Skip to main content

Cuti? :(

Salam... Why_hullo_thur__wave_.gif

Wahahahaaa... ari ni dah khamis... sok jumaat.. lusa, sabtu da start cuti dah... mid term break selama seminggu... isk isk... org2 len smua sebok2 nak balik, packing2 baju, beli2 tiket 2-3 mggu sudah tp aku? yaaa.. bakal keseorangan di rumah ku ini... x balik plak kali ni sbb nak siapkan projek.. seminggu weih.. isk isk... terasa gak akan kesedihan yg bakal menimpa.. sapa x sedih, oeg len tgh syok2 kat kampung, kita sorg2 kat sini.. nak wat cemana, salah sendiri gak kan... sapa soh x siapkan projek awai2.. hohoho.. tabah ja laa.. ni ja last kot.. sem depan x dak dah... hehe.. so apa salahnya stay kan... ekekeke...

Erm.. 18-19 hb ni raya cina.. wakaka... so, happy chinese new year bagi sapa2 yg sambut.. huloq2 la sket angpau ngan limau.. wakaka.. dah tua2 ni pon nak gak angpau.. lagi tua isi kena lagi banyak.. ehehehe.. kalo x dak angpau, limau pon JADI!.. hehe.. bukan apa, dah lama x rasa seronok cam zaman budak2 dulu.. masa zaman budak2 dulu, kt kg aku kat penang ada la satu family cina ni.. dok pangey lenci jaa.. nama betui x tau plak.. hohoho.. depa ni bukak kedai repair moto, selang sebijik rumah ja dgn rumah tok aku.. bila ja CNY, kami pon pi la mintak angpau.. wakakaka.. puas2, dpt angpau merah, dlm tu isi RM 5 (zaman tu kalo RM 5 pon dah cukup baguih.. huhu).. x cukup ngan tu, siap dpt limau lg.. hahaha.. zaman2 itu mmg best.. zaman budak2... ekeke...

La ni, rumah lenci tu smua x dak dah.. depa don dah pindah.. kg aku pon dah lain sgt dah.. rumah2 sederet lenci tu semua, tanah depa dah kena juai, kontraktor2 pakat2 dok beli pehtu buat banglo, kondominium.. isk isk.. x rasa kampung dah kampung aku kat Penang tu... leh kata, kg aku tu, kiri kanan dah naik rumah2 baru.. semua kontraktor beli.. tinggai umah tok aku ja terkontang kanting tgh2 tu... ni semua sbb depa buat lebuhraya jelutong tu la.. x pasai2, kontraktor2 ni nampak peluang, teruih beli tanah2 kat kg tu.. yg tuan2 tanah ni plak, paham2 la.. tanah kat Penang la ni tgh mahai gak laa.. lgpon area jelutong tu kira under georgetown lg, sbb tu la depa nak buat pembangunan.. hasilnya, habeh kampung2 melayu sekitar jd camtu.. dah x dak kampung belah georgetown ni.. (ada tu ada la, tp x macam dulu :( haih..) sbb tu la ni kalo balik kampung pon, x rasa syok sgt kat dulu..

Tak tau nak istilahkan mana satu jadi kampung.. rumah aku kat Kulim ka atau umah arwah tok aku kat Penang tu... sbb la ni dah dok area Selangor ni.. kira dua2 bleh la kot.. satu rumah mak, satu rumah tok.. x lama lagi, kalo "depa2" tu nak langgaq amanah moyang aku, nak juai gak tanah tu, terpaksa la makcik aku pindah pi mana2.. sorg tu, anak dia nak beli umah kat Kulim gak.. ya la, nak wat camna.. tanah tu ada org langgaq amanah nak juai kalu, nak dok mana plak kalo x dak tempat.. sbb tu dia dah tgk2 umah sebelah Kulim ni.. in case la sesuatu yg buruk jadi.. ni la org Melayu.. hingaq kata masalah Melayu Penang la apa la, tp yg dok buat palat depa jugak.. sanggup nak juai tanah yg sedara mara sendiri duduk, sanggup langgaq amanah tuan tanah asai yg nak tgk tanah dia tu anak cucu dia duduk smp bila2.. sejarah ni drpd dulu lagi.. tgk Sultan Abdullah ngan Francis Light, tp org kita still x mo amik kesah menda2 ni bila mata kelabu, hidung dok sedap bau tgk duit byk2 tu... nnt la, di entry len aku cita pasai Penang plak, tanah tumpah darah aku..

K la.. nak pi kelas.. isk isk.. sok exam SISP, tlg la doakan aku sapa2 baca entry hari ni...

Wassalam...

PS: Sunggoh tiada ku mengerti.. sudah kesekian kalinya.. apakah? kenapakah? permainankah? :~|
Owh.. lupa lak.. masalah internet aritu dah setel.. hehehe
winking-razz_.gif

Comments

Popular posts from this blog

Sollu 'ala Rasulillah habibil Mustofa..... Maulidur Rasul S.A.W

Assalamualaikum... Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi, wasohbihi wabarik 'alaih.. 12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah, lahirlah penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.... Kita sebagai ummat beliau seharusnya mencuba untuk mencontohi akhlak dan budi pekerti beliau sebanyak mana yang kita mampu..... Hari ini 12 Rabi'ul Awwal 1433 Hijrah, kita memperingati hari kelahiran beliau sebagai bukti kita kasih dan cintakan beliau.... Dan untuk mencapai maksud kecintaan itu, kita hidupkanlah sunnah Rasulullah S.A.W sebanyak mana termampu dan yang boleh kita lakukan... Berselawatlah kepada  beliau, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia dan akhirat... The Chosen One In a time of darkness and greed It is your light that we need You came to teach us how to live Muhammad Ya Rasool Allah You were so caring and kind Your soul was full of light You are the best of mankind Muhammad Khaira Khalqillah Sallu ‘ala Rasulillah, Hab

Lagu nie... hehee...

Salam... Minggu lepaih aku tgk citer apa tah nama dia kat tv1 tu.... alaa.. yg citer Minang tu... Nun disana cintaku kot tajuk dia.. (amboi tajuk..huhu..) hehee... menarik jugak cerita ni sbb depa cakap bahasa Minang... seb baik ada subtitle, paham la jugak kan... yg aku suka sket kt cerita ni adalah lagu tema dia.. hehe.. cam best saja dengaq walau aku x tau makna dia yg tersurat dan tersirat camtu... nih aku jumpa kat tenet lagu dia.. ada lirik asai dan transliterasi ke bahasa Melayu, tapi aku still x dpt tangkap makna tersirat dia... hehee.. meh kita dengaq sepam lagu ni... Mudiak Arau (Edited pada 1 Disember 2009 -- Link yang lama dah rosak.. hehe..) Anak urang sabuak andaleh yo mamak oi singgah ka rumah Si sutan mudo.. si sutan mudo Singgah ka rumah.. hai si sutan mudo.. si sutan mudo Bia habih hai bialah tandeh yo kanduang oi Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Hati den kanai.. hai kaba'a juo.. kaba'a juo Indak dapek hai musim manyiang, ya tuan hai.. Musi

Asal Bangsa Melayu?

Salam... Semalam, kita telah dikhabarkan bahawa istilah Bahasa Malaysia akan digunakan bagi menggantikan Bahasa Melayu... Alasan yang diberikan oleh kabinet kerajaan Malaysia ialah untuk menguatmantapkan (hahaha.. istilah baru ke nih? sori aku mereka-reka sket.. lol) hubungan antara kaum dan integrasi antara rakyat berbilang kaum. Kalau tak silap aku la kan, dulu isu ni pernah panas dengan bantahan dari beberapa pihak yg risau akan bahasa Melayu ini akan hilang identitinya. Ada berpendapat Bahasa Melayu perlu dibiarkan seperti mana yang dituturkan dan bukan dibakukan tanpa usul periksa hingga menjadi pelik perkataan-perkataan itu. Kadangkala, sebutan Melayu itu hilang Melayu nya bila ia ditutur tanpa intonasi dan lenggok yg mencerminkan bahasa melayu... ini terjadi bila ia ditutur dgn cara yang 'dull', straight, plain dan tiada jiwa di dalamnya... Bahasa Melayu ditutur dgn lenggok Cina dan India.. dimana lagi Melayunya? Oleh itu agak tepat jugaklah langkah kerajaan menggantikan