Thursday, May 31, 2007

Tukaq Kulit

Salam..

Hehehe.. nampak lain dak? huhu.. saja ja nak tukaq skin sket... try jenih ni tgk.. harap2 dia load nanti jd lg laju daripada yg haritu..

Ermm.. update pasai aku? ngaaa... td baru je abeh satu temuduga... kat mana? rahsia dulu.. nnt dah dpt result dia, aku cerita...

errr... tah la nak cerita apa lagi.. nnt la pikiaq lain.. penat dah seharian dok wat customized skin baru ni...

k aaa...

Wassalam..

p/s: Single Simple is better? :P hahahaha...

Sunday, May 13, 2007

Ibu...

Salam...

Hehehe... Alhamdulillah, dah lepas presentation projek aku.. pas ni nak submit thesis jek.. ehehe... ermm ermmm..... kita teruskan dgn agenda lain plak.. hahahaha...

Spt yg semua sedia maklum, hari ini adelah hari ibu... hehehehe.. ibuu... mak... mama... semua merujuk kepada org yg sama... perempuan yg melahirkan dan bersusah payah membesarkan kita... itulah ibu kita.. jgn ada sampai yg terlupa siapa ibu kita... sesetengah kita mungkin ada lebih dr satu ibu, ibu yg melahir, ibu yg membesar, malah ibu yg mendidik... tidak kira sebanyak mana ibu yg kita ada, ibu tetap ibu...

Sebenarnya, persasaan kasih dan sayang ibu hendaklah dizahirkan sentiasa, setiap waktu... bukan hanya pada hari ibu sahaja... namun, untuk mengucapkan pada hari ini tiada masalah sbb semua org dlm mood yg sama... tetapi, menzahirkannya setiap masa adalah lebih baik... tidak semesti kita menzahirkannya melalui perkataan semata2... byk lg cara buleh kita zahirkan... maybe dgn cara2 kita melakukan segala apa yg disuruh... cara menyahut dgn lemah lembut/hikmah... memek muka yg baik... pendek kata, apa saja yg buleh menyenangkan hati ibu kita, itulah salah satu cara kita menzahirkan kasih sayang kepada ibu...

Adakala, kita x terlepas dr menderhakai ibu.... bila masa kita terasa tertekan, tuhan sengaja menguji kita dgn dugaan sedemikian... kita seolah2 hilang hormat dan biadap terhadap ibu.. menyahut dgn kasar, memek muka yg masam, perlakuan kurang menyenangkan... inilah akibat terhasut oleh syaitan.... oleh yg demikian, jika terjadi sedemikian dan sudah tersedar akan kesalahan kita, mohon ampunlah kepada ibu kita.. kerana syurga itu terletak di telapak kaki ibu.... mendalam sekali kata2 ini.. rasa2nya kita semua tahu kan akan maksud tersiratnya... tanpa restu ibu, manakan mungkin kita mencium haruman syurga...


Hattan - Rendang Tak Berbuah

Sunyi dan gelap
Terlantar dalam telanjang
Di pintu rindu
Hidup dan matiku disisimu

Sakit yang datang
Menguji kasih dan sayang
Antara merenda semalam
Mungkin takkan berbuah

Hanya memadukan
Namun tidak mengenyangkan
Musafir lalu nan dahaga
Di jalan panas membara

Begitulah hakikatnya
Di mahligai kesakitan
Yang mengundang sahabat
Saudara jauh dekat
Menghembus nafas pilu

Ibu mengertilah
Aku sengsara
Lemas berendam airmata
Rendang kasihmu
Dalam gelora
Jadi rebutan selamanya

Berikanlah pengertian
Waktuku di hujung jalan
Berbicara bahasa duka
Tanda penyesalan

Manapun aku berlabuh
Pastinya untuk desamu
Biarpun tak bersubur
Biarlah tak tertangguh
Di telapak kakimu
Sakit kurasakan
Jadi peneman
Masa semalam yang silam




Lirik dlm lagu di atas dpt memberi pelbagai tafsiran... buatlah interpretasi anda sendiri... namun yg pasti, di dalam lagu diatas dapat kita lihat betapa penulis lirik amat mendambakan kasih ibu.. betapa agungnya kasih ibu tiada terbanding dgn kasih syg manusia lain (kecuali Rasulullah SAW) disekeliling kita... hayatilah kasih syg ibu... kembalilah kepada ibu jika ada diantara kita yg terlupakan mereka...

Sekian dulu, wassalam...

p/s: esok, 14 Mei 2007, baru 'hari ibu' sebenar bg aku... Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang... tanpa lahirmu 49 tahun yg lalu, siapalah aku.. mungkin sekadar buih2 tak berteman berkelana di lautan luas.... Terima Kasih ibu, jasamu tiada dapat ku balas dgn setimpal.. hanya doaku, supaya bonda sihat dan sejahtera disamping ayahanda... Ya Allah, ampunkanla dosa2 ibuku... berikanlah kebahagian kepadanya.. kurniakanlah kesihatan kepadanya.... mudah2an Ya Allah, dgn rahmat kasih-Mu, diberikan kesenangan hidup di dunia dan akhirat buat bonda... Amiin...