariat yang sucinya.

Maka jika dia tidak rujuk kembali daripada menegah, wajib di atas para Hakim Makamah Syariah melarangnya/menegahnya daripada menyebarkan larangan tersebut dan mentakzirkan si Faqih yang jahil tersebut bersama-sama mereka yang sepertinya dengan hukuman Takzir yang sungguh-sungguh, yang memberi faedah tercegahnya daripada melarang orang ramai berpuasa di bulan Rejab.

Seolah-olahnya Faqih (ahli fekah ) yang jahil tersebut terpedaya dengan satu hadis yang diriwayatkan yang menyatakan:

“Bahawasanya Neraka Jahanam menyala-nyala bermula daripada haul/pusingan daripada satu haul kepada satu haul bagi sesiapa yang berpuasa Rejab”.

Padahal Si Jahil yang terpedaya tersebut tidak mengetahui bahawasanya hadis yang termaklum itu adalah batil, dusta yang tidak halallah meriwayatnya sebagaimana yang telah menyebut oleh Syekh Abu Omar bin Shollah (Ibnu Sholah), dan menegah engkau dari (meriwayatkannya), kerana memeliharakan sunnah, dan memeliharakan kebesaran ilmu.

Beliau berfatwa berbetulan dengan fatwa (Syeikhul Islam) Izzudin bin Abdis Salam, yang mana sesungguhnya telah disoal mengenai catitan sebahagian Ahli Hadis terdapatnya TEGAHAN berpuasa di bulan Rejab dan membesarkan bulannya al Haram, maka adakah sah nazar berpuasa pada keseluruhan bulan Rejab?

Syeikhul Islam Izzudin Abdis Salam menjawab::

“Nazar puasanya sah, beliau tersebut sebenarnya telah melazimkan penghampiran diri kepada Allah Taala dengan seumpama mengerjakan puasa. Mereka yang menegah daripada berpuasa di masa tersebut adalah jahil terhadap tempat ambilan ( Istinbath hukum-hukum syara'). Maka betapa pula dia menegahkan daripada berpuasa padahal bahawasanya para ulama` yang mana mereka telah menyusun (mentadwinkan) hukum–hukum syariah, tidak pernah ada di kalangan mereka seorang pun yang menyebut termasuk larangan yang makruh berpuasa bahkan sebenarnya puasanya adalah merupakan taqarub yakni penghampiran diri kepada Allah swt kerana berdasarkan beberapa hadis yang shohih yang menyungguh-nyungguh mendorong berpuasa seperti mana sabda Nabi saw, berfirman Allah Taala:

“Tiap –tiap anak Adam adalah baginya ( yakni boleh diketahui hitungan pahalanya) melainkan puasa."

Dan sabda Nabi saw:


“Sesungguhnya berubah bau mulut seseorang yang berpuasa terlebih harum disisi Allah Taala daripada bau kasturi”.


Dan lagi sabda Nabi saw:


“Sesungguhnya seafdhal-afdhal puasa ialah puasa saudaraku Daud as. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari”.


Adalah Nabi Daud as berpuasa dengan cara tersebut tanpa mengaitkan dengan bulan-bulan yang selain daripada bulan Rejab, dan tanpa mengaitkan selain daripada membesarkan bulan Rejab lain dari apa yang berlaku disisi puak Jahiliyah yang mana mereka juga membesarkan bulan Rejab. Maka Daud as dengan sebab berpuasanya bukanlah pula mengikut Jahiliyah.

Tidaklah kesemua perkara yang dilakukan jahiliyah ditegah melakukannya, melainkan apabila terdapat tegahan syariat padanya, atau terdapat dalil-dalil kaedah syariat yang menegahnya. Dan tidak pula ditinggalkan perkara yang sebenar disebabkan kerana terdapat orang-orang yang mengikut sesuatu kebatilan melakukannya.

(Sebenarnya) Orang yang melarang berpuasa (Rejab) tersebut adalah seorang yang Jahil yang terserlah kejahilannya. Tidak halal (yakni Haram-lah ) seseorang Islam mengikuti agama orang tersebut. Kerana tidak harus bertaqlid (mengikut) agama orang tersebut disebabkan, seseorang Islam tidak dibenarkan mengikut (sesuatu fatwa) melainkan kepada mereka yang telah Masyhur memahami, mengetahui dan mengertinya terhadap segala hukum Allah swt dan memahami, mengetahui dan mengertinya segala tempat pengambilan hukum iaitu dalil-dalil hukum.

Apa yang telah dibentangkan dan dibangsakan kepada Ahli Fekah tersebut adalah jauh dari faham, mengerti dan mengetahui berkenaan agama Allah swt. Maka janganlah diikut pada fatwa dan pendapatnya. Sesiapa sahaja yang mengikutinya, nescaya terpedayalah dengan agama ahli fekah itu”.

Tammat fatwa Syeikhul Islam Izzuddin Abdis Salam.

*bersambung 



Sumber Asal: http://www.roudhah.net/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=208

Sila Baca Sambungan di :

http://roudhah.wordpress.com
http://roudhah.net


Wassalam....

Monday, July 16, 2007

Kedatangan Bulan Rejab

Salam...

Hari ini, 16 Julai 2007 adalah bersamaan 1 Rejab 1428 hijrah. Kedatangan bulan rejab bagi kalangan kita menandakan bahawasanya tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, yg tibanya sesudah Syaaban yg tiba sesudah Rejab. Terdapat riwayat yang menyarankan kita supaya menambah amalan puasa sunat di bulan Rejab ini kerana ganjaran-ganjaran dan faedah yg ada padanya, sekadar memetik beberapa diantaranya yg selalu di forward oleh rakan2 adalah puasa sunat di bulan Rejab.

Tetapi ada diantara kita mungkin akan menuduh ini sebagai bidaah kerana amalan ini tiada sandarannya dengan hadis sahih (Pendapat ini telah disanggah, klik sini untuk membaca sanggahan itu!). Ya, mungkin juga tapi jgn lah cepat menuduh sebagai bidaah. Amalan berpuasa di bulan Rejab sesungguhnya sesuatu yg bagus kerana ia adalah amalan biasa yg dilakukan pada mana2 bulan sekalipun. Puasa sunat Isnin, Khamis adalah amalan biasa. Jadi bagi sesiapa yg belum mengamalkan, maka eloklah bermula pada bulan rejab ini kerana ia boleh melatih kita untuk membiasakan diri dgn keadaan berpuasa sebelum puasa wajib 30 hari yg akan menjelma pabila tiba bulan Ramadhan. Apakah salahnya berpuasa sunat, bukanlah diniatkan pada bulan rejab ini sahaja, kita niatlah puasa sunat spt biasa.

Perkara yg lebih penting berlaku pada bulan Rejab ialah Israk Mikraj. Ini berlaku pada 27 Rejab semasa Rasulullah SAW sedang mengembangkan syiar Islam. Pada malam tersebut, Rasulullah SAW telah dibawak ke satu perjalanan yg jauh, dari Mekah ke BaitulMaqdis (Masjidil Aqsa) dan seterusnya Baginda di bawa ke langit, hingga ke Sidratul Muntaha, di mana Baginda menerima amalan Solat 5 waktu yg wajib untuk diamalkan oleh Umat Islam yang beriman. Jadi, boleh dikatakan pada malam 27 Rejab itulah antara waktu yg bersejarah untuk umat Islam mengingatinya kerana Solat merupakan tiang agama.

Dalam mengenang hal ini, anda bolehlah merujuk kepada laman web :

Kronologi Israk dan Mikraj

Untuk mengakhiri entry kali ini, saya masukkan sedikit khutbah dari JAKIM yg bertajuk :


"Israk Dan Mikraj Menguji Keimanan" (Klik untuk mula membaca)


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan para jamaah sekelian supaya bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita akan beroleh rahmat dari Allah s.w.t..

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Kita kini sedang berada di bulan Rejab yang telah mencatatkan suatu peristiwa penting dimana pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah s.a.w. telah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj dimana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah s.w.t. dalam memperjalankan diri Rasulullah s.a.w. dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis di Palastin dan seterusnya nabi s.a.w. diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah s.w.t.

Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah serta bukti kebenaran kenabian nabi Muhammad s.a.w., kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.

Tuan-Tuan Kaum Muslimin Yang Berbahagia,

Peristiwa ini berlaku 2 tahun sebelum hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun sentiasa mendapat tentangan serta penganyaian dari kaumnya. Baginda tetap bersabar dan tabah menghadapinya, baginda tidak bertindak balas terhadap penganyaian tersebut, malahan baginda mendoakan kaumnya agar sentiasa diberi petunjuk oleh Allah s.w.t. dengan doanya seperti berikut :

اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِيْ فَإِنَّهُمْ لاَيَعْلَمُوْنَ

Yang Bermaksud : “ Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui ”

Justeru, kita hendaklah menghayati peristiwa penting ini dengan menjadikan pengajaran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan sebagai muslim yang tegoh berpegang dengan perinsip-perinsip Islam yang digambarkan melalui peristiwa tersebut. Maka bagi umat Islam meyakini berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj pada diri Rasulullah s.a.w. itu hukumnya adalah wajib tidak boleh diragukan sama sekali kerana nasnya disebut di dalam al-Quran secara jelas. Sebagaimanan firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 1 :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّه هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Maksudnya : “ Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Para Ulama’ Hadis, Ulama’ Fekah dan Ulama Tafsir sepakat menegaskan bahawa sesungguhnya peristiwa Isra dan Mikraj itu dimana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan diri baginda sedar berserta dengan jasad dan roh bukannya melalui roh sahaja.

Demikianlah peristiwa Isra’ dan Mikraj yang merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya. Peristiwa ini juga memperlihatkan ramai yang sebelumnya menyatakan keimanan kepada rasul telah menjadi murtad setelah mendengar penjelasan Baginda tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.

Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Dan ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Dan diantara salah satu peristiwa yang wajar kita sama-sama mengambil pengajaran ialah baginda mendengar dua panggilan dari kiri dan kanan, tetapi baginda tidak menyahut panggilan tersebut lalu dijelaskan oleh Malaikat Jibril a.s. sekiranya baginda menyahut panggilan tersebut, maka ramailah dikalangan umatnya menjadi murtad atau menjadi sesat. Kerana kedua-dua panggilan tersebut merupakan panggilan dari pihak Yahudi dan Kristian.

Disini kita dapat melihat betapa bijaksananya baginda apabila berhadapan dengan panggilan tersebut, kerana baginda tidak mahu umatnya diseleweng dan ditipu oleh ke dua-dua golongan tersebut.

Tetapi malangnya hari ini, kita telah menyaksikan kekejaman golongan Yahudi terhadap umat Islam di Bumi Palastin dan Wilayah Lobenan mereka setaip saat diburu, dibom dan dibunuh dengan kejam oleh rejem Yahudi Israil. Perbuatan tersebut dilakukan terhadap umat Islam adalah bertujuan bukan sekadar untuk memaksa Islam tunduk dan ikut kemahuan mereka tetapi sebenarnya mereka mahu membunuh umat Islam dan menghancurkan agama Islam. Inilah cita-cita mereka, kerana mereka tidak akan senang selagi mana mereka melihat adanya umat Islam dan agama Islam. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 120 :

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ

Maksudnya : “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu) ”.


Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bersempena memperingati peristiwa Isra dan Mikraj pada kali ini diharap dapat memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam kerana Amerika Syarikat (Pihak Kristian) yang mengaku dirinya sebagai polis dunia atau pengaman dunia telah dibeli oleh rejim Yahudi bagi menghalalkan tindakkan mereka membunuh penduduk Islam di Wilayah Palastin serta mengumumkan Baitul Maqdis bumi Isra’ yang penuh dengan keberkatan sebagai ibu negara kepada negara haram Yahudi.

Begitu juga, mereka pada hari ini mereka begitu berani dan rakus melakukan kekejaman terhadap umat Islam dengan membunuh dan menyerang penduduk awam Lobenan dimana sehingga kehari ini telah mengorbankan penduduk awam yang tidak berdosa serta menyebabkan seramai hamper 500,000 orang penduduk menjadi pelarian.

Maka, kita sebagai umat Islam yang bermaruah dengan tegas mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan jahat yang dilakukan oleh rejim Yahudi. Kerana ia bukan sahaja telah melanggar hak kemanusiaan tetapi ia memberi kesan yang cukup besar terutama ke atas Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dan sejarah Isra’ baginda s.a.w.

Selain itu, kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kuasa dunia khususya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) khususnya Negara jiran di sekitar Palastin dan Lobenan mampu memberi bantuan dan menghentikan kekejaman rejim Yahudi ini dengan secepat mungkin. Kerana kita tidak sanggup lagi melihat setiap saat umat Islam diburu dan dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan seolah-olah nyawa umat Islam tidak berharga.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dikasihi Allah,

Akhirnya, sebagai kesimpulan khutbah kita pada hari ini, melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj terdapat beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung didalamnya yang dapat kita jadikan pengajaran, diantaranya :

1. Allah s.w.t. ingin memperlihatkan kebesaran-Nya sebagai pencipta agar keyakinan dan keimanan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar tumbuh di jiwa manusia.

2. Agar sentiasa menjalin hubungan dengan Allah, baik diwaktu senang mahupun diwaktu ditimpa musibah, kerana Allah sahajalah yang mampu memberi pertolongan kepada diri manusia.

3. Sebagai membuktikan sesuatu perkara yang mustahil pada fikiran manusia boleh berlaku tetapi bukan mustahil bagi Allah untuk menjadikanya. Disamping ianya merupakan suatu mukjizat bukti tentang kebenaran agama Islam yang disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w.

4. Peristiwa yang digambarkan sewaktu Isra’ dan Mikraj, khususnya mengenai bahayanya terhadap golongan Yahudi dan Kristian, ia benar-benar berlaku pada hari ini. Dimana mereka bukan sahaja memusuhi dan mahu umat Islam tunduk kepada mereka, sebaliknya mereka mahu menghapuskan sama sekali agama dan umat Islam.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

وَإِذْ قُلْنَا لَكَ إِنَّ رَبَّكَ أَحَاطَ بِالنَّاسِ وَمَا جَعَلْنَا الرُّؤْيَا الَّتِي أَرَيْنَاكَ إِلا فِتْنَةً لِلنَّاسِ وَالشَّجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرْآنِ وَنُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُمْ إِلا طُغْيَانًا كَبِيرًا

Maksudnya : “dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), Bahawa Sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmunya dan kekuasaanNya); dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau”.

( Surah al-Isra’ ayat 60 )



Sekian dahulu, semoga sama2 kita beroleh keberkatan dan keampuanan Allah SWT.

Wassalam



p/s : jika itu kehendak-Nya, ku terima jua....

Friday, July 06, 2007

Lagu nie... hehee...

Salam...

Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni...

Mudiak Arau


(Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..)

Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi
singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo
Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo
Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi
Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo
Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo
Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai..
Musim manuai hai den nanti juo.. den nanti juo..
Musim manuai hai den nanti juo.. den nanti juo..
Indak dapek hei tarago bujang hai tuan hai
Baranak ampek den nanti juo.. den nanti juo..
Baranak ampek den nanti juo.. den nanti juo..
Ondeh.. mandeh.. sansai badan..
Ondeh.. mandeh.. sansai badan..

Transliterasi ke Bahasa..

Anak orang sabuak andalas ya tuan oi .. singgah ke rumah
Si sutan muda.. hai si sutan muda
Singgah ke rumah
Si sutan muda.. hai si sutan muda
Biar habis biarlah tak bersisa ya kandung oi
Hati aku kena.. hai bagaimana lagi.. bagaimana lagi..
Tidak dapat musim menyiang
Musim menuai.. aku nanti juga
Tidak dapat waktu bujang hai tuan hai
Beranak empat.. aku nanti jua.. aku nanti jua..
Aduh ibu.. sensara badan
Aduh ibu.. sensara badan

(transliterasi ni aku amik kat satu site di multiply.. credit kat tuan punya transliterasi... adeh, lupa lak save link tuan punya tuu... huhu... apa pon, kalo x silap transliterasi ni pon ada cam x tepat sgt kot.. tah.... so sapa2 yg tau makna tersurat dan tersirat leh bgtau kat den.. hehehee...)

Sekian dari den,

Wassalam ;)

p/s : muahahaha... layan bahasa minang lak.. hahahaa...

Sunday, July 01, 2007

You should never miss it!

Salam..

There are things in life you should not miss it. No matter how hard it is, you must do it.. no excuses at all! One of them, is.... (please watch the video)




yes, you must do it if you're a Muslim... Solat is one of the five pillars in Islam.. without it, you will never be a good Muslim... Sometimes, you can't do it on the early time because of work, class, on a journey,etc.. it is ok if that is the case... Insya Allah, find just a little time to excuse your class, work or journey.. if you can't find any, pray to Allah so He could give you the time to worship Him.. Hey, i've tried this, and it works! I was in a training class that according to the schedule, i will be missing my zohor prayer.. and in my heart, i just pray, 'O Allah, help me Allah.. give some time for me to get my prayer done..' and at last, my trainer give us a relieve of 15 minutes... and i use that time to go for my prayers... Allahu Akbar! So, the bottom line is, do your prayers in any condition and not to let it pass the time just like that...

Solat train us to be patient, to be confident, to be strong, to be not ignorance and the most important, it teaches us to believe in the will of Allah... anything you have a problem, do your prayer to Allah and report your problems, insya Allah, with Allah's will, He will help you.. O Allah, forgive our sins, give us strength and Your blessings... do stray our way from hell, from disaster... Please guide us to the truth, to Your jannah, to victory in this earth, and in the life hereafter... Amiin..

Wassalam...

p/s: Why aaa the time for training is like that... aiyyaa.... isk isk...